Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 2 December 2010

Sketsa TV1

Aku rasa aku kena tengok banyak TV1 to inspire me to write kot. Bukan about the good thing, it's about the bad thing. About the bangang thing. Errrr.. excuse the language.. it's just the time of the month. Hek!

First aku tengok Dialog. Tu suma sebab tweet si Elf lah kata Wak ada kat tv. So aku tengokkan je. Support kawan, kan? Siapalah yang nak tengok TV1 tu kalau bukan pak-pak dan mak-mak menteri, or kawan-kawan and sedara mara orang yang masuk tv tu kan? Kalau tak kerana tu, harus takde orang lain tengok tv gomen ni aku rasa. Aku rasalahhhh... but I know I could be wrong. For someone yang takde Astro, TV1 and TV2 are among the channels yang perlu tonton gak, kan?

Anyway, layanlah Dialog tu. Ntah sapa ntah tetamu, aku tak tau. Tapi aku kesian tengok dia cakap Melayu. Camana tu nak jadik pemimpin kat Mesia, nak memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tapi pemimpin sendiri cakap sangkut-sangkut? Aku rasa macam nak soh Wak kasi dia chan cakap dalam bahasa yang dia suka je. Pastu, Wak lak asik tanya soalan yang sama je aku rasa. Ntah apa ntah soalan, aku lupa. Kot le kan otak jem sebab tetamu tu takde idea nak jawab kan? Kot leeeee... Tapi, kot le aku salah paham soalan Wak tu. Entah-entah Wak tanya lain, aku yang interpret lain. In the end, I don't know if it benefits me or not.

Alang-alang tu, aku layan lak tengok Berita Dunia ke hape kan. Farid Ismet tu jadi pembaca berita dengan sorang pompuan yang aku tak tau sapa. Adeh. Farid punya drama le kan.. kalah Karam Singh Walia. Aku dok ingat, Karam tu dah drama abih dah. Dah over abih. Rupanya ada lagi! Ops, ada lagi sorang yang "apakejadah" dia punya tagline tu. Aku tak ingat nama dia. Farid ni I tell you, dah le sebutan macam omputih cakap Melayu, pastu tonasi sikit main! Kekekeke.. Well, he could have been doing it for the last donkey years since he started reading the news lah kan. But I happened to watch it last night. Hence the comment. Kekekekee.. Interesting in a way. Aku bukan interested in the news, but aku interested in the news yang dia nak present sebab the news dictates his tonation! Hahahaha...

Following that, Dari Parlimen. I tell you, this is the peak of them all lah. The bangangest of all. I think lah.. I think ok.. this is only what I think.. the reason the show is on air is to be tranparent with the rakyat on how the monkeys memperjuangkan nasib rakyat in Parlimen. Ended up, isu bangang yang jadik bahan. Ada ka malam tadi ada monkey dok usul soh potong gaji Menteri Pelancongan sebanyak RM100?? Yes, SERATUS hengget! Errr... gaji dia cuma RM500 ke that RM100 will give huge impact on her?? The reason for that is the monkey mempersoalkan apa Menteri tu dah contribute. And the Menteri lak dok bermati-matian defended herself. Boleh? I don't know.. I guess she wanted to prove that she did something and God she deserves the RM100 monthly. Yelah, kalau dia tak defend kang, tak pasal-pasal gaji kurang RM100 kan? Mana nak bayar maid, mana nak bayar kete, mana nak bayar rumah, mana nak shopping bila gi overseas to promote Mesia, kan? Damn she needs that RM100! And that bloody RM100 yang diorang dok bahaskan, dok wasting Parlimen time, is damn bloody duit rakyat, occayyy??? My money! The taxpayers money! Aiyoyoyoyoyo!!

Tolonggggglahhhh MP sekalian.. guna akal, leh?? Ni dah macam cite Seniman Bujang Lapok. Cite pasal belacan pun nak berbunuh-bunuhan. Logiklah tu sebab kalau RM100 pun nak kena masuk Parlimen, tak salah le kalau orang berbunuh-bunuhan pasal masak lauk tak taruh belacan. Owh God it's really an insult to my brain le! Camana le Mesia nak maju. Buat le PEMANDU ke, PENUMPANG ke, kalau these are the MPs that we have, sampai kiamat le we will be the same. Owh for that reason, they are none of those that I picked in the last election.

In the end, bila Parlimen soh undi sapa setuju sapa tak setuju, ofkos she gets to keep her valuable RM100. Fuhhh! Lega. Gila tu! So, bila lak nak potong gaji MP untuk bantu orang welfare? Orang yang dapat bantuan RM50 sebulan? Yang tak leh nak gerak dari tempat tido apatah lagi gi overseas? Seriously, gila diorang ni.

And for all that reasons, I don't watch news. I am all for tabloids. Biarlah orang dok kata bodoh je baca tabloid tu. At least, they are real. They are real people. Cite orang kena rogol, orang bunuh orang, orang miskin dok bawah kolong, orang rumah kena banjir, orang gila, orang kena tipu, cite binatang pelik, cite pokok pelik. Tenang kepala otak aku baca cite tu suma. Lagi menginsafkan diri. Lagi buat aku muhasabah diri.

Sekian bebelan untuk kali ini.

Angah

3 comments:

Elf said...

Ekekekeke..I loiiikeee!

Haha, perasan wak tanya soklan sama eh? Aku tak perasan, sebab tak konsentret soklan..Konsentret muka Wak je. *wohoo*
Cuma aku perasan, tetamu tu cakap banyak kali,
"seperti yang saya terangkan tadi. seperti yang saya terangkan tadi"

AKu rsa kalau dia hangin, boleh dia cakap, "aku dah cakap tadilah, tak reti reti?" ekekeke..

Pasal Parlimen tu,ko kena paham itu lah dia infotainment..hiburan tuh...ekekeke

Fara said...

yezza! angah dah kembali!

*erkk maybe sbb tu lah ko tak dapat kerja jadik pengacara tv kat rtm tu kan? ingat dak?

Anonymous said...

tapi aku rasa kalu aku mengacara rancangan paling top sekali pun...

kau tak akan tengok punyalah.

aku berani kerat kuku.