Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 17 August 2007

Lagu Omputih

On the way to work hari tu, radio mainkan lagu Billie Jean. Bila dengar lagu tu, aku terus terimbau zaman aku sekolah rendah, masa darjah enam, teringat Grammy Awards tahun tu. Somehow, that is the most remembered Grammy kot bagi aku. Takde Grammy lain yang aku ingat le. Aku tak ingat whether aku menonton ke tak Grammy tu, tapi aku ingat certain songs yang menang dalam Grammy tu. Tu zaman Cindy Lauper, Boy George and of course Michael Jackson.

Zaman dulu, aku tak dengar lagu omputih. Aku ni walaupun dibesarkan kat KL, tapi macam orang kampung dok KL gitu. Aku dibesarkan oleh parents yang asal dari kampung tapi moved to KL untuk mencarik rezeki, and aku tak bebas bergaul masa kecik-kecik dulu. Abah is a very strict disciplinarian. Polis le katakan. Serba-serbi tak boleh, serba-serbi bahaya. So pergaulan aku sungguh limited. Dengan kawan-kawan takat kat sekolah je, and bila balik sekolah, aku dengan adik beradik aku sahaja dok kat rumah dalam pagar berkunci bermangga. Main petang kat luar rumah cuma pada weekend je.

So the only exposure on lagu omputih yang aku ada cuma bila dengar kekawan kat sekolah sembang pasal benda-benda ni. Diorang ni siap bawak keset gi sekolah le, magazine le.. macam-macam le. Maklum le, budak KL le katakan. Diorang ni jenis leh merayap lepas sekolah, lepak mana-mana. Aku takat dengar je cite diorang. Somehow, perasaan teringin nak mencuba tu takde le pulak. Tatau nape. Aku anak yang patuh betul kot. Tak pun, takut sangat kat Abah tu. Kalau tertangkap buat tu suma, harus kena mintak nyawa tambahan le pulak. Tu yang tak terpikir nak buat tu suma kot.

Bila masuk asrama masa Form One, kebluran aku pasal lagu omputih ni terus bersambung. Yelah, takkan tetiba je pandai kan. Aku kira macam orang dari kampung yang tatau pasal lagu omputih langsung tau. Lagu Melayu pun aku tatau sangat. Nape entah. Nak kata nerd asik belajar je dulu, tidak gak. Entah. Misteri gak ni.. Aku ingat, masa lepas minggu orientasi, masa senior baru masuk mendaftar diri ke sekolah tu. Ada senior nak oriented aku, nak soh nyanyi. Aku tatau nak nyanyi lagu apa, pastu diorang suggest aku nyanyi lagu Careless Whisper. Hamik kau! Aku, nama lagu tu tak penah dengar dek non! Padahal, punya le sikit punya glamer lagu tu masa tu. Group tu pun aku tatau, boleh? That's how kampung I was! Later on, aku catch up jugak dengan info pasal artis omputih and the songs, tapi still behind kalau compare to others. Impress aku dengan diorang yang tau macam-macam hal ehwal artis luar negara. Benda tu macam a new discovery untuk aku.

Abih sekolah, dah nak gi obersi pun aku masih tak berapa nak suka dengan omputih punya lagu. Sengal je telinga aku kalau dengar housemate aku masa kat prep school dulu pasang lagu omputih or even Radio 4. Padahal, aku tau yang aku kena biasakan telinga dah sebab once aku sampai tempat omputih, sahih le kena dengar anything in omputih kan.

Sampai obersi, aku missed gila nak dengar radio dalam bahasa ibunda. Dah boleh dah layan lagu omputih and radio omputih tapi miss still miss. Once a week, boleh dengar rancangan radio Melayu kat one of the radio stations kat sana. Tapinya, bahasa ibunda yang diorang guna ni, ala-ala Neng Yatimah punya bahasa, boleh? Yelah, logik gak kan sebab pengendali rancangan radio tu, mostly yang dah dok kat sana berpuluh tahun. That's the last known bahasa ibunda to them before they left the migrated. Tak salah diorang, cuma telinga aku sengal gak dengar. Well, beggars can't choose, kan? So layan je le.

Balik Mesia, aku dah pandai dengar lagu omputih. Masa tu, macam-macam stesen radio baru muncul. Kalau kat radio dalam kete aku tu, suma channel aku set ke English station je. Berlagak je kan? Tak sedar diri gitu. Kalau adik aku naik kete aku, dia lak sengal sebab bosan dengar lagu omputih! Kekekekeke!!

But now, bila favourite radio station aku tu dah bertukar DJ, aku dah tak suka dengar station tu. Aku terus convert semula ke radio Melayu je. Suma channel kat kete aku, channel Melayu je! Hamik kau! Aku memang lost track semula dengan lagu-lagu omputih. But then, usia mematangkan aku.. hence, who cares kalau aku tatau pun lagu-lagu omputih yang current ni. Banyak lagi benda aku tak tau, and I couldn't care less.. Ahak!

Oh, sampai sekarang, aku still tak minat nak tengok all those award giving shows. Baik Melayu or omputih. Tatau nape.

Angah

1 comment:

NANI SHAHABUDIN said...

me too tak minat dah. APM ke..or whatever award lagi ker...tak tau naper.
Msia skrg terlalu byk anugerah2 gini yang sebenarnya bukan pure penghargaan pun. cuma event utk diorang melawa and syok sendiri jer...