Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Saturday, 20 November 2010

Last night in San Diego

Owh? This will be my last night in San Diego?? Wow! Best gitu! I mean, it would have been a totally different working holiday if the hubby is here or if the geng is here especially budak-budak Rebanamaya lah kannn... IF ONLY.. Harus by now macam tak nak balik bilik lagi, or tengah dok cite pasal shopping, or tengah belek hasil kan? But then.. hmmm.. dah dok sesorang ni.. Layan resit, boleh?? Melihat hasil sambil melihat kerugian, boleh? The way I interpret it is that I am using "advanced bonus"... Boleh gitu? Kekekeke.. Mampos! Bonus pun tak tau berapa, tapi dah guna! Lantak. Alah, tak sampai sebulan gaji pun belanja.. Belikan untuk orang tu lain kiralah kan. Tapi untuk belanja sendiri, walaupun kecut-kecut perut gak bila dah longgokkan resit ni, masih lagi mencuba menenangkan diri sendiri.

Hari ni, aku gi San Ysidro. For those yang tak tau, it's located right at the border of US and Mexico. Kat San Diego ni, aku rasa macam English ni second language kot. Suma pakat cakap Hispanic. Kalau aku tak pakai tudung, harus orang ingat aku ni orang diorang gak. Kat San Ysidro ni, ada big factory outlet shops, called Las Americas Premium Outlet. Silalah Google sendiri nak tengok apa ada eh. Aku nak download gambo dari BB ni makan berjam, so mahap le. Sabar tak berapa nak cukup.

Mula-mula aku puas dok mikir camana nak pegi. The other day when I went there and bought a bunch of those Coach bags etc, ada geng yang bawak. Kali ni, geng tu dah balik and nak tak nak kena pegi gak. The cheapest way would be by "trolley". Usah le ditanya camana rupa trolley tu. Soh le Joe kasi explain. Kekekeke.. Bila aku nampak word trolley tu je, aku dok ingat Joe sebab dia penah mention kat blog dia dulu. Dari hotel leh naik shuttle to a place called Old Town, and from there leh naik trolley. USD3 je kalau naik trolley. Tapi, bila dok mikir yang nak kena angkut beg-beg yang aku nak pulangkan, pastu dok beramai dengan orang lain, aku tak kuasa nak layan. Pastu, dok pikir nak sewa kete. Tapi, aku malas gila nak switch otak aku untuk drive on the wrong side of the road. Kena concentrate abih. Malas. Makanya, aku terpaksa switchkan otak aku untuk berpikir ala orang kaya. Mamposlah. Naik cab. Orang kat hotel ni pun a few times caution aku sebab mahal katanya. Yelah, kat sini cab mahal gila. Sebatu USD3 charge dia. Jalan sepoet je dah berpuluh dollar. Tempat tu pulak 22 miles from the hotel. Sila convert sendiri ke km kalu nak, ye. Time wise tak lama. Dalam 25 minit je sampai sana, depending on the traffic kat freeway. And guess berapa tambang cab? USD110 pergi balik. Hik! Layan.

Aku teringat gak kat Joe yang kejenya asik naik cab kat KL ngalahkan orang kaya. Hahahaha.. Aku naik cab kat US when aku rasa cab kat KL mahal, leh??? Gilak!

Esok lak, untuk ke airport, I decided to naik cab yang sama gak from SD to LA. Senang. Guess how much is the fee? USD200. Oklah tu. Kalau sewa keta tu about USD100 per day. Pastu masuk LA tu sakit jiwa traffic dia. Entahlah, somehow aku tak tahan tengok traffic kat sini. Lorong sampai 7 or 5 depending on the freeway. Tapi suma penuh. Walaupun gerak, tapi di mata aku sesak je. So biarlah orang lain je yang drive.

Lepas San Ysidro tadi, aku gi Fashion Valley. Nama pun dah menggambarkan tempat, dak? It's a mall. Ada Macy's, JC Penney, Bloomingdale's etc. Saje le buang masa. That was the last place aku shopping, aku rasa. Errr.. nak confident sangat tak leh. Takut ada lak yang aku jumpa kat LA nanti. Kat Fashion Valley tadi, aku nampak kasut leather cantik. Berkenan amat. Beberapa pasang lak tu. Tapi, memang dasar babi sangat.. diorang guna kulit babi! Huhuhuuuuu! Gerammm aku tauuuu! Sungguh cantik dan kelihatan comfortable.

Now, nak kena mikir camana nak pack barang-barang ni. Adeh. Jangan over limit, udah. Saspen tu.

Badan aku lak bosan je dengan weather kat sini kot. Tekak sakit. Yelah, kejap sejuk kat luar, kejap panas kena heater. Bila badan sakit ni, rindu je aku dengan weather kat Mesia tu. Dah a few days aku makan panadol. Hopefully I am good tomorrow, inshaallah.

Oklah. Aku rasa cukuplah kot bersiaran dari San Diego, California. I am wishing for a safe trip home. Weather forecast kata macam nak hujan lebat kat sini. Harap-harap tak le. LA should be good. Kalau ok suma, inshaallah I'll be back in KL by 11.55 am on Monday. Looking forward to that.

Angah

No comments: