Tatau apa nak tulis, tapi nak tulis gak..
Aku dah beli majalah yang ada cite pasa menantu VVIP tu yang dulu gumuk lepas bersalin and now dah kurus. Tip dia untuk kurus ialah makan sayur JE. Pagi, petang, siang, malam, sayur JE. Pendek kata, dari celik mata, sampai tutup mata, sayur, sayur, sayur.. Patut le, dah turun berat tu sampai 60kg! For someone yang tinggi dari aku tu, kira dia dah slim gila dah tu! Adeh! Jenuh le pulak aku tengok menu sayur je kan. Pastu, dia tak makan anything goreng. Suma pakat rebus or kukus. Boleh? Nasi, roti segala jadah tu tak makan. Ye hadek-hadek, harus kurus!! Tapi sanggup tak sanggup je le kan! Mampos le aku kalu gitu! Tak sanggup aku! Makan itu nikmat y'all!!
Aku dah gi blog yang Elf suggest baca. Ye betul, aku agree dengan apa writer tu tulis. Benonya, diet, in English, bukan bermaksud tahan makan.. tapi makan makanan seimbang gitu. And, from apa yang aku penah baca, nak kurus kena makan selalu, tapi portion kena betul. Apa yang dimakan kena betul. Kot makan selalu, tapi nasi lemak, mihun goreng, ayam goreng, fries, mati idup balik tak kurus ye hadek-hadek! Makan kena selalu tu sebab food is our bahanapi untuk kick start the metabolism. Tu pasal, orang kata, jangan skit breakfast. Tapi, while saying that, it doesn't mean that boleh tibai nasi lemak or roti canai for breakfast. Lean breakfast gitu. It will help to trigger metabolism yang tengah tido tu.
Pergh! Dah macam nutritionist dah aku ni! Ni le padahnya kalau banyak nau yang aku baca pasal diet ni. Maklum le, obses tentang kurus since 1993 dulu. Banyak yang aku dah pelajari pasal cara menguruskan berat badan. Banyak method yang orang cipta. But, whatever it is, back to the basics jugak nanti. Jaga pemakanan, exercise and make it your lifestyle. If you starve yourself untuk kurus, esok-esok bila dah kurus, and since tak reti cara pemakanan yang betul, you'll gain your weight again. Simply because dieting has never been your liefstyle.
Dulu, masa aku study kat obersi dulu, aku dedicated sangat untuk kurus and learned about it. Like really learned about it. Aku rasa, aku dah abih study dah pasal nak kurus ni. Kira-kira aku leh jadik nutritionist yang tak bertauliah dah ni. Cuma tak leh nak bukak kelas or tulis dalam majalah je. Bukak le majalah apa pun, kalau cite pasal nak kurus ni, suma akan berkisar ke arah yang sama. Food supplement bagus untuk membantu, tapi, kena gak ada pemakanan yang seimbang. Biar turun sikit-sikit, tapi consistently. Aku rela tunggu berbulan untuk kurus, for as long as turun le kan.
Lately ni, memang aku dah obses semula untuk kurus. An amat le memahami walaupun dia sendiri tak heran untuk menguruskan diri dia. Tapi, being supportive enough for me pun dah cukup. Idak le komen-komen kata aku sewel nak kurus ke apa ke. Tu dah cukup baik dah. Kata dia, aku idak le gemuk tapi part punggung tu kena kasi kurus sikit. Yelah, nak buat camana.. dah genetically aku camni. Kalau ikut sains pun, pompuan memang ada jenis badan bentuk pear le, bentuk apple le, bentuk hourglass le.. So yang bentuk pear macam aku ni, kena le usaha lebih utk kasi turun kat problematic areas. Masalahnya, kena buat target exercise. Tu yang acik lomah tu! Ponek nak layan! Kena carik balik CD aerobics aku ni gayanya ni..
And aku baru find out something from a magazine.. Selalunya aku baca, BMI untuk orang dewasa, yang sesuai is 18-25. Between 25-30 tu overweight and anything higher is obese. At 58kg, BMI aku is about 23. Kira okay le tu kan. Aleh-aleh, dalam magazine yang baru aku baca, it mentioned that BMI Asian yang okay patutnya ialah between 18-23! Adeh! Aku ni ala-ala just nice je?? Harus le tak leh jadik kan.. Harus le kena kasik turun. Tu ala-ala tergelincir sikit tu, masuk ke kawasan overweight tu! Tak nak!!
Aku susah nak kurus sebab aku suka makan. Anything aku suka, except itik. Ada story behind itik yang menyebabkan aku tak leh makan itik! Hahahahaha! Other than that, aku tak rasa ada benda yang aku tak suka makan. So itu masalah beso tu. Tapi dulu, lepas aku train diri aku untuk kontrol apa yang aku makan, the body get adjusted to it, the brain get washed, and it became a habit. Aku still makan benda-benda goreng, lemak segala tu, tapi in a small portion. Kat obersi dulu, aku amalkan healthy food untuk breakfast, snacks and lunch. Tapi untuk dinner, since dinner aku share masak dengan housemate, aku tak leh le masak ikut tekak aku je kan. So, dinner je aku makan lauk Melayu yang serba menggemukkan tu. Tapi, as I said, in a small portion.
It took me 7 months to lose from 68kg kalau tak silap aku, ke 55kg or somewhere there. Banyak beza tu weh! Every 5kg is like a small kampit beras. Berat tu kalau imagine ke hulu ke hilir dengan beras tu. I know, 7 bulan is a long time. Tapi, kalau takde usaha, 7 bulan akan berlalu begitu sahaja tanpa kurus apa-apa. So might as well do something about it, kan?
Ya Allah.. Sabo je le aku ni.. Ni sesi motivasi diri sendiri ni ye dek non!! Kekekekeke!! Bawak bersabar.. Aku memang tengah gila nak kurus ni.. So kena keep the momentum up. Kena selalu bakar semangat diri ni! Urgh!
Ok le.. enough..
Angah
6 comments:
itulah pasal...terkejut gak tgk si makcik datin tu sudah kurus mcm tu... hmmm makan sayur je? kejap nak fikir hmmmmmmmmmmmm....
Salam, Ngah...cepat kurussss..cepatt!! ada tugas penting di GEGAR tu...kerana penampilanmu begitu berharga di mlm GEGAR!!!Wakame
ngah..tak boleh la kita bersuka-ria sambil makan2 kalo kita berjumpaan nanti. harus ko telan air liur je mcm org posa lak tgk aku makan sorang2 ahahahahhaaahhah.
ngah...
about sayur tu aku agree, tapi aku xdela kukus dan rebus je. aku taram jugak la yg berminyak..
nak kurus kunun
makan kulit hayam tak ingat langsung yg kulit hayams tu byk lemak
nak kurus kunun
(buat kekuda, tangan kanan tepuk peha --> PIRAHHHHHHHH kekekekekeke)
ngah, mkn produk "M" tu ke?
Post a Comment