Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Monday, 9 July 2007

Thank God It's Weekend!!

Masa IV datang hari tu, masa budak-budak ni bergoleks sempena birthday Budak gak, aku tak dapat join. So aku buat le separate plan dengan IV untuk jumpa dia before dia balik ke Jitra. And that was set to take place petang Jumaat.. tak kira le lepas keje ke, time keje ke..

Pastu, before that, aku dah berplan dengan Puteri nak mula main badminton. Kekdahnya, aku dah janji nak book court untuk main Jumaat malam tu at about 9 pm..

Aku tak ingat whether aku dah kasi tau An ke belum pasal nak jumpa IV, tapi aku rasa aku dah kasi tau. Pagi Jumaat tu, aku sort of remind dia je le on the way to work. Aku baruuuuu je abih cakap, dia pun sambung bagitau pasal kenduri cousin dia nak tunang. Adehhhh..!! Aku dah lama tau pasal cousin dia nak tunang on 7/7, tapi idak le aku register kat otak aku pasal date tu. Yelah kan, cousin dia.. kot adik dia ke, harus le aku ingat. Ni, cousin dia, and dia dah lama kasi tau tapi aku rasa dia pun lupa gak dengan tarikh tu, until that morning. An kata, Mama bagitau the night before.. ada dua choice.. either pegi malam tu ke kenduri, or pegi the next day ikut rombongan bertunang tu. An choose the first one.. tak kuasa dia nak pegi ikut orang bertunang tu. Lain le kalau kawen ke kan.

Apa-apa pun, aku terus jem..

Camana ni..

Nak kata tak nak pegi, tak best sebab dia so far tak kecewakan aku lagi pasal pegi event family aku. Tapinya, family aku pun apalah sangat eventnya. Family kecik. Takat balik adik beradik je, berlonggok in the same weekend. Tu je le. Yang lain, tak important bagi aku. Tapi still, aku rasa tak best.

And, aku nak sangat jumpa IV. Kalau dah jumpa IV, IV lak plannya balik malam tu, takut tak sempat nak ke kenduri tu which will take place after Maghrib.

And, eerrrr.. badminton dengan Puteri?? Adehhhh!! Minah tu dah bawak baju bagai ke ofis, dah semangat nak berbadminton.

Jem aku.

Dilema, siot!

Fikir punya fikir, aku decided untuk pegi jugak le ke kenduri tu. Kena bajet time dengan IV gamaknya. Then badminton tu.. kena postpone sebab court pun tak dapat lagi. Ya ampun Puteri!!

Dalam pada aku berbajet masa tu, the wanitas kat tag tu kalut lak nak bermesyuarat petang lepas keje! Adehhhhhhhhh!! Sabo je le! Bikin rosak otak aku tau!! Tu, kalau dah bermesyuarat, harus le tak abih kul 8 tu!! Camana nak ke kenduri tu?? Hancus!

At about 3, IV sms bagitau yang dia terpaksa balik ke Jitra much earlier than expected. Huh? Fenat aku memikir cara nak jumpa dia, aleh-aleh tak dapat jumpa?? Chet! Dia balik tumpang kete ofis, so kena le ikut time orang. Terpaksa le aku redho je! Ahak! Well.. kekadang tu, masalah ni akan selesai dengan sendirinya tanpa kita perlu fikir banyak-banyak..

So yang tinggal cuma kenduri, and agenda baru.. mesyuarat kaum wanitas tag. Tu penting gak tu. Kira, kalau Sempoii soh aku rankkan, tu priority atas tu benonya.. syhhhhh!! Kekekekeke..

Apa-apa pun, komitmen pada suami tetap aku fikirkan. Tu yang tak keruan aku jadinya. Fikir punya fikir, aku decided to tanya An kalau-kalau aku leh kirim je le kat dia sebijik kek dari kedai resepi rahsia untuk pengganti diri. Dia kata, ok je, tapi kalau tak dapat pegi and tak bagi kek pun takpe. Simpan duit tu, untuk later aku belikan dia satu kasut boot idaman dia! Kekekekeke! Boleh? Ok gak tu le kan.. Sebijik kek tu dah dalam RM65 tu. Since dia tak kisah, makanya settle le hal kenduri itu. Dia pun plannya nak dok kejap je kat situ, pastu malam nak merambu dengan geng-geng dia. Auwww.. bagus gitu! Timing kena, finally!! Settle suma yang tak keruan!

Makanya at about 6pm, aku dah tercangak kat KL Sentral sesorang. Tunggu Limah, Puteri dengan Yam yang baru kuar dari parking kat situ. Aku book meja, macam geng jahat conquer meja beberapa bijik and tunggu yang lain. Soon after, tiga orang tu muncul. Terpaksa aku buat lambaian ratu nak panggil diorang tu. Tak lengah tunggu, terus order food! Pastu, aku dah tak ingat turutan sapa sampai after that.. yang pasti, yang ada malam tu, besides kitorang berempat adalah Delinn, Sempoii, Royce, cL dan Arc. Dalam masa sekejapan diskas kat tag pasal nak bermesyuarat, dapat 9 ahli korum. Not bad, huh! Untuk hasil perbincangan, kena refer blog Sempoii dengan Delinn le eh.. Aku tak larat nak komen di sini. Fenat tu. Sampai orang dah nak tutup kedai le baru kitorang gerak.

Saturday, aku mengemas rumah seharian. Almost seharian. Buang habuk kat kipas-kipas siling, sapu lantai, vakum, mop.. kesat habuk kat furniture.. Pendek kata, macam surirumah betul le aku hari Sabtu tu. Sampai ke petang, terus terlepak. Rasa macam puasa. Mana taknya kan, keje tu suma pulun sehari. Nasib le rumah kecik je. Kalau rumah besau, harus dah ada maid. Ahak!

Malam sikit, pegi pasar malam, then dinner kat umah mentua aku. Lega aku sebab dah pegi umah mentua. Rasa macam satu beban dah turun dari batu jemala aku. Rasa satu tanggungjawab besar dah tertunai gitu. Yelah, tu tanggungjawab tu kan. Idak le payah nak ditunaikan, tapi asik le tertangguh-tangguh. Finally, it was done. Tu yang lega tu rasanya.

Sunday, turn laki aku lak kemas umah. Idak le kemas apa pun, cuma cuci toilet je. Aku lak, masa dia cuci toilet tu, aku berkebun.. Ahak! Jangan tidak-tidak tau! Aku pun ada pokok-pokok tau. Pokok yang takat ada daun je le. Idak le ada bunga. Malas aku layan bunga ni suma. Layan pokok banyak daun je, mudah.

Then, aku buat operasi membuang barang-barang lama tak guna. Kira no mercy punya exercise le. Kalau ada mercy, kang tak terbuang lak barang-barang tu kan. Laki aku belek-belek barang yang aku nak buang tu, and tanya aku whether aku betul-betul nak buang barang-barang tu. Adehhh.. jangan le mengcreate keraguan di benak fikiran aku, kan.. Ahak! Mana yang nak buang tu, buang terus gitu.

Petangnya, aku pegi rumah Alin. Saje je jalan-jalan. Ingatkan from umah Alin, nak terus ke umah Along, tapi diorang lak balik kampung umah mentua kat Kedah. So lepak je le umah Alin. Pastu, kitorang together with Alin and anak-anak dia ke Alamanda. Saje jalan-jalan tanpa arah tujuan. Since idup pun macam dalam deficit, idak le kitorang berbelanja... Boleh lak tu, kan? Takat berbelanja makan je. Tu pun, kat food court gitu.

From Alamanda, drop Alin, then balik umah. Malam, An kuar merambu dengan geng dia. Aku, layan tv, and tido..

Abislah sudah weekend aku..

Looking forward to another weekend ya all...!!

(Yes, I live for weekendssss!!)

Oh lupa lak.. pagi tadi, on the way to work, lagu yang kitorang komen ialah lagu Carefree Kini Baru Kau Sedar. Lirik tu sedih mendayu-dayu gitu. Google le sendiri kalau nak tau lirik. Malas aku nak paste kat sini. Tapi basically itu mamat sudah kena tinggal dengan itu minah sebab itu minah jumpa mamat lain, mamat tu menderita, pastu minah tu pulak kena tinggal dek mamat baru, dia lak menderita, pastu nak kembali pada mamat lama, then mamat lama tak nak sebab hati masih sayu. Sabo je le.

