Ramadhan kali ni, berbeza dengan Ramadhan sebelumnya sebab kali ni, aku berpuasa sebagai seorang isteri. Alhamdulillah. Dulu aku nak sangat merasa berpuasa sebagai seorang isteri. Aku nak sangat preparekan sahur untuk suami, pastu preparekan buka and beribadat sama-sama. Banyak ideal thoughts dalam otak aku ni masa tu. Maklumlah, suka verangan! Ahak! Tapi, verangan aku pun, idak le jauh sangat.. masih control lagi le kan.. tak macam orang lain.
Time bujang dulu, aku kan dok serumah dengan Alin and family dia kan.. Alin ni malas sahur. Most of the time, dia tak sahur. Yang akan sahur, aku dengan laki dia je. Aku prepare sahur, then soh dia gerakkan laki dia bangun. Masa tu aku wish sangat aku ada laki yang aku leh layan masa sahur. Tengok adik ipar aku sahur sendiri (walaupun dengan aku) aku rasa kesian je. Tatau nape. Mungkin masa tu aku rasa isteri kena sahur sama kot.
So the time came untuk aku puasa bersama sorang bernama laki. First night tu, kitorang pegi terawih together. Last year pun pegi gak terawih dgn An, tapi dia dari rumah dia, and aku dari rumah aku. We met after terawih tu. Tapi tahun ni gi together-gether. Macam best je. Pastu, malam before tido, dia setkan jam untuk sahur. Lemah aku. Boleh?? Dulu-dulu bukan main semangat nak sahur dengan laki, and bila tiba time ada laki, lemah lak! Dasar sangat! Dia kunci jam kul 5 pagi. Nak je aku ajak sahur before tido.. tido le lelewat sikit, walaupun aku tau, itu bermakna tak dapat le sunat sahur kan. Tapi, since An tak nak, aku akur gitu.. akur dalam protes.
Kul 5 pagi, jam bunyik. Aku gerak dia, dia tanya food dah ready lum. Huh? Adeh. Aku mamai. Aku lupa yang aku perlu sediakan suma tu baru gerak dia, tapi aku terus gerak dia instead! Hampeh sangat! Aku tension tau! Dengan protes aku heret kaki ke dapur perhangat apa yang ada. Aku lupa dah lauk sahur tu, tapi aku cuma makan roti bakar je dua keping. Diet le katakan.. Ahak! Cobaan untuk diet oocccaayy! But before that aku dah minum Melile* segelas. Pastu, tunggu Subuh, solat together, then tido semula.
Based on experience hidup aku, kalau aku tido lepas sahur, memang liat sangat nak bangun pagi. And bila bangun tu, perut akan rasa semacam. Sepatutnya time tu le nak baca Quran ke kan.. tapi takkkk.. sejam yang ada tu, perlu tido! Though bangun rasa macam nak marah je, tapi tetap tido. So bila bangun tu, aku dengan rasa tak lena le, ngantuk le, tension tau! Pastu siap berazam nak ajak laki aku tukar time sahur, boleh?? Dasar sangatkan!
Petang tu, first day puasa, buka kat umah mentua aku. Mentua aku dah awal-awal lagi ajak buka sama. Lagipun, adik ipar aku yang kat Johor tu ada. Aku ikut je le.. nak jadik menantu mithali, kan. Aku tak bawak apa pun pegi umah diorang tu. MIL aku kata tak yah bawak apa-apa, so aku tak bawak apa-apa. Memang tak tau apa nak bawak pun. Aku gagah tak singgah pasar juadah sebab azam tahun ni nak kurangkan belanja masa bulan puasa.. which is something yang sepatutnya le kan. Pasar juadah ni sama macam shopping gak.. kalau tak pegi, tak nampak, tak rasa nak beli. Tapi kalau dah pegi, suma nak dibelinya. Lepas buka, MIL tapaukan lauk untuk sahur lagi! Sayang aku kat MIL aku ni.. Ahak!
Second night tu, terawih macam the night before. Sahur aku tak ingat kul berapa, tapi better kot condition aku. Still aku cuma makan roti bakar dua keping, and minum Melile* prior to that. Then buka kat umah mentua gak. Kali ni, kitorang singgah le beli buah anggur bawak ke sana. Then beli sikit pajeri nenas. Tapi still tak singgah pasar juadah. Beli pajeri tu kat gerai illegal gitu kat tepi jalan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan (tatau cendawan mana sebab aku tak penah nampak cendawan tumbuh dengan jayanya lepas hujan kat KL ni). Pastu nak balik, tapau lagi lauk untuk sahur.
