Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 5 December 2008

Say what?

Hmmm.. sungguh le lama tak update, kan. Fara tu, boleh eksyen-eksyen lak yang dia rajin update. Takpe.. no worries.. *mode jeles*

Benonya, bila dah lama tak udpate, aku dah tak berapa nak reti update dah. Kalau ada pun cite yang aku ada rasa nak update, aku update je dalam otak aku. Boleh gitu? Nak merealisasikan cite tu kat blog, tatau bila. *Owh tetiba rasa macam nak makan sweets.. nak makan kek ke, cookies ke..! Hish!*

Anyway, meh le aku share sikit-sikit cite yang aku ingat..

Aku nak share cite pasal anak buah aku, Alia, who turned 4 last October. Dia ni petah cakap, dari kecik lagi. Tapi, kids being kids lah kan. Innocent and naive. Nak dijadikan cite, last wiken kat umah parents aku.. aku tengah nak siapkan anak buah aku lagi sorang, Mamat, yang baru lepas mandi. Lepas mandi, nak bersiap, harus le dia berbogel. Biasalah kan, budak kecik. Mamat tu baru nak masuk setahun setengah gitu.

Tengah aku nak lapkan si Mamat ni, Alia ada sama.. Mama Alia ni pun ada sama. Sekali, si Alia berkata-kata dengan penuh innocentnya sambil tersenyum kecik.. "Eeeee.. kecik je pepet Mamat..." Huh? Muahahahahaha! Aku, pandang Alin, pastu both tahan gelak. Mata masing-masing dah buntang-buntang. Kalau mata aku besar, mata Alin lagi besar, occayy!! Tanak gelak sebab kang Alia malu, and mana tau terus segan tak bertempat lak. So, aku pun cubalah untuk mengcorrectkan kata-kata dia secara machonya.. "Bukan pepet lah. Mamat boy. Boy takde pepet", cakap aku dengan nada lembut gitu. Lepas aku cakap gitu, Alia sambung lak sambil senyum-senyum macam lawak gitu, "Eeeee.. kecik je pantat Mamat...." Huh??? Aiyoyoyoyoyoyoyo!!! Matilah tak tau camana nak tahan gelak!! Muahahahaha!! Terpaksa le aku bantai gelak sebelum betulkan lagi Alia! Aiyoyoyoyo! I tell you!! Sungguh le cute!

Opppss.. aku lupa nak kasi disclaimer awal-awal tadi kan.. Kot le ada yang offended dengan cite aku tu kannn.. Too bad lah. Nak buat camana.. kids, they say the darnest thing.

After that, aku wonder.. Being a Malay, nape words yang refer to our genital parts tu kan, macam taboo lak kalau sebut, eh? Kalau sebut, it's mencarut. Tapi kalau sebut in English, tak. Awat eh? Kot mak bapak memang cakap English all the way kat umah, leh le ajar anak refer to benda tu as penis and vagina. Tapi kalau tak, tok leh ke ajar kote and pantat? Muahahahaha!! Aiyoyoyoyo!! What an entry, kan??? Hahahahaha.. Blame it on my niece, occaayyy!! But seriously, nape tak leh? What should be the word to use in Malay to refer to those parts? Zakar? Faraj? Aiyoyoyoyoyo!!

Hahahahahaha..

Oklaha.. Cukuplah tu entry hari ni. Renung-renungkanlah.. Muahahahaha!

Selamat Hari Raya Haji, koreng!!

Angah

Thursday, 20 November 2008

Aiyooo!! Meeting lagi???

Occayyyyy!! Hahahahaha.. ada orang marah aku terus bermain dengan angka?? *jeling Fara* Well, apa kata mari bermain dengan mesyuarat, nak?? Kerana ituuulah tema aku sekarang!

I tell you, dulu, aku ingat, orang gomen je yang suka meeting. Meeting untuk decide apa yang nak didiskaskan dalam meeting akan datang. Rupanya, aku ada bos baru yang lebih gomen dari orang gomen. Entah-entah, orang gomen pun takde kerap meeting dah now ni. Err.. jangan marah aaa orang gomen.. Perumpamaan je tu. Now ni, aku lak yang over meeting. Gilos!

Meeting hari Isnin, untuk tau apa result meeting hari Jumaat lepas. Pastu, meeting hari Selasa nak tau apa plan of action. Meeting Rabu lak, nak tau apa status. Meeting Khamis, nak update so that nak tau apa yang akan diupdatekan pada meeting Jumaat. And Jumaat lak, meeting lagi untuk diskas status. Boleh gitu?? Aku rasa dah nak muntah hijau dah kalau orang sebut meeting. Rasa macam nak je aku tempik bos tu, sudah-sudah lah tu meeting.