Aku cakap kat An, kalau aku, dah tinggalkan orang, pastu hina lak orang tu masa tinggalkan orang tu, harus le no matter what happen to aku in the future, idak le aku nak kembali ke mamat tu. Lawak siot! Harus le carik bala. Harus le menyerah diri namanya tu kan. Aku dengan An gelak-gelak. Pastu An siap buat gaya macam budak-budak ngejek kawan, boleh? Gaya yang.. depangkan tapak tangan, pastu letak ibu jari kat pipi, then gamit-gamit jari yang lain-lain tu le.. Leh imagine tak gaya tu? Kekekekeke.. And then ejek "bangang.. bangang..", boleh? And, tu tengah layan jem, occayy!!! Hampeh amat! Eh silap.. Ilmiah amat!

Angah

Friday, 6 July 2007

Tak releven

Masa tengah bersembang berdua-duaan dengan An semalam, keluar cite pasal Simon & Garfunkel. Ni suma sebab hari tu si Budak tu le sibuk tulis dalam blog dia pasal dua orang tu. Aku pun dok cite dengan An and semestinya dia tau pasal dua orang tu. Dah asik nak cite pasal dua orang tu lak.. lagu-lagu diorang le, cite yang ada lagu diorang le... Sabo je le. Ni suma salah Budak ni tau! Tapi takpe jugak.. at least menambah pengetahuan am aku, yang aku tak tau apa gunanya di kemudian hari le kan.

Pastu aku saje je le cakap.. "Esok kalau kita ada anak, pekata bagi nama Garfunkel.. nak tak? Eh.. dah macam nak Jerman lak eh.. Ok, tambah Mohammad kat depan tu.. Mohammad Garfunkel gitu". Pastu An jawab, "Esok dia masuk ITM, orang panggil Punk gitu". Huh? ITM? Apasal lak ITM masuk ini cite?? Hahahahahahaha!!! Adehhhh!! Aku tanya dia, then dia kata, "Sebab Melayu, so ingat ITM je le".. Boleh?? Sabo je le. Aku kata, "Panggil Funk le.. macam Funky gitu".

Bila dah cite pasal ITM tu, aku kata le yang aku pun dulu penah gak letak ITM kat dalam uni application aku dulu tu.. kat dalam Borang UPU. Aku tak tau le generasi sekarang tau dak Borang UPU tu kan, tapi what the heck. Cuma, aku rasa aku letak ITM last choice kot. Aku letak UM first choice. No, not because aku tak rasa ITM tu best, tapi sebab aku rasa macam gah je masuk UM. Ahak! Me and my reason, occayy! An lak kata, dia rasa dia apply nak masuk UPM kot as the first choice. Entah. Bila aku tanya dia whether dia dapat ke tak course yang dia nak, dia pun tak ingat dah. Hampeh. Aku ingat course apa yang aku apply, tu pasal le aku rasa dia patut ingat. Eeerrr.. ke aku salah benonya? Ahak!

Pastu leh cite lak pasal UPU.. An tanya nape ada benda tu. Ilmiah siot perbualan ini! An kata, pada pemikiran dia, UPU tu ada, so that students tak le tertumpu suma kat uni yang best-best gitu. So that diorang leh saring students ni and bahagi-bahagikan kat uni-uni ni, kasi balance the number of good students and average students. Ohhh... aku takde reason, so aku dengar je le reason dia. Masa tu mata aku pun dah layu. Ye, conversation took place atas katil ye hadek-hadek!

Gamaknya, bila tengok mata aku dah layu, dia ajak aku tengok tv kat depan. Aku pun bangun, angkat bantal dengan selimut, letak atas sofa, and landing.. Dia, layan tv sesorang. Dekat kul 5 pagi, dia gerak aku, untuk sambung tido dalam bilik semula.

Sekian.

Angah

Thursday, 5 July 2007

Aku jeles gila babi!

Ha, hamik kau! Title pun dah indicate rasa di hati ini tau! Jeles siot dengan gathering korang! Walau di hati ini meronta-ronta ingin pergi, tapi apakan daya.. kepala aku tak larat nak dibawa.. Blame it on the jerebu yang dah mula melanda Mesia ni le kan. Kalau tak banjir, jerebu. Kalau tak jerebu, banjir. Tu je le pattern musim kat Mesia ni kan.. especially KL. Hampeh. And aku, one of the person yang akan get affected by jerebu. Kepala aku ni tak leh nak adapt dengan jerebu ni lagi. Hampeh. And time jerebu ni lak le time tu IV nak turun KL le, Budak nak celebrate birthday le. Hampeh. Triple hampeh.

