Lately ni aku kegersangan idea le. Nak cerita pasal day to day activities pun macam malas je. Tatau nape. Kalau ikutkan, harus aku dah lama cite pasal aku dah turun in total 3.5kg since aku melancarkan perang ke atas berat badan aku. Tapi, tulah kan.. sebab malas, tak tercerita pun. Kalau ikutkan, harus aku dah lama update pasal aktiviti aku ke arah menurunkan berat ni.. control makan separa gila (sebab tak gila abih), buat sikit-sikit senaman hangat-hangat tahi ayam, buat morning walk (sekali je so far), take food supplement, dah lain-lain le. Tapi, tulah kan.. malas..
Hari ni, rasa macam nak tulis, tapi idea kurang. Then aku teringat kisah-kisah borak-borak di lorong belakang yang dah jadik macam aktiviti hot masakini. Macam-macam topik yang diborakkan (besides sesi kuis-mengkuis taik), yang kadang-kadang bersangkut paut, kekadang tidak, kekadang suma kepoh nak bercakap at the same time and ofkos kekadang kaku takde idea.
One of the topics hari tu (or bila entah diborakkan) ialah pasal pengurusan wang. 'Pengurusan' di sini bukan membawa maksud 'managing money' ye hadek-hadek, tapi more towards 'thinning the money' gitu! Kekekekekeke..!! Yelah, ahlil korum tu sumanya yang pandai-pandai menghabiskan wang kan. Makanya, idak le terurus kewangan masing-masing. Yang terurus cuma minoriti sahaja. Tu pun, rasanya sebab lum kena corrupt lagi. Mengkala lum kena corrupt ni, kena le beringat ye dek non! Kekekekekeke..!!
Aku rasa, aku ni sedari dulu kot boros berbelanja. Ever since aku mengenal erti wang. Masa aku mula keje, Abah selalu pesan kat aku, simpan duit tu.. simpan duit tu.. Bila tengok aku asik belanja je, dia sound aku. Masa tu, aku dok pikir, duit aku, suka akulah kan. Dah penat-penat keje, kena le joli. Tatau aku spend on apa ntah. Macam-macam, and that included phone bill. Masa aku bercinta dengan balak kat Singapore, phone bill aku beratus ringgit tiap bulan. Selamba badak je aku bayar. Takde hal punya. Kalau dikenang semula, memang le membazir. Tapi sebab rindu punya pasal, chenta punya pasal, time tu hati puas. Well, hanya suara pengubat rindu le katakan..
Part-part shopping toksah cakap le kan. Time aku 'kurus', lagi le gila shopping. Masa tu senang nak pilih baju. Bila badan naik sikit, kurang shopping sebab aku bosan payah nak carik pakaian yang sesuai dengan bentuk badan pear aku ni. Badan kecik, pinggang kecik, bontot lebar. So kalau beli baju, kena beli either yang hanging atas bontot, or kalau nak yang labuh, baju tu kena saiz besar or yang jenis ada split kat tepi. Bosan. Carik pants lagi le kan susah. Kalau leh muat bontot, pinggang suar tu sure longgar. Ugly jadinya and aku tak suka. That sort of 'kurangkan' kemaruk shopping aku. Tapinya, ada option lain kan.. beli kain buat baju kurung. Tu pun shopping gak tu! Pastu, mula kumpul handbag le, kasut le.. Entah apa-apa je lagi. Tu tak nak kira benda yang aku beli, tapi tak penah pakai walaupun dah beli bertahun. Pastu, yang lepas beli, aku pakai sekali dua je, pastu tak minat and bagi orang or buang je. Suma tu sebab impulse buying le tu.
Then, aku spend duit on traveling. Traveling jumpa boifren kat Singapore dulu, toksah cakap le kan. Pantang hati tergerak, aku pegi. Passport aku sentiasa dalam handbag aku masa tu. Kalau hari Jumaat je, otak dah mula memikir nak pegi ke tak. Kalau nak pegi, aku either drive, took a bus, or flight. Flight dek non! Tak kisah punya! Macam le banyak duit kan, tapi tak kira. Demi chenta le katakan! Dia datang gak ke sini, tapi dia tu boleh memendam rindu.. aku yang tak leh. So aku akan tunduk kepada kemahuan aku, and pegi Singapore. Ahak!
Bila boifren dah takde, aku sibuk melancong lak dengan kekawan. Kumpul duit sikit, pastu gi jalan. Dah gi jalan tu, kalau nampak benda berkenan, main beli je. Ada lak kawan aku sorang tu prinsip dia, "Alah, dah alang-alang kau ada sini, beli je le.. lagipun, tatau bila lagi kau nak sampai sini kan". Memang hampeh.