Dah tu, dia ni gila cakap. Tapi, ada hati tanya orang lain nape orang lain tanak cakap dalam meeting. Yelah, kot cakap, pastu nak kena cantas je apa yang dicakap, apa yang dicadang, suma pun naik muak le nak mencadang, kan? What's the point? Baik kasi chan kat dia tu yang suka nak bercakap, kan?

Tadi, aku sent an email kasi cadangan to improve a process. Aku ingatkan, boleh le diskas dalam meeting petang tadi. Tapi ropanya, dia reply email aku, soh aku jumpa dia, untuk diskas dengan dia before masuk meeting?? WTF??? Meeting before meeting?? Aiyoyoyoyoyoyoyoyo!! Ngalahkan menteri kabinet nak buat belanjawan negara, tau! Aiyo!!! Pastu, meeting petang tadi, dok diskas isu yang akan dimeetingkan lagi minggu depan. Boleh?????? Grrrrrrrrr!!! Camno tu?? Tolongggglahhhh!!! Bangang!

Sekarang ni, aku dengan colleague department aku, dah jadik joke lak perkataan meeting tu. Sikit-sikit, meeting dulu. Muahahahahaha...

So korang, bila kita nak meeting ni?? Aku rinduuuu ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... YM pun dah lama tak leh nak hidupkan! Asik meeeeetinggggggggggg je le ni! Entah bila nak buat keje, tatau!

Sekian.

Angah

Thursday, 6 November 2008

Mari bermain dengan angka

36 - Umur aku, bertukar semalam.

61 - Berat aku. Macam cilakak. Sikit lagi macam lembu. Tapi tak leh nak salahkan sesapa. Sah-sah sendiri suka melantak. Rasain loe kan! Hampeh.

35 - Percentage lemak dalam badan aku. Nampak nau aku ni kalau timbang kati, sahih tak laku. Penuh lemak. Chet!

38 - Percentage muscle dalam badan aku. Tu pasal tak leh nak kurus senang. Muscle tak cukup. Takat muscle jari untuk update ni je yang banyak.

869 - Harga Herbalife, stok untuk sebulan, untuk mengurangkan berat beserta lemak di badan, dan untuk menambahkan muscle! Uwaaaaaaaaa! Lagi cilakakkkkkkkkk!! Mana nak cekau itu uwang, tatau!! Errr.. ada sesapa nak kasi aku besday present Herbalife stok untuk sebulan tak?? Muahahahahahaa...

Kata laki aku, kalu aku amik Herbalife, tu ala-ala aku membayar gaji Beckham. Perghhh! Logiklah kan.. kalau dah mahal camtu kan.. harus le kaya raya company tu.

Kata orang yang jual tu, benda ni ada discount structure dia. Beli lagi banyak, lagi banyak discount. Kot beli sampai 8 bulan or 6 bulan punya stok, leh dapat 42% discount. Boleh??? Aiyoyoyoyoyoyo!! Leh tak imagine berapa banyak untung stokis? Tu tak jadik member tu. Kot jadik member, harus lain lagi price, kan?? Perlu ke aku menjadik member ni??

Kata orang yang jual tu, ada 30 days money back guarantee kalau takde apa-apa perubahan. Kata dia, bawak bekas kosong after a month, kalau tak turun gak berat, dia leh pulang balik duit. Aku ada plan.. aku beli benda alah tu, pastu tak makan tapi aku simpan dalam bekas lain. After a month, harus tak turun, kan? Harus leh mintak balik duit. Pastu, aku beli kat orang lain lak. Buat lagi sekali gitu. After 2 bulan, dapat le aku stok free untuk 2 bulan, kan??? Kekekekeke.. Terer?? Tapi, idak le aku sanggup buat gitu. Tu cuma idea yang bernas, yach! Hik!

Oh, aku ada gak terpikir nak main kutu beli Herbalife ni. Tapi, masak le orang yang last sekali dapat. Orang lain dah kurus, dia dok maintain makan hati tengok orang lain kurus, kan? Kekekeke.. Errr.. ada sesapa nak main kutu Herbalife dengan aku tak?

Ni suma gara-gara tension tengok badan sendiri le ni! Nyampah I ols!

Angah

Tuesday, 28 October 2008

Ohohoho! Ada update!

Bukan, bukan aku ketandusan idea.
Bukan, bukan aku ditimbuni kerja.
Tapi kerana kombinasi berdua. Hik!

Sebelum orang ingat aku dah abandon blog ni, baik le aku update. Kang lari lak peminat aku, kan. Aku pun gila glamer gak. Hik! Kekekeke.. Yelah, kalau takde peminat, camana le aku nak memasarkan produk-produk aku, kan? Peminat tu perlu.. errr.. more towards reader benonya.