Tapi takpe le.. mungkin ada lain masa lagi.. (ayat cover kesakitan hati..)

Awal-awal lagi aku dah bagitau An pasal the gathering. Dia kata ok je. Tak penahnya dia larang aku jumpa kekawan aku. Always ok je. Well, ok di mulut le kan. Kalau hati berkata-kata yang lain, tu aku tak tau le kan. aku anggap yang baik je le. Tapi, as a wife, aku kena gak le paham-paham sendiri tentang keadaan aku kan. Dah jadik bini orang, ada tanggungjawab lain yang aku kena jaga. Aku dah lama tak jengok mentua aku, and aku rasa macam An tu dah kecik hati je walaupun suma itu tak diucapkan.

Because of that, kelmarin, aku dah belikan something untuk Mama. Something she likes. Aku belikan dia baklava. To those yang tak tau apa dia, it's a type of sweets.. mediteranean punya sweets.. or Arabs punya sweets gitu. Very der sweet one. Made from layers of filo pastry (kalau tak silap aku le), disulami dengan kacang pistachio or pine or apa-apa je kacang le, then disirami air gula. Sedap!!! Anyway, Mama suka benda tu. Aku penah bagi dia dulu masa aku bercinta dengan An, and hari tu she mentioned it masa kitorang sembang-sembang. Aku ni kan very der thoughtful punya orang.. aku suka bagi something yang orang tu suka, when orang tu least expect it.

Aku belikan kelmarin, and ingat nak singgah rumah dia after work. Tapi, after work, kepala aku ada tingtong sikit sebab balik naik LRT yang sesak and tak sejuk tu. Rimas aku dengan orang ramai tu and ventilation dalam LRT tak bagus. Masa An amik aku kat LRT station, dia nampak le aku bawak baklava tu. It's nicely wrapped in a box, siap ada riben lagi. Cantik. An ingat aku beli perfume gitu, boleh? Sabo je le. Masa tu dia pun tak tau yang aku ada beli benda tu untuk Mama and plan nak bagi lepas balik keje. Then lepas aku bagitau tu, dia tanya whether aku nak pegi there and then ke. Aku kata, that's the original plan, tapi since kepala aku dah tingtong, macam nak kena postpone le pulak. He agreed sebab dia pun ada hal nak buat. So tak jadik le nak pegi umah Mama petang tu.

Semalam, aku plan nak pegi umah Mama after the gathering ayam gols le kan. Alah, kalau mula gathering kul 6.30, mungkin sempat aku balik singgah umah Mama before Mama tido le kan. Aleh-aleh, petang tu, kepala aku sakit. Terus kena lupakan hal menggolek tu. Tapinya, aku still sama kecoh petang tu kat tag, pasal nak jemput IV from her hotel ke tempat goleks. Sabo je le kan. Kecoh amats! Sebab sian kat IV, aku ofer le diri untuk menjemput dia kalau dah memang takde sapa leh jemput dia. Takat jemput dia kat hotel, hantar dia ke tempat goleks, aku rasa takde hal le. Tapi since aku takde kete, kena tunggu An jemput aku dulu then baru leh ajak An gi jemput IV, so tak leh aku bagi kata putus masa tu. Aku janji dengan Arc dalam 5.45 kot aku leh bagi tau keputusannya. But then by 5.40 kot, Arc call and bagitau hal IV dah settle. Someone will pick her up. Ha ok le tu kan.

Then An amik aku, and we headed terus ke rumah Mama. Sampai-sampai, tengok Papa je yang ada. Mama kuar dengan geng-geng dia. Frust sikit aku dibuatnya. Tapi, rasanya the thought counts kot. Aku dengan An lepak jap, carik makanan kat umah tu, makan lite-lite, sembang sikit dengan Papa, then pegi tapau food untuk dinner. Sampai umah, aku landing atas sofa. Lelap jap and at about 8 An gerak aku untuk makan. Aku makan, makan ubat, bukak mata tengok tv sikit, then sambung tido sampai pagi. Rugi malam aku dihabiskan dengan tido semata. Ish!

Pagi ni, sampai-sampai ofis, aku bukak blog Delinn sebab aku tau si Drama Queen tu harus dah update. Memang le dah update.. update yang maha merobek hati aku ni!! Tensionnnnn!! Jeles gua!! Aku bagitau An, An kata, tulah sapa soh tak pegi.. Boleh? Adehhhh..!! Sakitnya hati ini, Tuhan je tau!! Then aku call IV. Idak le nak mengadu damba, tapi aku nak gak jumpa dia while dia ada kat KL ni. Bukan senang minah tu nak turun KL kan. And bila dia dah ada kat KL ni, macam tak logik lak aku tak nak jumpa dia. Pastu dia siap ngadu yang Joe tak nak pun cakap dengan dia mentara Joe call si Alangz tu. Well, nak buat camana kan.. Pastu aku sembang sat dengan Puteri kat YM pasal update si Delinn tu. Pasal kejelesan aku. Pasal macam meriah sangat gathering tu. Puteri kata, Delinn tu kan drama lebih, so aku kena tone down apa dia tulis tu by 30%. Tapi, masa dia kata tu, dia lum baca lagi blog Delinn. Then dia baca. Then dia kata, dia pun tak dapat nak tone down kan kemeriahan gathering tu! Uwaaaaaaa!! Lagi le hati ini bagai dirobek-robek tau!! Hantu!! Chissss!!!

Tapi takpe.. mungkin ada masa lain lagi.. (ayat pujuk hati.. *#^$Q##^&##%!!!)

Jeles tetap jeles. Hampeh. Kali ke berapa dah ni?

Angah

Tuesday, 3 July 2007

Cinta dan selera

...wherever you go, whatever you do, I will be right here waiting for you..

That was the song in the background, played kat Sinar FM. Ye, aku dah tua dah.. suka layan Sinar FM je. Plus, aku Melayu abih. Layan stesen Melayu gitu. Tapi aku bukan nak cite pasal radio pun. Aku nak cite pasal conversation aku dengan An.

Aku suka nak komen pasal lirik lagu time aku dalam kete dengan An. At times tu kan, aku nyanyi tanpa fikir maksud lirik tu. Simply because lagu tu dah ada dalam simpanan otak aku ni, so macam tak yah fikir je kan leh nyanyi gitu. Tapi bila terasa macam nak analyse lirik tu, baru le boleh rasa the actual meaning of the lyrics. Ye hadek-hadek, gitu le cara ahkak mengasah minda ini.. Intelectual gitu. Begitu ilmiah sekali. Ahak!

Anyway.. berbalik pada lagu tadi..

"Wherever you go, whatever you do eh? Sabo jelah. Kosser.." Sikit lebih kurang gitu le komen aku. Pastu An lak sampuk, "Yolah.. tu time selero ado. Tapi kalau selero takdo, ghoman Ratu Cantik pun takdo do nak laie".

Eerrr.. kena ke aku translatekan apa dia kata? Kekekekeke.. Basically, dia kata, tu time selera tu ada le kan.. tapi kalau selera dah takde, rupa macam Ratu Cantik pun, idak le mau lagi.

To him, selera tu penting. And selera bukan bermaksud nafsu seks ye hadek-hadek. Selera tu dari segala segi. Tu yang dia maksudkan kalau dah takde selera tu, rupa macam Ratu Cantik pun, tak hingin de dia. It's like, kalau dah Ratu Cantik tu, secara logiknya, harus le suma jantan nak kan. Tapinya, kalau selera tu takde, tak semestinya nak.

Dulu, dia penah cakap kat aku yang selera and cinta tu are two different things. Cinta tu boleh ujud, tapi kalau selera dah takde, tu yang lelaki mula carik lain tu. And at the same time, sebab cinta tu masih ujud, tu yang lelaki tak nak lepaskan yang sedia ada. Fenat aku fikir apa dia kata dulu. A few times kitorang diskas pasal benda ni, sebab aku ni cuba le nak memahami apa yang dia cuba sampaikan.. ada beza ke selera dengan cinta? Bukan it comes hand in hand ke?

