Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 19 September 2007

Mulanya di sini

Ya Allah! Tatau berapa kali aku dah tulis and kensel tau! Ada benda aku nak tulis, tapi takde flow. Macam tawar je apa aku tulis.. Macam takde soul je dalam penulisan tu! Tensi meks! Urgh!

Gini le.. aku nak tulis.. camana aku leh sampai ke blog Joe, then camana aku leh berjinak-jinak kat tag Joe, sampai le aku become one of the anak ayam and kenal most of anak-anak ayam kat reban tu. Yelah, sempena Gegar Ria kitakan.. It's all about Joe's Tagboard a.k.a. Reban Ayam, kan? Kalau takde tagboard tu, harus le takde Gegar Ria ni. So, itu le aku nak tulis.. Tapi, dari tadi, ayat-ayat suma takde soul tau. Suma kalau tak skema, plain boring. Baik le aku tulis gini je!

Ok, begini ceritanya.. *intro lagu Pulanglah (tatau nape lagu tu le kan.. ahak!)* Di suatu hari yang hening, di tahun lepas.. early of the year rasanya.. aku tak hingat sangat.. Aku mengGooglekan nama sorang celebrity ni yang kawen dengan sorang pak menteri. Tak ingat lak nape aku nak carik. Harus bosan tahap cipan punya pasal. Then, aku landed kat blog Suh*imi Sulaim*n. And aku rasa, that's the first blog ever kot yang aku baca. Aku ingat, wondering yang blogspot ni takde ke index ke, directory ke, or anything equal untuk aku browse, carik blog orang. Tension aku time tu sebab tatau camana nak menambah bahan bacaan! Kekekeke! Dasar sangat kan! Bosan tahap cipan, I tell you!!

From his blog, aku jumpa blog Puisi Relay. Tu pasal blog tu pun ada aku letak link dia kat blog aku. Ada value blog tu kat aku though aku dah jarang jengok sebab update kat situ jarang-jarang ada. From that blog, aku jumpa blog Kak Teh yang glamer tu! Khatam aku baca blog dia tau! Dalam pada nak mengkhatamkan blog dia tulah aku rasa, aku jumpa blog Joe kat Kak Teh punya Sentraal Station. Ha, bila dah jumpa blog Joe tu, aku pun ralit le baca.. cobaan nak mengkhatamkan lah kan.. Ahak! Tapi, as I mentioned, COBAAN.. Aku mencoba, tapi takdir penentu segala. Ya Allah, panjang nak mampos entry-entry dia kan especially yang current. Kot yang dolu-dolu, banyak ringkasan dia.. tapi bila yang current tu suma, bila dah jadik day to day punya story, ampun meks pohon.. meks tak larat nak baca. Juling bijik mata hitam ku, dek non!! Kekekekeke!!

Pastu, ada lak tagboard kat situ kan. Mula-mula, aku cuma jadik penskodeng je le. Aku tengok suma pakat-pakat mesra dah kat situ. Ada hati nak join, tapi tatau camana nak nyampuk. Info pasal diorang pun aku tatau. Main assume je pasal sapa yang diorang borakkan. Aku wonder camana diorang leh tau yang certain people tu pangkat aunty, certain people tu baya-baya sendiri. Penat otak tau nak pikir. Aku tak leh recall camana aku leh berani nak memunculkan diri kat tag tu, but I am so glad that I did!!

The first person yang aku jumpa secara live, were Fara and MM. Aku puas le ajak taggers gi lunch tapi masing-masing ada alasan. Last-last, Fara yang free and ajak lak MM. MM masa tu pregnant anak sulung dia tu. Aku amik diorang kat ofis, and aku tak ingat gi makan kat mana. Hahahaha! Tu aku leh lupa tau!! Tapi aku ingat, Fara masa tu dok risau yang muka dia penuh jerawat, so segan nak jumpa aku. Sabo je le!

Lepas tu, aku tak rasa lama sangat lepas aku jumpa Fara tu, kitorang buat gathering kat MFM kat Ik*no. Kat situ, aku jumpa a few taggers lagi, and we ols dapat tau yang Budak and Arc ni rupanya laki bini! Hampeh sangat berlakon kat tag tau!! After kat MFM tu, aku rasa yang the biggest gathering was Gegar Raya. Since Budak and Arc are couples, their house was the chosen one le kan to be the venue untuk Gegar tu. Oh before that, ada gathering buka puasa kalau tak silap aku.. entah, aku dah lupa. Tapi kalau ada pun, it was held kat umah diorang gak.

After that, aku rasa dah tak terbilang dah gathering nya. Pantang ada masa, gathering. Pantang ada orang turun KL, gathering. Now ni, lunch pun gathering! Hamik! Hahahahaha! No, I am not complaining. It just shows how close we are now. Dah le kat tag jumpa, kat luar pun nak jumpa gak. Pastu, lepas jumpa, jumpa lagi kat tag. Adoi! Macam orang bercinta yang can't get enough of each other. So hooked up with each other.