Bila dah kuat belanja and wang kurus, terpaksa le pulak guna credit card, kan. Credit card ni kan, masa first time nak guna je rasa risau. Sekali dah guna, dah tak takut salah sign, dah tak jadik hal dah. Rasa macam kaya raya je. Padahal, tu suma hutang tu kan! The most that I have had cuma 3 kad. Cuma tau! Not more. Tapi, sebab credit limit tinggi, 3 kad punya hutang tu banyak wehhhhhh!!!
Boifren aku dulu punyalah seorang yang penjimat. Penjimat tau, tapi tak kedekut. Dia kalau datang jumpa aku, rajin naik bas je.. bukan macam aku berlagak nak naik flight. Konon cepat, padahal idak le cepat mana as compare to naik bas kalau dihitung travel time dari rumah ke airport segala. Tapi sebab gatal konon nak cepat sampai, konon comfortable, konon apakejadahharam entah, naikkkk gak flight. Pastu, dia tak le beli kete masa mula-mula keje walaupun mampu. Naik le MRT tu. Jarang sekali naik teksi. Tapi kalau aku gi sana, aku akan gatal-gatal ajak dia naik teksi le, makan kat tempat mahal le.. sebab aku tau dia mampu. Evil sangat kan! Buruk sangat perangai aku!! Ahak!
Dia selalu pesan kat aku pasal control belanja aku. Dia siap penah buat kira-kira berapa aku rugi on bayar interest credit card per year gitu. Dia sibuk ajar aku untuk bayar hutang yang interest tinggi dulu, before settling others. In fact, dia penah tolong settlekan credit card aku dulu, sebab nak aku start fresh. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, tu suma tak le buat aku jadik a wiser person in spending. Takkkkkkkkkk.. Kalau duit tepon tu, dia akan bayar separuh aku punya kalau banyak sangat. Tak pun, dia offer untuk call aku. Aku cuma call dia untuk soh dia call aku semula je. Boleh?? Dasar sangat kan!
Bila aku kenal An, aku ingatkan dia ni sorang yang akan boleh tolong aku control spending habit aku. Mula-mula tu, memang dia ni bukan sorang yang rajin shopping. Macam typical men kot. Gi shopping centres tu bukan sesuatu yang dia suka. Tapi, gamaknya, aku telah terinfluencekan dia, dia pun sama tersampuk angin shopping aku! Hampeh sangat!!! So now, I am married to someone yang sama je dengan aku bab-bab shopping ni. Cuma, dia ni takde credit card. Sudah serik dengan credit card punya hutang, menjadikan dia seorang yang tak punya credit card. Senang hidup. Ada duit, belanja. Takde duit, dok dendiam.
Before kawen, aku berjaya settlekan hutang credit card aku. In a way yang not advisable, tapi better than pinjam AhLong le kan. Aku refinance rumah, and with the balance money I got, aku settlekan kad tu suma. Jangan tanya berapa, tapi aku managed to zerorised kan kad tu suma! The feeling masa tu, priceless!! Leganya, Tuhan je tau! Aku rasa macam nak jerit pada seluruh umat manusia kat dunia ni yang aku takde hutang credit card. Tapi, tu kejap je le. Time nak kawen, takde cukup duit, gunaaaaaaaa semula kad tu! Hampeh! Now, dah mula dah accumulate duit kat kad tu, tapiiiiiiiiiiii, apa-apa pun, it's not as bad as before. Still manageable.
Impian aku lepas kawen ni, nak betul-betul control spending aku. So far dah masuk bulan kelima kawen, control tu masih belum berapa nak ada, tapi bunga-bunga dia dah ada. Kitorang mula kurangkan makan luar, and lebihkan makan dalam. Aku rajin masak now ni. Tatau berapa lama aku rajin masak, tapi harapnya Tuhan tolong aku teruskan kerajinan ini. An pun suka makan dalam, which is good. Memang ada kata orang, takat dua orang makan, lebih jimat makan luar. Bagi aku, bila aku dah mula masak ni, it's still safer to cook at home. Kalau nasi goreng makan berdua kat luar je dah 6 hengget. Tu yang paling basic, and tak masuk air lagi. Kalau air kosong je, yelah murah.. tapi bila dah ada kat kedai tu, macam-macam air le kan nampak. Tu yang jadik 10 hengget sekali makan tu. Kalau beli barang untuk masak, 10 hengget tu banyak gak dapat. Kedai mamak pun dah lama kitorang tak lawati. Sesekali bila melawat kedai mamak yang biasa kitorang lawati tu, mamak tu macam rindu ke kat kitorang.