Aku rajin gak tanya dia kalau dia masih ada selera dengan aku ke tak. And aku pesan kat dia, cakap kat aku awal-awal kalau dah takde selera. So that aku boleh le buat apa-apa yang patut. Aku tanya whether selera tu ada hubungkait tak dengan cara aku layan dia. Dia kata takde. Then tanduk aku pun kuar.. Kalau dah camtu, tak guna le kan aku jaga makan pakai dia suma sebab itu tak menjamin yang dia akan sayang aku. Dia agree dengan statement aku. Dia kata, kalau pompuan tu macam ***** (yang ni memang kena sensor.. tapi, cluenya, it's a 5 letter Malay word, bermula dengan huruf p, diakhiri dengan huruf t.. kalau sesapa yang memang innocent, memang le tak tau apa kebenda tu.. tapi kalau sesapa tau, then makanya korang punya vocab memang sama level je dengan aku.. hahahahahahaha!!) pun, tapi selera tetap boleh ada. Ooohhhh... gitu eh.. Kalau camtu, logik le kan bila ada suami yang tinggalkan bini walaupun bini tu menatang dia macam menatang putera raja gitu. Moskel aku.

And pagi tadi, bila dah bukak balik cite pasal selera ni, dia kata selera tu cinta. Huh? Dah pulak. Lagi konpius aku. Terus aku jawab, "Cinta tu undefined le babe.."

Tuuu diaaaa!! Terkesima aku jap dengan jawapan aku tu. Terus aku rasa macam berfalsafah lak di pagi hari di dalam jem. Undefined, siot! Tapi aku rasa macam betul je statement aku tu. Dia pun terus terdiam bila aku cakap camtu. Gamaknya tak leh nak fikir dah kot. Muahahaha!!

Whatever it is, until now, aku masih lagi moskel pasal cinta dan selera. And aku rasa, itu cuma ada pada lelaki je kot. Ke ada pada pompuan gak? Tapinya, selama ni, before dia, tak penah lak aku jumpa lelaki yang membezakan cinta dan selera.. Ada ke? Bukan kalau dah ada cinta tu, selera tu pasti ada ke?

Entah.

Angah

Monday, 2 July 2007

For the first time

Jumaat lepas keje aku gi tengok La. Pegi sorang-sorang je kali ni. Masa aku sampai spital, La tengah bersembang dengan mak dia. Diorang tengah brainstorm whether she should still stay in the hospital for a few more days of balik. Doktor nak discharge La on Saturday, tapi, on Thursday tu baruuuuu je buat operations untuk buang the leftover of the dead skin as well a skin graft. Skin was taken from paha kanan and ditampal kat tangan tu. Masa Friday tu, before aku datang, according to La, darah masih meleleh kat kaki dia tu and nurse baru tolong balutkan semula luka due to skin grafting tu. Kaki tu masih pedih. Dah le tangan sakit lagi, now tambah lak luka kat kaki. Dia nak jalan pun susah. Tapi, doktor tak leh buat apa pun lagi sebab dia dah tak yah buat dressing on daily basis lagi. Tu yang doktor nak discharge je dia.

Kalau ikut aku, better le balik rumah je. Bila dah balik rumah tu, aku rasa cepat sikit heal penyakit-penyakit ni. The home environment bagi aku membantu mengubat sakit. Tapi, mak La ada different opinion. Dia rasa better La dok lagi kat spital tu. La pulak dah eager nak balik, at the same time, dia tau yang kaki dia tu tak larat nak jalan sangat. Payah nanti nak kena datang hospital for appointments untuk bukak balutan kat kaki tangan dia tu.

As a compromise, aku sebagai orang sihat and as if yang gagah sebab nak kasi tenang hati La and mak dia, aku kata kat diorang, stay je le kat hospital tu until Monday. Mak dia pun suggest mintak dok lagi kat spital at least for another two three days pun. Aku pesan kat La, cakap le yang kalau dia balik rumah, over the weekend nanti anak-anak sedara dia datang umah mak dia tu, tak leh le pulak dia nak rest sebab budak-budak tu nanti dok kacau dia. Bukan kacau apa pun.. anak-anak sedara dia tu kecik-kecik lagi and masih nak meleser sana sini.. kang kot diorang meleser ganas-ganas, tak pasal-pasal jadik lain lak. Tu yang better le kot dok kat spital tu at least until Monday.

Hari ni, aku tak tau lak apa cite La. Aku pesan kat La soh sms aku kalau dia dah discharge. Ni tak sms pun lagi so tak tau lagi update dia. Aku leh sms dia, tapi since dia accident hari tu, dia tak on pun phone dia. So tak guna le pun kalau aku sms. Tunggu je le update dari dia nanti.