And Gegar Ria ni, will be kesinambungan of what we have started. Tu pasal le kitorang nak ajak ramai-ramai join.. Boleh le kenal mesra dengan anak-anak ayam Reban yang peramah-peramah belaka. Tak rugi tau kalau join!! Ahak!

Aanyyywayyy, since aku dah tulis ni, pekata korang taggers yang lain, tulis le your part of the story of how korang landed kat tag Joe. Aku teringin gak nak tau. Yang takde blog tu, *jeling kat Dee dengan Limah*, boleh le tulis kat tempat komen aku tu korang punya version. Takpe, aku benarkan. Silakan tulis ye! Nak aku listkan nama korang suma ke baru nak tulis?? Tak nak kan?? So better korang tulis. Tak kang, aku denda! Ahak!

Oh by the way, sampai sekarang aku tak khatam lagi blog Joe.. Ahak! Ampun Joe!

Angah

Tuesday, 18 September 2007

Ramadhan 1428

Ramadhan kali ni, berbeza dengan Ramadhan sebelumnya sebab kali ni, aku berpuasa sebagai seorang isteri. Alhamdulillah. Dulu aku nak sangat merasa berpuasa sebagai seorang isteri. Aku nak sangat preparekan sahur untuk suami, pastu preparekan buka and beribadat sama-sama. Banyak ideal thoughts dalam otak aku ni masa tu. Maklumlah, suka verangan! Ahak! Tapi, verangan aku pun, idak le jauh sangat.. masih control lagi le kan.. tak macam orang lain.

Time bujang dulu, aku kan dok serumah dengan Alin and family dia kan.. Alin ni malas sahur. Most of the time, dia tak sahur. Yang akan sahur, aku dengan laki dia je. Aku prepare sahur, then soh dia gerakkan laki dia bangun. Masa tu aku wish sangat aku ada laki yang aku leh layan masa sahur. Tengok adik ipar aku sahur sendiri (walaupun dengan aku) aku rasa kesian je. Tatau nape. Mungkin masa tu aku rasa isteri kena sahur sama kot.

So the time came untuk aku puasa bersama sorang bernama laki. First night tu, kitorang pegi terawih together. Last year pun pegi gak terawih dgn An, tapi dia dari rumah dia, and aku dari rumah aku. We met after terawih tu. Tapi tahun ni gi together-gether. Macam best je. Pastu, malam before tido, dia setkan jam untuk sahur. Lemah aku. Boleh?? Dulu-dulu bukan main semangat nak sahur dengan laki, and bila tiba time ada laki, lemah lak! Dasar sangat! Dia kunci jam kul 5 pagi. Nak je aku ajak sahur before tido.. tido le lelewat sikit, walaupun aku tau, itu bermakna tak dapat le sunat sahur kan. Tapi, since An tak nak, aku akur gitu.. akur dalam protes.

Kul 5 pagi, jam bunyik. Aku gerak dia, dia tanya food dah ready lum. Huh? Adeh. Aku mamai. Aku lupa yang aku perlu sediakan suma tu baru gerak dia, tapi aku terus gerak dia instead! Hampeh sangat! Aku tension tau! Dengan protes aku heret kaki ke dapur perhangat apa yang ada. Aku lupa dah lauk sahur tu, tapi aku cuma makan roti bakar je dua keping. Diet le katakan.. Ahak! Cobaan untuk diet oocccaayy! But before that aku dah minum Melile* segelas. Pastu, tunggu Subuh, solat together, then tido semula.

Based on experience hidup aku, kalau aku tido lepas sahur, memang liat sangat nak bangun pagi. And bila bangun tu, perut akan rasa semacam. Sepatutnya time tu le nak baca Quran ke kan.. tapi takkkk.. sejam yang ada tu, perlu tido! Though bangun rasa macam nak marah je, tapi tetap tido. So bila bangun tu, aku dengan rasa tak lena le, ngantuk le, tension tau! Pastu siap berazam nak ajak laki aku tukar time sahur, boleh?? Dasar sangatkan!

Petang tu, first day puasa, buka kat umah mentua aku. Mentua aku dah awal-awal lagi ajak buka sama. Lagipun, adik ipar aku yang kat Johor tu ada. Aku ikut je le.. nak jadik menantu mithali, kan. Aku tak bawak apa pun pegi umah diorang tu. MIL aku kata tak yah bawak apa-apa, so aku tak bawak apa-apa. Memang tak tau apa nak bawak pun. Aku gagah tak singgah pasar juadah sebab azam tahun ni nak kurangkan belanja masa bulan puasa.. which is something yang sepatutnya le kan. Pasar juadah ni sama macam shopping gak.. kalau tak pegi, tak nampak, tak rasa nak beli. Tapi kalau dah pegi, suma nak dibelinya. Lepas buka, MIL tapaukan lauk untuk sahur lagi! Sayang aku kat MIL aku ni.. Ahak!