Third night tu, routine as usual. Tapi sahur aku makan nasi. Ahak! Laki ajak, so aku makan je. Sabtu pagi tu bangun lambat. Lega leh bangun lambat gitu. Tapi tak le lambat mana sebab Usu nak tumpangkan baby dia kat aku sebab nursery tak bukak on Saturday. Dia laki bini keje. Kul 8 lebih baby dah sampai. Baby ni lak, kena ada buai baru leh tido. Makanya, aku yang tak leh tido sebab rumah aku takde buai, so kena le layan baby ni.
Tengahari, aku, An dengan baby balik Seremban. Lega gila sebab dah leh pas baton kat Emak untuk jaga baby tu! Kekekekeke! Lega tau! Rumah parents aku tu ada buaian. So masuk je buai, senyap je le dia. Senang sangat keje. And aku dengan An leh lepak kelegaan.. Petang tu baru Usu dengan laki dia sampai, lepas diorang abih keje.
Petang tu, kitorang gi usha pasar juadah kat area rumah parents aku tu. Last few years, sikit sangat pasar juadah kat sana. Nak nangis aku tengok betapa tak happening puasa kat Seremban tu as compare to KL. Well, masa tu, fokus aku lain.. sibuk dengan food and kehappeningan je kot. Petang hari, seronok rasa nak jejak pasar juadah. So bila takde tu, rasa tak best je.. tak complete gitu. Now ni, dah banyak dah. Though aku punya azam tak nak pegi pasar juadah, tapi sebab nak buka ramai-ramai kat umah parents aku tu, kena gak beli kuih sikit. Takat lauk suma dah ada. Cuma manisan je. Tu pun, aku dengan An dah plan tak nak beli over banyak. Ended up, kitorang beli karipap 6 bijik, kuih keria 6 bijik and kuih bakar basah sekeping. Tu pun dah belanja RM6.50 tau! Then, singgah beli pisang sesikat. That was RM4. Huh. Sepuluh hengget gitu je kuar.. Imagine kalau hari-hari singgah pasar juadah.. harus le kering poket di bulan puasa. Aaaannnywayyy... I have nothing against orang nak berbelanja tau.. cuma itu azam aku je.
Malam tu terawih together dengan parents aku gak kat surau nearby. Then sahur, Emak kejut pukul 4 lebih pagi. Kitorang tido kat bilik atas. So bila Emak ketuk pintu tu, aku dah terjaga. Aku puas le kejut An. An payah nau nak bangun. Aku tension dah. Puncanya, sebab dia sendiri tido lambat tengok bola. Then, a few minutes after, ada lagi orang ketuk pintu. Aku tension. Aku tak suka orang kejut bertalu-talu gitu. And kesian pun ada kat orang nak kena turun naik tangga semata-mata nak kejut aku. So aku cakap kat An, aku turun dulu, tapi aku warning yang aku takkan naik kejut dia lagi. Kalau tak bangun, nasib le. And aku turun sendiri. Bila aku turun sendiri, aku lak kena soal bertalu-talu mana An le, tak kejut dia ke, etc etc. Aku turun tu sebab tak nak kasi orang lain susah naik ke atas kejutkan aku semula. Tapi aku lak kena soal bertalu-talu. Nak marah dah aku masa tu. Tapi sabar je. Aku bagitau je le yang aku dah gerakkan An. Kalau dia turun tu, ada le. Kalau tak, takde. Nasib baik not long after that An turun. Dia pun takut lelap semula kot.
Then Ahad, buka meriah gak as usual kat umah parents aku tu. Alin and family pun ada sama, Tapi aku tak gi pasar juadah dah. Aku soh Emak cekodokkan pisang yang aku beli semalam je, udah. Pisang tu kurang manis, so harus tak laku tu kalau tak dicekodokkan. Tapi, Usu pegi gak pasar juadah tu. Adalah beli sikit kuih and air.
Sepatutnya, hari Ahad tu An nak bertolak ke Tampin. Mulanya dia nak bertolak pagi. Pastu delay ke petang sikit. Pastu delay ke lepas terawih. Aleh-aleh, lepas terawih aku demam panas. Tatau apa punca, tetiba demam je. Moskel aku. Cuak pun ada, takut denggi sebab aku takde selsema or batuk. Aku rasa tak sedap masa terawih tu. Rasa lemau sangat. Balik tu, aku soh An rasa badan aku. Dia kata, panas tu. Aku tak puashati, soh lak Emak rasa. Emak pun kata demam and soh aku makan ubat. Aku makan ubat, and time tu badan aku dah panas di luar tapi sejuk kat dalam. Maka tak sampai hati le An nak gi Tampin and tinggalkan aku kedemaman, lalu dia pun balik ke KL.