From hospital tu, aku balik rumah. An tak balik lagi. An busy nak lampos hari Jumaat tu dengan meeting. So aku ajak Alin and family berdinner bersama kat luar sambil bergossip. Biasak ah kalau aku dan Alin dah bertemu. Tapi mostly, gossip hal ehwal keluarga je.. takat update what we've missed about each other and the rest of the family je. Balik tu, aku layan tv jap, and tido while tunggu An balik.

Aku tak sedar pun bila An balik. Yang aku tau, dia pandai-pandai sediakan tempat tido sendiri depan tv, and aku as usual amik port atas sofa. Ahak!

Pagi Sabtu, kitorang dah plan nak balik Semban dengan Alin and anak-anak dia. Laki Alin keje Sabtu tu, so dia akan balik Semban malam tu lepas keje. An tetiba lak nak kena teman parents dia pegi wedding. Tu suma tak plan awal-awal tu. So since plan nak balik Semban memang dah buat awal lagi, An takde le nak ajak aku ke wedding tu. Wedding ntah sapa-sapa ntah, tapi since orang tu datang ke wedding kitorang hari tu, so mentua aku rasa obliged le untuk attend wedding anak orang tu. An pun tak tau sapa punya wedding tu, so tak salah le kalau aku tak tau. And, idak le An nak ajak aku ke wedding tu knowing that aku dah janji nak bawak Alin balik Semban. Tapi An pesan, jangan bagitau family aku pasal dia pegi wedding. Dia segan sebab dia lambat balik Semban to attend a wedding. Aku ok kan je le. Cover line gitu.

Aku gi amik Alin and the kids kat rumah diorang, then we left for Semban. The main reason aku balik Semban kali ni sebab nak tengok anak Usu and Usu. Since dia bersalin hari tu, aku tak jenguk pun lagi dia. Selama ni, everytime dapat anak buah baru, aku antara orang yang awal pegi melawat. Sometimes, time the mother baru masuk spital and belum beranak pun aku dah melawat. Time Alin bersalinkan Adam dulu, aku siap amik leave bagai. Aleh-aleh, bila adik bongsu sendiri bersalin, aku lambat jengok. Simply because kali ni aku dah kawen, and responsibility pun shifted. Ipar-ipar dia pun dah melawat dia, tapi kakak dia ni tak melawat lagi. Tu yang tak boleh tidak, aku kena gak balik Semban. Tapi sebelum sampai rumah parents aku, sempat kitorang melencong dulu ke bandar Semban. Gi shopping dulu, boleh? Kekekekeke..

At around noon, An called. Aku ingatkan dia nak bagitau aku soh get ready untuk amik dia kat stesen mana-mana because that's the plan. Aleh-aleh, he called to tell me that dia, Mama and his two brothers were on their way to Pilah. Huh? Sentap jap aku. Well, dia ada mentioned yang Mama nak balik Pilah weekend tu. Mama je, Papa tak ikut. Dia ada ajak aku tido Pilah, tapi semestinya aku tidak mengiyekan. Aku nak gak tido kat Semban tu sebab aku sure punya aku rasa tak puas lepak dengan family aku. Macam le ada banyak hari weekend tu. Kalau dah tido kat Pilah Sabtu tu, then tak tido Semban ke kan?

Then, aku tanya dia camana aku nak pick up. Dia soh aku pegi Pilah. Then dengan selambanya di dalam kete tu bersama dengan Mama and his brothers, dia ajak tido Pilah malam tu. Tu takpe lagi.. ayat tambahan dia yang aku tak tahan tu.. Dia kata, lagipun dah dua minggu aku tak gi rumah parents dia. Huh? What? Ungkit? Sentap terus. Ni tak sentap jap, tapi sentap terus.

Takpe.. kat phone tu, aku kata kat dia, takpe le.. kalau dia nak, dia leh tido kat Pilah, and aku tido kat Semban. No hal. Then later dia kata, ok le kalau aku datang later ke Pilah then kitorang will balik Semban. Bukan dia ada hal penting pun kat Pilah tu. Takat nak kemas umah yang kosong tu.. takat nak find solution untuk masalah kelawar yang banyak kat umah tu. Penting ke?

Ye, aku selfish.

Later on dia call kata dia dah sampai Pilah, then kasi tau aku tak yah le datang sebab jalan jem teruk kat area Bukit Putus tu. Aku lega amat tapi hati tetap hangat. So aku hantar le sms panjang kat dia.

Segala yang boleh aku ungkit, aku ungkit. Nasib le kan. Sapa soh ungkit. Aku ni kan ke evil yang genius. Pastu dia kata sori and tanya aku takkan aku tersinggung lak. Harus le tersinggung. Hangin. And malam tu aku tido kat Semban, dia kat Pilah. For the first time, since the wedding tiga bulan lepas, kitorang tak berada di tempat yang sama di malam hari. Penting tu weh! Kekekekekeke..

The next day aku kuar dengan Alin and family dia. Ingatkan nak gi tengok wayang. Tapi, malang sekali yang tiket suma dah sold out. Hampeh. Keciwa. Since dah tak leh tengok wayang, kitorang pun pegi le shopping sakan. Masa tengah shopping tu, An sms bagitau yang dia dah on the way ke rumah parents aku. Tumpang adik-adik dia and Mama dia yang on the way balik KL. Hati ni kan ke masih berangin. Aku bagitau dia yang aku takde kat umah, and dia balas kata takpe. And aku teruskan pershoppingan..

Balik, aku buat perangai aku le kan. Buat bodoh aku. Agak-agak paham sendiri ah kan. Later later baru aku layan dia bila aku dah sejuk sikit. Sendiri mau ingat gitu le.

Malam tu, kitorang tido Semban. Memang aku nak balik KL Monday morning pun. Tapi malam tu, at about 10 pm, hubby Usu dapat call from hospital. Earlier that day, Usu dengan baby dia ada gi hospital. Check up, mostly on baby tu punya jaundice. Baby tu punya kuning agak obvious gitu. Dah le baby lahir tak cukup bulan and weigh only 2.3kg. And malam tu bila diorang dah dapat results darah baby tu, diorang suruh bawak baby tu ke spital. Kalau ikutkan, memang le malas nak layan ke spital malam gitu. Aku call Zari, tanya pendapat dia. Dia suggest bawak gak ke spital. It's common untuk newborn dapat jaundice tapi it's better to be safe kan.

By the time kitorang sampai spital, dah nak midnight. Kat reception ER tu, masa kitorang nak register, aku impress sangat sebab diorang ni dah standbykan kad baby adik aku kat kaunter tu. Diorang memang dah ready gitu untuk admit the baby. Impress amat! We are talking about hospital kerajaan tau! Aku rasa macam nak tulis surat congratulations je kat hospital tu on kecekapan diorang. Very der tau!

Past midnight, entah kul berapa entah, dalam kul 1 kot, confirm baby tu kena admit. Tapi, since bed tak cukup untuk ibu, adik aku kena tinggalkan baby dia kat spital. Bercucuran le airmata adik aku tu. Dah le masa dapat call from hospital soh bawak anak dia ke spital dia dah mula menangis. Bila kena tinggalkan anak dia, lagi le dia nangis. Dia lak, baru lepas ceaser hari tu and tak kuat pun lagi. Tambah lak dengan kesedihan ni. Adehhh.. sian adik aku tu. Sayu bebeno le kan. Doktor kata dia leh datang semula as early as kul 7 pagi untuk susukan anak dia nanti. So kitorang pujuk le dia yang tak le lama mana dia kena tinggalkan anak dia tu.

Kitorang sampai umah semula dah dekat kul 2 pagi kot. Aku bagitau parents aku, takpe le.. pegi le spital tu pagi-pagi nanti bawak Usu. And aku dengan An, alang-alang dah ada kat Semban tu, kitorang nak pegi terus Pejabat Agama kat Semban tu nak amik sijil kawen and kad kawen tu. Dah tiga bulan kawen baru nak siap suma dokumen tu, boleh? Sabo je le.

Pagi ni, at about 8 something, kitorang dah ada kat Pejabat Agama. Amik dokumen tu, and gerak balik KL. Singgah Nilai for breakfast, makan nasi lemak. Bijak amat aku tu kan.. Dah le mata kelat sebab tido sikit.. tambah lak dengan nasi lemak! Recipe for disaster gitu!

Oh lupa lak.. over the weekend.. aku ada mimpikan Zaidee nun di Canada itewww!! Muahahahaha!! Finally masuk gak si Zaidee dalam mimpi aku. Tapi since aku fenat nak tulis, nanti le aku tulis kalau rajin. Kalau rajin je le ye. Tak kalu, anggap le tiada yang menarik mana pun mimpi itu.. Muahahahaha!!

Angah