Second night tu, terawih macam the night before. Sahur aku tak ingat kul berapa, tapi better kot condition aku. Still aku cuma makan roti bakar dua keping, and minum Melile* prior to that. Then buka kat umah mentua gak. Kali ni, kitorang singgah le beli buah anggur bawak ke sana. Then beli sikit pajeri nenas. Tapi still tak singgah pasar juadah. Beli pajeri tu kat gerai illegal gitu kat tepi jalan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan (tatau cendawan mana sebab aku tak penah nampak cendawan tumbuh dengan jayanya lepas hujan kat KL ni). Pastu nak balik, tapau lagi lauk untuk sahur.

Third night tu, routine as usual. Tapi sahur aku makan nasi. Ahak! Laki ajak, so aku makan je. Sabtu pagi tu bangun lambat. Lega leh bangun lambat gitu. Tapi tak le lambat mana sebab Usu nak tumpangkan baby dia kat aku sebab nursery tak bukak on Saturday. Dia laki bini keje. Kul 8 lebih baby dah sampai. Baby ni lak, kena ada buai baru leh tido. Makanya, aku yang tak leh tido sebab rumah aku takde buai, so kena le layan baby ni.

Tengahari, aku, An dengan baby balik Seremban. Lega gila sebab dah leh pas baton kat Emak untuk jaga baby tu! Kekekekeke! Lega tau! Rumah parents aku tu ada buaian. So masuk je buai, senyap je le dia. Senang sangat keje. And aku dengan An leh lepak kelegaan.. Petang tu baru Usu dengan laki dia sampai, lepas diorang abih keje.

Petang tu, kitorang gi usha pasar juadah kat area rumah parents aku tu. Last few years, sikit sangat pasar juadah kat sana. Nak nangis aku tengok betapa tak happening puasa kat Seremban tu as compare to KL. Well, masa tu, fokus aku lain.. sibuk dengan food and kehappeningan je kot. Petang hari, seronok rasa nak jejak pasar juadah. So bila takde tu, rasa tak best je.. tak complete gitu. Now ni, dah banyak dah. Though aku punya azam tak nak pegi pasar juadah, tapi sebab nak buka ramai-ramai kat umah parents aku tu, kena gak beli kuih sikit. Takat lauk suma dah ada. Cuma manisan je. Tu pun, aku dengan An dah plan tak nak beli over banyak. Ended up, kitorang beli karipap 6 bijik, kuih keria 6 bijik and kuih bakar basah sekeping. Tu pun dah belanja RM6.50 tau! Then, singgah beli pisang sesikat. That was RM4. Huh. Sepuluh hengget gitu je kuar.. Imagine kalau hari-hari singgah pasar juadah.. harus le kering poket di bulan puasa. Aaaannnywayyy... I have nothing against orang nak berbelanja tau.. cuma itu azam aku je.

Malam tu terawih together dengan parents aku gak kat surau nearby. Then sahur, Emak kejut pukul 4 lebih pagi. Kitorang tido kat bilik atas. So bila Emak ketuk pintu tu, aku dah terjaga. Aku puas le kejut An. An payah nau nak bangun. Aku tension dah. Puncanya, sebab dia sendiri tido lambat tengok bola. Then, a few minutes after, ada lagi orang ketuk pintu. Aku tension. Aku tak suka orang kejut bertalu-talu gitu. And kesian pun ada kat orang nak kena turun naik tangga semata-mata nak kejut aku. So aku cakap kat An, aku turun dulu, tapi aku warning yang aku takkan naik kejut dia lagi. Kalau tak bangun, nasib le. And aku turun sendiri. Bila aku turun sendiri, aku lak kena soal bertalu-talu mana An le, tak kejut dia ke, etc etc. Aku turun tu sebab tak nak kasi orang lain susah naik ke atas kejutkan aku semula. Tapi aku lak kena soal bertalu-talu. Nak marah dah aku masa tu. Tapi sabar je. Aku bagitau je le yang aku dah gerakkan An. Kalau dia turun tu, ada le. Kalau tak, takde. Nasib baik not long after that An turun. Dia pun takut lelap semula kot.

Then Ahad, buka meriah gak as usual kat umah parents aku tu. Alin and family pun ada sama, Tapi aku tak gi pasar juadah dah. Aku soh Emak cekodokkan pisang yang aku beli semalam je, udah. Pisang tu kurang manis, so harus tak laku tu kalau tak dicekodokkan. Tapi, Usu pegi gak pasar juadah tu. Adalah beli sikit kuih and air.