Masa tu ada kalau nak update blog, tapinya tak berapa nak dan. Aku benonya tak berapa le suka tengok blog aku tak berupdate kan. Bior le blog LA/LB je yang selalu pegun. Tanak le aku jadik cam diorang tu. Tapi hakikatnya, sejak dua menjak raya ni, si Po tu punya blog lak yang lebih laju berupdate. Apakehenya kan? Kalau aku hari tu tersampuk angin bulan puasa, dia lak tersampuk angin bulan raya ke? Ekekekeke.. Apa-apa pun, syabas le Po. Gitu le kekdahnya ada blog ye. Bukan cam cik Delin tu yang kejap ada blog, kejap tukau url, kejap tutup blog.. Jenuh peminat dia! Hik!

Oh, sejak dua menjak nak menjadik ahli perniagaan ni, aku udah buat dua blog lagi. Satu untuk kain, satu untuk kek. Sila-sila le forward kan url ini yach pada sesapa yang interested:

Cafe Manis - http://cafemanis.blogspot.com
Butik Sutra - http://butiksutra.blogspot.com

Harus le takde benda sangat kat situ lagi.. it's progressing, I hope. Nak buat website sendiri, lum le lagi sampai seru. So in the meantime, cukup le gitu. Whatever it is, the intipati counts, kan? Tang butik kain tu, harus le lum ada kain lagi yang nak dijual. Esok-esok bila dah ada, sila-sila le jengok.

To those yang dapat kek oren hasil pemberian Joe dan hasil pembuatan aku kat gathering tu, hopefully korang berpuashati dengan hasilnya. Sila le market kan kalau sudi yach! Hik!

Orait. Till then.

Angah

Friday, 17 October 2008

Jual kain lak!

A quick update with waiting for the hubby to pick me up.. Gila busy gamaknya aku lepas puasa ni. Sungguh le tak dan nak update dah blog. Hish! Tapi, dalam pada tak dan tu, buat kek sempat lagi, ofkos. And semalam, aku dah deliver dua ketul kek pada Mak Ety. Aku dapat duit, as well as dapat beraya dengan Mak Ety and Apak. Ofkos, makanan enak-enak belaka. Siap tapau lagi. Siap dok lepak sampai midnight lagi! Hik! Jangan jeles u ols! To Mak Ety and Apak, thanks a lot for having us last night.. Tahun depan baru jumpa lagi kah? Ekekekekeke..

Oklah. Another benda yang aku have passion in is kain cantik-cantik. Well, gamaknya suma pompuan suka, le kan. And, aku particularly suka kain bersulam ni. Since dah suka ni, since ada stok, ingin le aku jual pada sapa yang berminat.. *serius punya rush punya statement menjual gini.. tak dan nak tulis intro bunga-bunga, you!*

Altogether, I have 3 pasang kain kat sini. Suma 4 meter in length. Standard gitu. Suma untuk buat baju kurung pesak. Suma bersulam penuh di kaki baju and tangan. Sumanya kain chiffon, tapi idak le yang ringan amat tu. Ofkos, jarang. And sumanya disulam di Indonesia. So, you can be assured that the hasil kerja is halus and cantik.

Bawah ni, the only one yang berbunga. I have zoomed on the sulaman kat bawah tu. The same sulaman kat kaki baju and kat lengan, yach!


Next is kain off white. The colour tu ala-ala very light pink. Jarang, ofkos. Kain lining tu, boleh dipilih dari kaler putih, or kalau nak cantik lagi, guna kaler macam sulaman dia punya kaler. Cun! Kain ni though putih, tapi putih tu bercorak. Yang ada macam warna other than white kat kain tu, bukan stain, yach. Tu memang kaler asal kain. The sulaman tu, very soft pink. So ayu!!

Last but not least is sama gak kalernya off white. Tapi with a hint of brown lak. Itu yang sulamannya, guna warna brown.

Dah tengok kainnya, below ni gambo bila dah siap. Sample je. Sila abaikan komot-komot kain tu ye! Gambo ni cuma nak tunjuk hasil dia bila dah siap berjahit, berlining bagai. Sample ni, sulaman dia warna merah. Hence, kain lining tu warna merah.

Oh, lupa.. the price.. The selling price for each kain is RM300. Sungguh le murah, kan? Kalau beli kain tu, nak kasi sulam lagi, tatau berapa leh dapat. So, jangan tunggu lama-lama yach! Those interested, please drop a message kat my ym: nsahamah@yahoo.com


Oklah.. till then, have a good wiken people. Byee!!

Angah