Kitorang dah mula kurangkan shopping gak. In order to do so benonya, kurangkan pegi shopping centre je. Tak pegi, so tak nampak benda nak beli, so tak beli. Dok rumah, golek-golek berdua, layan tv, lagi bagus. Kasut, henbeg, memang dah lama aku tak beli baru. A few months kira lama tu! Kekekekeke! The last aku beli, kain untuk buat baju raya and baju kerja. Tu memang sesuatu yang perlu le kan. Dah lama beno aku tak buat baju baru. Aku dah naik bosan tengok baju lama aku ni. Lagipun, bagi aku idak le membazir buat baju kurung ni. Tahan lama and aku selalu guna.
Lately ni, aku dengan An rajin puasa. Serampang banyak mata benonya puasa ni. Ganti puasa, puasa sunat, diet, as well nak berjimat! All in one! Aku realise, kalau aku puasa, aku hardly bukak purse aku. Yelah, selalu aku bukak pun untuk makan kat ofis ni.. breakfast le, lunch le, minum petang le. Macam-macam. Bila puasa, tak perlu tu suma. Jimat paling kurang 5 hengget le sehari. Tu paling kurang. Walaupun 5 hengget tu tak banyak mana, tapi kalau 10 hari, banyak gak tu jimat. Then, aku masak untuk buka lak. Beli groceries seminggu, then masak. Bila masak untuk buka, mata ni tak nampak apa lagi yang ada untuk dibeli. Nafsu tertutup. Kalau beli makanan untuk buka, macam-macam yang nampak nanti, and macam-macam nak. Padahnya, lagi banyak spend, kan. So aku dengan An dah plan, based on the observation, kitorang kena kurangkan jengok Pasar Ramadhan untuk kurangkan nafsu belanja bulan puasa nanti, inshaAllah. Kurang belanja, kurang makan, and hopefully badan jadik lebih sihat bila berpuasa nanti.
Looking back, aku teringat zaman Abah Emak besarkan kitorang lima beradik. Both of them bekerja, tapi gaji kecik je. Abah cuma polis pangkat rendah, and Emak cuma kerani je. Tapi, they managed to bring us up into this world dengan selamatnya. Tak penah tak cukup makan. Tak penah tak berganti baju sekolah. Tak penah takde baju raya kasut raya. Alhamdulillah. Suma cukup. Siap ada duit savings lagi. Camana tu? Camana diorang leh buat camtu? Kalau diikutkan, gaji diorang combined at the time diorang retired, sikit sangat dari gaji aku sorang. Tapi, diorang boleh besarkan lima anak. What was right dengan cara diorang tu? What was wrong dengan cara aku? Dulu, Abah selalu soh aku adik beradik dok fikir camana dia pusingkan duit gaji tiap bulan supaya kitorang ni ada cukup untuk hidup. Tapi masa tu, tu suma kurang makna bagi aku. Sekarang, I know that parents know better. I should have listened to them. I should have paid attention to Abah dulu. Yelah, nak buat camana now ni kan. Harapnya, sekarang otak aku dah leh fikir le kan.
Sorang kawan yang aku tau sungguh pandai berjimat ialah Dee nun kat Kanada tu. Aku rasa, aku kena tuntut ilmu dengan dia le.. kekekekeke!! Bukan kedekut, tapi berjimat. Ye, aku nak ke arah itu. Berjimat. That's the word. Kurangkan makan luar. Kurangkan shopping. Ok, tu je kot buat masa ni. Tatau apa lagi nak kurangkan benonya. Moga-moga, penjimatan yang sikit tu, menjadik bukit. And aku rasa kena start tulis semula semua spending aku le. Kasi sedar diri sikit bila berbelanja tu. Tulis hingga ke sen terakhir. Then buat analisa gitu. Boleh?? Kekekekeke..!!
Angah
5 comments:
your state of mind is pure and I can see you can do it Angah
Go go go
Nampak agaya aku pun kena ikut mcm ko jugak la kekekekekee Hutang oooo hutang bila la nak habis
Masyallah..ni entry ke ape??? panjang gile.. kisah ape ni?? wkakakak belum sempat baca lagi..wkakakakak
Limah
Sis,
aku pernah menjerut diri dengan hutang kredit card 4 keping yg hampir burst. Aku bayar minimum payment jek bulan2, bilalah nak abiskan. Kemudian aku consolidate hutang aku, and now ada 1 jek credit card which i am using it so wisely, hehehhe. Serik sis. Aku pon banyak memasak dekat rumah jek sekarang nih. save banyak gak..
Angah, memang betul, kalau masak, banyak boleh jimat. Kalau rajin tiap pagi sediakan b/fast sendiri dan bawak bekal, lagi jimat...AY dok buat macam tulah.So, kalau tak pergi b/fast dah safe + - RM3/- sehari, kalau seminggu dah RM15...boleh dapat sekor ayam yg. gemok untuk masak during w/ends...:-)
aiikkk...tetiba nama aku naik....wakakakaka...penjimat kah aku...kekeke
Tapi apa2 pun frugality is a good life policy to stick with...keep up the good work ngah!!
Post a Comment