Sepatutnya, hari Ahad tu An nak bertolak ke Tampin. Mulanya dia nak bertolak pagi. Pastu delay ke petang sikit. Pastu delay ke lepas terawih. Aleh-aleh, lepas terawih aku demam panas. Tatau apa punca, tetiba demam je. Moskel aku. Cuak pun ada, takut denggi sebab aku takde selsema or batuk. Aku rasa tak sedap masa terawih tu. Rasa lemau sangat. Balik tu, aku soh An rasa badan aku. Dia kata, panas tu. Aku tak puashati, soh lak Emak rasa. Emak pun kata demam and soh aku makan ubat. Aku makan ubat, and time tu badan aku dah panas di luar tapi sejuk kat dalam. Maka tak sampai hati le An nak gi Tampin and tinggalkan aku kedemaman, lalu dia pun balik ke KL.

Sampai KL, aku terus tido. An yang letak lauk yang Emak tapaukan dalam fridge. Aku terjaga kul 5 pagi tapi tak larat nak sediakan apa-apa untuk sahur. Aku bancuh Melile*, minum secawan air, and bawakkan secawan air untuk An. Aku tanya dia nak sahur ke tak sebab kesian kat dia, tapi dia tak nak. So sahur je le dia dengan secawan air. Then aku tido semula.

Pagi Isnin tu, kebah dah demam aku. Alhamdulillah. Aku lega sebab takut sangat kalau-kalau kena denggi. Serik wooo! Tapi dah kebah tu, still tak selera nak gi keje. Aku cuti je le hari tu. Lagipun macam sedih An nak pegi Tampin le kot. Konon sangat kan. Over gitu. Macam le Tampin tu jauh sangat. Nak berulang hari-hari pun boleh. Cuma tak tahan duit minyak dengan tol je le kan. Then, Alin lak call tanya aku keje tak sebab nak bawak anak dia lepak situ. Alia demam. Aku ok kan je. Baru aku teringat yang Alia dah demam masa kat Seremban. Gamaknya ada virus Alia tu yang tercampak sikit kat aku kot. Entah.

Then buka, aku masak. Adik-adik aku memang nak buka kat umah aku tu. Masing-masing dengan masalah masing-masing, and akulah diorang punya best solution. Aku pun offer gak nak masak untuk buka, sebab nak berjimat le katakan. Tapi suma kena share le. Tak leh le aku support diorang. Diorang agree je. Tapinya, dalam pada aku nak masak, laki-laki diorang ni rajin singgah pasar juadah beli makanan. Suka le kan. Lantak. Aku masak kari sadin atas permintaan An, then goreng kentang campur ikan bilis campur lobak asin. Jangan tanya apa ke menu tu. Tu suma masak apa yang ada kat umah je sebab tak stock up lagi barang basah. Adik ipar aku beli ikan bakar, and murtabak sekeping, and aku kirim ayam golek sebab An nak. Teringat ayam golek le tu! Ahak!

Tapi semalam, macam katun gak le. Kecoh masa nak buka tu. Aku dengan An kat dapur. Alin terbaring sebab dia tengah mabuk-mabuk pregnant. Baby Usu tengah tak leh nak tido sebab takde buaian kan. Then Adam sibuk nak main dengan Baby. Alia lak tak berapa sihat so ada angin sikit. Yang Anuar, laki Alin dengan Zuki, laki Usu tu bantai tido. Zuki bangun bila Baby dia dah mengamuk sakan. Aku soh on tv sebab aku rasa dah nak buka. Aleh-aleh, on je tv, orang dah nak azan. Sabo je le. Ngam-ngam je aku siap buat cekodok, tapi tak sempat nak buat air panas pun. Buka je dengan air apa yang ada. Hingar-bingar sungguh time buka tu. Time tu gak le si Alia dengan Adam nak kacau orang makan, nak kepoh nak makan.. tapi benonya tak nak.

Lepas makan, aku take over jaga Baby tu from Alin. Punyalah tatau apa nak buat nak kasi dia diam. Last-last, Zuki gi amik spare spring buaian dalam kete dia, dengan tali, then gantung buaian kat pintu bilik! Hamik! Ada pun kan buaian tu.. ish! Dari awal-awal kalau gantung, dah banyak senang keje.

And malam semalam, aku dengan An tak pegi terawih kat surau. Kitorang buat sendiri kat umah je. Aku tak kisah sebab still berimam gitu. Tapi kitorang buat lewat le, lepas suma dah balik. Usu balik lambat semalam.. dia sampai umah dah kul 10 lebih. Nasib le ada buai tu. Tak kalu, tatau apa dah jadik.