Sampai KL, aku terus tido. An yang letak lauk yang Emak tapaukan dalam fridge. Aku terjaga kul 5 pagi tapi tak larat nak sediakan apa-apa untuk sahur. Aku bancuh Melile*, minum secawan air, and bawakkan secawan air untuk An. Aku tanya dia nak sahur ke tak sebab kesian kat dia, tapi dia tak nak. So sahur je le dia dengan secawan air. Then aku tido semula.
Pagi Isnin tu, kebah dah demam aku. Alhamdulillah. Aku lega sebab takut sangat kalau-kalau kena denggi. Serik wooo! Tapi dah kebah tu, still tak selera nak gi keje. Aku cuti je le hari tu. Lagipun macam sedih An nak pegi Tampin le kot. Konon sangat kan. Over gitu. Macam le Tampin tu jauh sangat. Nak berulang hari-hari pun boleh. Cuma tak tahan duit minyak dengan tol je le kan. Then, Alin lak call tanya aku keje tak sebab nak bawak anak dia lepak situ. Alia demam. Aku ok kan je. Baru aku teringat yang Alia dah demam masa kat Seremban. Gamaknya ada virus Alia tu yang tercampak sikit kat aku kot. Entah.
Then buka, aku masak. Adik-adik aku memang nak buka kat umah aku tu. Masing-masing dengan masalah masing-masing, and akulah diorang punya best solution. Aku pun offer gak nak masak untuk buka, sebab nak berjimat le katakan. Tapi suma kena share le. Tak leh le aku support diorang. Diorang agree je. Tapinya, dalam pada aku nak masak, laki-laki diorang ni rajin singgah pasar juadah beli makanan. Suka le kan. Lantak. Aku masak kari sadin atas permintaan An, then goreng kentang campur ikan bilis campur lobak asin. Jangan tanya apa ke menu tu. Tu suma masak apa yang ada kat umah je sebab tak stock up lagi barang basah. Adik ipar aku beli ikan bakar, and murtabak sekeping, and aku kirim ayam golek sebab An nak. Teringat ayam golek le tu! Ahak!
Tapi semalam, macam katun gak le. Kecoh masa nak buka tu. Aku dengan An kat dapur. Alin terbaring sebab dia tengah mabuk-mabuk pregnant. Baby Usu tengah tak leh nak tido sebab takde buaian kan. Then Adam sibuk nak main dengan Baby. Alia lak tak berapa sihat so ada angin sikit. Yang Anuar, laki Alin dengan Zuki, laki Usu tu bantai tido. Zuki bangun bila Baby dia dah mengamuk sakan. Aku soh on tv sebab aku rasa dah nak buka. Aleh-aleh, on je tv, orang dah nak azan. Sabo je le. Ngam-ngam je aku siap buat cekodok, tapi tak sempat nak buat air panas pun. Buka je dengan air apa yang ada. Hingar-bingar sungguh time buka tu. Time tu gak le si Alia dengan Adam nak kacau orang makan, nak kepoh nak makan.. tapi benonya tak nak.
Lepas makan, aku take over jaga Baby tu from Alin. Punyalah tatau apa nak buat nak kasi dia diam. Last-last, Zuki gi amik spare spring buaian dalam kete dia, dengan tali, then gantung buaian kat pintu bilik! Hamik! Ada pun kan buaian tu.. ish! Dari awal-awal kalau gantung, dah banyak senang keje.
And malam semalam, aku dengan An tak pegi terawih kat surau. Kitorang buat sendiri kat umah je. Aku tak kisah sebab still berimam gitu. Tapi kitorang buat lewat le, lepas suma dah balik. Usu balik lambat semalam.. dia sampai umah dah kul 10 lebih. Nasib le ada buai tu. Tak kalu, tatau apa dah jadik.
So far, aku rasa aku masih stick dengan a good diet ah. Aku tak amik sangat air minum manis-manis ni. Ada pun, takat rasa sikit je. Then aku tak beli lagi kuih-kuih penuh sedulang untuk buka. Moga-moga, turun le berat badan aku, bertambah kesihatan aku bulan Ramadhan ni and mudah aku beribadat.
Angah
2 comments:
habis energy aku baca update ko neh. naik kering tekak tau
*larikkkkkkkkkkk*
hahahahaha!! sian kau! takpe, nanti buka, minum banyak2 air eh..
Post a Comment