Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 20 November 2008

Aiyooo!! Meeting lagi???

Occayyyyy!! Hahahahaha.. ada orang marah aku terus bermain dengan angka?? *jeling Fara* Well, apa kata mari bermain dengan mesyuarat, nak?? Kerana ituuulah tema aku sekarang!

I tell you, dulu, aku ingat, orang gomen je yang suka meeting. Meeting untuk decide apa yang nak didiskaskan dalam meeting akan datang. Rupanya, aku ada bos baru yang lebih gomen dari orang gomen. Entah-entah, orang gomen pun takde kerap meeting dah now ni. Err.. jangan marah aaa orang gomen.. Perumpamaan je tu. Now ni, aku lak yang over meeting. Gilos!

Meeting hari Isnin, untuk tau apa result meeting hari Jumaat lepas. Pastu, meeting hari Selasa nak tau apa plan of action. Meeting Rabu lak, nak tau apa status. Meeting Khamis, nak update so that nak tau apa yang akan diupdatekan pada meeting Jumaat. And Jumaat lak, meeting lagi untuk diskas status. Boleh gitu?? Aku rasa dah nak muntah hijau dah kalau orang sebut meeting. Rasa macam nak je aku tempik bos tu, sudah-sudah lah tu meeting.

Dah tu, dia ni gila cakap. Tapi, ada hati tanya orang lain nape orang lain tanak cakap dalam meeting. Yelah, kot cakap, pastu nak kena cantas je apa yang dicakap, apa yang dicadang, suma pun naik muak le nak mencadang, kan? What's the point? Baik kasi chan kat dia tu yang suka nak bercakap, kan?

Tadi, aku sent an email kasi cadangan to improve a process. Aku ingatkan, boleh le diskas dalam meeting petang tadi. Tapi ropanya, dia reply email aku, soh aku jumpa dia, untuk diskas dengan dia before masuk meeting?? WTF??? Meeting before meeting?? Aiyoyoyoyoyoyoyoyo!! Ngalahkan menteri kabinet nak buat belanjawan negara, tau! Aiyo!!! Pastu, meeting petang tadi, dok diskas isu yang akan dimeetingkan lagi minggu depan. Boleh?????? Grrrrrrrrr!!! Camno tu?? Tolongggglahhhh!!! Bangang!

Sekarang ni, aku dengan colleague department aku, dah jadik joke lak perkataan meeting tu. Sikit-sikit, meeting dulu. Muahahahahaha...

So korang, bila kita nak meeting ni?? Aku rinduuuu ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... YM pun dah lama tak leh nak hidupkan! Asik meeeeetinggggggggggg je le ni! Entah bila nak buat keje, tatau!

Sekian.

Angah

8 comments:

Anonymous said...

Ngah,
hehehe..best..best..mood meroyan ko dahmai balik!!!lebatlah apdet lepas ni...hehehe..Ngah, kalau ko tension sgt, aku cdg baik ko samb balik "novel" ko dulu...terbayang meeting dgn kakak puaka di hotel puaka dulu..serammmmm..hehhehee

wakame

Anonymous said...

Kak Ngah ku..

Aku pon nyampahhhh gak meeting. Bila nak buat kejernya gini kan?

~arena

Elf said...

Aku pun tak suka meeting.

Tapi, aku suka dating.

Anonymous said...

aku pun suka dating..especially ngan makincik elf kat restoren korea emkop...hikss!

org yg suka buat miting ni salunya sebab derang pun tatau nak buat keje apa.. buat miting nampak cam bz sket..huhuhu..

Anonymous said...

Ngah,


Bila kita nak meeting kat Ayam Golek??? lama gile ko tak join meeting kat tag...wkakakakakakak

Ahkak Limah

Anonymous said...

*bila fara nak taip.. tak abis lagi meeting ke si angah ni...?ekekekeke *

opsss lari///////////

-ojij-

Alinlai said...

meeting best gak...ada makan free :)

Fara said...

Angah, pleaaaaaaaaaaasee laaaa!!! better ko update .. aku takut ko tak terkejar aku kang ... ish ish! mana hilangnyer blogger tegar bernama angah ni!