So far, aku rasa aku masih stick dengan a good diet ah. Aku tak amik sangat air minum manis-manis ni. Ada pun, takat rasa sikit je. Then aku tak beli lagi kuih-kuih penuh sedulang untuk buka. Moga-moga, turun le berat badan aku, bertambah kesihatan aku bulan Ramadhan ni and mudah aku beribadat.

Angah

Friday, 14 September 2007

More updates on GEGAR RIA!!

I ols kembali dengan update lagi.. ahak!

Amacam sekarang? Dah excited tak pasal GEGAR RIA kita ni? Haruslah kan.. aku penat buat promosi. Kalau tak excited lagi, tatau le nak kata apa kan!

Oh, ada yang tanya kul berapa DINNER tu mula ye? Aku lupa nak bagitau. Ni suma sebab dok ingat dinner, dinner, dinner, and assume orang tau dinner tu mula kol berapa. Lupa yang orang lain dinner lain-lain time ye! Ada yang dinner awal kul 6 petang, ada yang kul 8 malam, ada yang kul 12 malam.. dan tak kurang jugak yang dinner kul 3 petang kan! So untuk mengelakkan kekeliruan, di sini nak kasi tau, dinner akan bermula pada pukul 7.45 malam. Hhhhmm.. harus sesapa yang dalam mode ustaz and ustazah nak tanya kan.. "What about Maghrib? Lupa?" Ooppsss.. yuuhuuuu.. I ols tak lupa tau. AJK tak lupa tau. Hal duniawi pun duniawi jugak kan. Mati tetap kena ingat kan.. *mode ustazah* Jadinya, nak kasi tau.. datang le before Maghrib kalau nak, then solat kat sana je sebab surau disediakan kat hotel tu. And ustazah pun dah buat sikit research, on 27th October 2007, Maghrib is at 6.58 pm. Hamik kau! Closer to the date nanti leh kasi confirm semula on the time kalau nak kepastian. Whatever it is, ample time tu before dinner mula, kan! So, jangan jadikan Maghrib sebagai alasan tau. It's well taken care off!! Ahak! *tukar mode semula* I ols tau, ramai yang datang nanti Melayu.. tapi jangan guna 'janji Melayu' tau untuk dinner tu! Tak sesuwei sangat.. And ofkos, sapa datang lambat tanpa alasan yang konkrit, melepaslah nanti u ols nak dapat doorgift! Takde sapa nak tunggu kat registration counter lelama.. Ha ingat tau!

So anymore questions??

Kalau takde questions, biar I ols tambah sikit lagi info ye.. Saje je le nak kasi orang lain glamer macam I ols kan.. I ols nak kasi tau le nama AJK yang akan berpenat lelah untuk menjayakan dinner kita nanti. I ols takpe penat. Dah biasa. Ni yang muka-muka luarbiasa ni yang I ols nak glamerkan kasi kurang sikit rasa penat dia nanti. Ahak! And the AJKs are:

Wakame - Chairman the tukang veto gilababi punya.. ooppsss.. babi leh sebut tak ni?? I ols tak carut tau.. gilababi ialah sejenis penyakit yang kerap disalahgunakan maksudnya. Kekekeke!! Jangan marah eh bossssss!!!

Delinn - Seksiteri. Orang yang paling sibuk thus far yang aku rasa, untuk event ni. I ols respek Delinn ols ni tau! Rajinnnnn sangat! Kepoh pun kepoh gak, tapi keje jalan. Tengok je le banner dia.. dah berapa kali dah dia tukar, kan! Kekekekeke.. rajinnnnnnnnn.. calon isteri mithali ni tau! Ahak *puji ada maknaaaaaa...* And nak promote sekali lagi, contact Delinn untuk confirmkan kedatangan ye!

Coco - Pakar Kreatif dan Multimedia. Sebagai student multimedia and God-knows-apa-sebab-aku-tatau-pun-dia-belajar-apa, she is the best person untuk diutilisekan untuk buat anything IT related for the night. Bila lagi nak buat 'praktikal' kan Coco?? Harus gempak le kan apa dia nak buat nanti! I ols tak sabar nak tengok sebab dalam otak I ols ni, dah macam-macam terbayang dah ni.. Dengan slides, dengan lagu, dengan penari-penari gelek.. oopppss.. takde eh? Ahak! Over sikit! Penari gelek takde u ols!!

Lady Arc and Lord Budak - couple ni is the rela-paksa provider for our meeting venue. Mekasih korengsss!! And because diorang ni laki bini punya team, diorang telah diserahkan tugas merekaciplak games dan kuiz untuk dinner tu. I ols tatau le kreatif ke tak diorang ni nak rekaciplak games dan kuiz, tapi yang pasti, itu tugas diorang. Kalau diorang ni kejam, maka merasalah u ols main games dan kuiz yang kejam! I ols tatau!!! Kekekekekeke.. Budak will also be handling the performance for the night. Tak caya, gi ke blog dia! Ahak!

Alangz - sebab Alangz ni ada 'eye for details', dia ditugaskan di bahagian hal ehwal hadiah. Sapa-sapa nak sponsor gifts, boleh contact Alangz ni.

Besides those above, AJK lain yang tidak kurang busynya adalah Limah, Puteri, Yam, Fara and ofkos I ols!! So, kalau u ols ada apa-apa nak tanya pasal Gegar ni, u ols are free to contact any one of us.

And now, some info untuk Gegar.. Ahak! Saje je le kan.. nak psycho sesapa yang masih contemplating nak datang ke tak tu kan.. There'll be live performance by Dee and Budak! Diorang ni dah pikir nak main lagu apa punya lama dah. Kalau tak best gak, tatau nak kata apa le kan. Dasar sangat!! Tapi so far, kalau dengar lagu-lagu yang Dee mainkan yang dia dok promote kat yahoogroups tu, memang sahih le sedap kan suara dia! Ahak! Rugi hadek-hadek kalau tak nonton performance Dee dengan Budak ni tau! So apa tunggu lagi.. marilah.. marilah.. marilah... *cobaan untuk hypnotise orang lagi* (Ehem Budak.. jangan kecik hati.. aku promo Dee lelebih sebab dia bujang tau! Kalau kau bujang, harus aku promo kau gak lelebih! Kekekekeke!)

Pastu, Ratu Mic kita, si Fara akan mendendangkan lagu. Tak leh le kasi tau lagu apa kan.. Surprise gitu.. (sebab I ols pun tatau lagu apa lagi ni...) Rasanya ada lagi yang nak nyanyi malam tu, tapi malu-malu kucing nak kasi nama tau! Bosan I ols! Jangan le segan-segan ye.. To those yang nak menyanyi malam tu, let us know. Karaoke machine will be available. Tapi, tak sure lak lagu yang korang nak nyanyi tu ada tak CD dia ke tak kan.. Jadinya, untuk mengelakkan sebarang rasa kehampaan nanti, let us know awal-awal kalau nak nyanyi. Nak bawak CD sendiri punya takpe. To the rest yang nak nyanyi (macam I ols lah kan), tapi yakin dan pasti suara tak sedap, jangan sedih-sedih! You'll be in for a surprise! Ahak! Suma akan ada peluang untuk nyanyi! Cayalah cakap aku nanti.. Kalau ada yang tanak nyanyi, takpe. I ols tak marah. I ols tau, tak suma orang berani melontarkan suara. Kalau tak nyanyi, dok dendiam tengok orang lain nyanyi pun takpe. I ols tak tarik de tangan u ols untuk nyanyi, eh! Kekekeke!!

Oklah. Aku dah penat taip dah ni. Lain kali aku update lagi kalau ada. Puasakan, so penat. Oh.. dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan untuk suma.. *mode ustazah semula* Ampun dan maaf aku pinta atas semua salah silap aku. Banyak-banyakkanlah amalan sementara ada kesempatan ni.. Manalah tau kot-kot ini Ramadhan terakhir untuk kita, kan. Rugi kalau tak grab peluang yang ada untuk menambah pahala.. Moga-moga amalan kita diterima Allah. Amin.

Angah

Wednesday, 12 September 2007

Kita kasi GEGAR!!!

Koreng..

Semalam aku meeting dengan Delinn and Wak over kita punya Gegar Ria. I ols teruja sangat dengan the outcome. Selama ni I ols ingat Joe tu dah DK abih, and Delinn tu DQ abih. Tapi, bila tengok Wak deal dengan hotel semalam, barulah I ols sedar yang award DQ or DK tu patutnya pegi ke Wak. Dia memang raja segala drama lah!

Orang yang attend to kitorang tu, pompuan muda. At least muda le kalau compare dengan aku. Comel kecik molek je orangnya. Kena lak dengar Wak cakap. Aku rasa, macam suma benda yang dia leh ofer on behalf of the hotel, suma dia nak ofer. Wak lak, suma benda yang dia leh mintak, suma dia mintak. I ols dengan Delinn ols diam je le most of the time. I ols terkesima, tapi tatau le Delinn ols diam nape... kekekekekeke!!

Anyway, it was a good discussion. Delinn ols catit nota masa diskas kat hotel, I ols sambung catit lepas kuar dari hotel tu, sambung diskas over coffee. All in all, based on the discussion, I can assure you that IT'S GONNA BE ONE HELL OF A NIGHT!! Sapa tak datang, RUGI!!! So, sapa-sapa yang lum confirm nak datang ke tak, baik confirm segera. Confirm je! Jangan teragak-agak lagi. It won't cost you an arm and a leg de.. For RM70, you gonna have a very memorable night! Seats are limited. Kalau nak tunggu last minute baru nak confirm, takut kang putih mata lak.. Caya le cakap aku ni.. *matilah statement tak hagak-hagak!* From time to time, we will update you on the details of the night. But in the mean time, confirm your seats!!! Kalau seats abih nanti, nak rayu pun tak leh dah, dek non!!! Meroyan le kau jadinya nanti.. join le Joe yang asik meroyan dengan lagu Pulanglah tu.. Dok tepi dia, nyanyi together-gether sebab tak dapat join Gegar Ria! Ha, rasain loe!

And, as with other great functions, we are looking for sponsors for the night. Idak le sponsor besar-besar. Takat hadiah untuk cabutan bertuah malam tu je. Sesapa yang jadik dealar apa-apa tu kan, leh le ofer product diorang as a gift malam tu. Di samping mengcontribute, leh gak buat promosi kan.. Ofkos nanti jasamu dikenang! Bukan kitorang tak mampu nak beli hadiah, tapi tulah kan.. saje nak kasi peluang kat sesapa promote product diorang. So, any takers?? Sebarang contribution amatlah dialu-alukan!

Further details on the dinner will be posted later. Yang lain-lain I ols tak rasa penting sangat nak kasi tau sekarang ni, except for the TEMA untuk malam itu. Yes, I know.. ramai yang dah gatal nak tempah baju kan? Duit dinner tak bayar lagi tapi otak dah dok fikir nak pakai baju apa kan? Takpe. I ols faham. I ols pun punya fikiran yang sama cuma I ols dah bayar dah untuk dinner tu. See, great minds think alike, right? So, ladies and gentlemen.. ni I ols nak announce le ye.. Tema kita untuk malam itu ialah KILAUAN AIDILFITRI!! Ahak! Yes, kilauan, occcayyy!!! Menghelip-ghelip ialah tema kita. Tapi, make sure ada Aidilfitri tu kan.. And since ada 'Aidilfitri' tu, the guys diminta le ye memakai baju Melayu lengkap.. Bukan apa, semangat Aidilfitri tu kan.. 'Kilauan' tu more for the girls, and 'Aidilfitri' tu, more for the boys. See, it's fair, right?? Ahak! So Wak, jangan gatal-gatal nak pakai blazer ke, baju koboi ke, contemporary ke, retro ke, futuristik ke, occayy!!! Baju Melayu only! Sesapa yang pakai baju tak kena tema, akan didenda. And you don't want to know what the denda is. Unless u ols gila glamer and suka didenda, pakai le baju mengikut tema. Ahak! Ahkak garang tau...

Ok, dah tau tema kan.. I ols assume suma tau date dia and tempat dia. Kalau tak tau, ni ahkak leh kasi tau.. takpe.. ahkak sabar.. it will be on the 27th of October 2007 (Sabtu) bertempat di DePalma Hotel, Ampang.. dekat dengan Ampang Point tu. And sekali lagi, ahkak nak menjemput suma datang.. Whether dah kenal mesra kat tag, or tukang skodeng kat tag, mau pun silent readers of this blog and other blogs of anak ayams.. Inilah masa nak berkenal mesra. I know, u ols cinta I ols and tu pasal u ols datang jengok blog ni. So since dah cinta, meh le jumpa.. Nanti kita leh mesra.. I ols mesra tau!! Nanti I ols kasi tips camana nak kurus, live gitu tau! I ols ni tengah usaha nak kurus ni.. Maklum le, baju yang I ols nak pakai untuk dinner nanti, is baju kawen (menghelip-nghelip, hence kena dengan tema and jimat lagi!!) and sekarang ni, baju tu cuma I ols leh tengok, pegang-pegang je. Pakai tak leh. Kang merekah macam iklan kat radio tu! Naya je kan. I ols tak suka seksi-seksi.. Kekekekeke!! Eh, I ols lari topik eh? Sori.. over sikit! Tapinya, apa I ols nak cakap is, datanglah ye.. datanglah.. datanglah.. datanglah..... *sambil hynotise orang yang baca ni*

Orait. Dah panjang dah I ols menceceh ni. Kang ada yang komplen pulak kang.. To those yang nak datang tapi tatau camana nak buat, drop a note kat comment box ni, or email Delinn. Don't hesitate.. dia ni peramah gila, so toksah segan-segan nak email dia. *Kalau nak berkenalan pun boleh.. ahak!* Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....!!! Kekekekekeke...

Angah

Monday, 10 September 2007

Rindu ini

It has been ages since this blog gets updated. Sian aku tengok blog ni. Tuan dia malas, plus takde idea. Ketandusan. Kekeringan. Kegersangan. Nak tulis daily acitivities pun tak terdaya gitu. Nape ek? Aku cuma rajin blog hopping je. Kekadang tu, tak visit langsung blog sendiri. Asik gi blog orang je. Jumpa blog baru yang menarik, aku siap leh mengkhatamkan lagi blog orang tu.. pastu eager nak tunggu bila orang tu nak update. Tapi nama nak update blog sendiri, hampeh. Rasa macam dah takde event dah dalam idup aku ni?? Ish, tak logik tau!

Over the weekend, a proposal untuk satu project untuk An. Tapi projek tu kat Tampin, and it's for the whole month of Ramadhan. Adeh. Both of us agree yang it's a good project. Boleh ada extra duit untuk Raya. Tapi it also means that aku akan ketiadaan An untuk sebulan puasa?? Adeh. Perit gak tu. I'm going to miss him definitely. Kalau bulan-bulan biasa tu, aku rasa kurang sikit miss dia kot. Tapi since it's Ramadhan, aku rasa lain sikit. Aku teringin le kan nak berpuasa bersama, buka bersama, solat bersama gitu. And it's going to be our first Ramadhan together, inshaAllah. So tu yang rasa macam ralat sikit tu. Fenin memikir. Tengah dok weigh kan kemampuan diri le ni kan. An pun rasa macam aku gak tu.

Semalam aku bagitau An yang aku akan miss dia kalau dia take up the project. Dia kata, dia lagi lak tengah miss aku, though aku ada kat depan mata dia time tu. Cair aku! Kekekekeke!! Well, nak buat camana kan.. Entah le kan.. tatau apa decision and we have a few more days before we need to decide on the offer. Aku tau le Tampin tu idak le jauh mana.. and we can always meet over the weekend. Takde hal punya. Tapi tulah kan.. rindu ini sapa nak tolong?? Kekekekeke! Over kan aku ni? Ye, aku memang camni. Bila dah attached dengan someone tu, rasa camtu le.. takleh nak berpisah. Tapi kalau hati dah nak berpisah, tak tertunggu-tungga lak tu nak pisahkan orang tu! Hampeh!

Aku rasa aku dengan An ni dalam phase 'bercinta' kot. Dulu masa sebelum kawen, kitorang idak le bercinta. Berkawan rapat ye, asik le ke hulu ke hilir together.. tapi takde cakap soal hati dan perasaan pun. Takat rindu nak jumpa, tapi attachment tu takde. Tak macam aku dengan ex aku yang lain. Now dah lepas beberapa bulan kawen baru rasa bercinta. Whether it's better to bercinta after kawen or before kawen, aku tatau. And tu suma tak penting bagi aku, aku rasa.. janji bercinta! And janji, bercinta itu last hingga hujung nyawa. Kalau bercinta tapi last kat bus stop mana-mana, tak guna gak kan. Ahak!

And, untuk Ramadhan ni gak, adik-adik aku dah plan nak buka puasa kat umah aku. Together. Tahun ni macam banyak sangat beza dengan last year le. Last year, Alin punya mentua dok dekat dengan umah kitorang, so Alin and family selalu buka dengan family mentua dia, kalau tak buka dengan aku. Usu lak, last year lum ada baby lagi, so takde hal nak rush balik umah amik baby kat nursery and think about what to eat. Aku lak, masih bujang. So suka aku le nak buka kat mana. Tahun ni, mentua Alin dah pindah ke Seremban, and Alin lak dah pindah ke Cheras. Jauh nak balik untuk buka, so rumah aku yang jadik the best port. Usu lak dah ada baby, so kena fikir sapa nak tolong amik baby dia kat nursery kalau dia lambat, and sapa nak jaga etc in between. Aku lak dah kawen. Everything has changed this year. Major lak tu. So aku offer rumah aku untuk buka, and aku leh masakkan untuk buka, tapi kena share le duit beli lauk. Tak larat aku nak support suma. Basically adik-adik aku setuju je. Usu siap ingatkan aku yang dia nak tapau lauk untuk sahur lagi. Sabo je le. Tu dah kira cost lain lak tu.

Masa diskas tu, we were in Seremban. Aku kata, aku cuma masak yang simple-simple je le. Nak cut cost, and fat! Ahak! So kalau sesapa nak kuih muih, tu kena beli sendiri sebab aku cuma leh masak kuih cekodok, lempeng, and the likes je le. Emak ada masa tu, and menyampuk kata takpe le.. kalau nak makan lauk yang fancy-fancy, boleh makan kat Seremban. Alahai Emak.. Tulah kan.. dah nama pun Emak. Harus kesian kat kitorang ni walaupun sumanya dah tua bangka kekdahnya! Kekekekeke!!

Ok le.. tu je le update aku untuk kali ini.. Sekian.

Angah