Setahu Otroman ah kan, orang pegi meeting untuk mendiskaskan isu. Then, from the MOM, orang take action and meet up again in the next meeting to update the progress, or bring up new issues. Itu, setahu Otroman le kan.
Tapiiii, Otroman ada sorang bos ni, yang bukan benonya bos tetap Otroman.. bos semasa je.. yang sukaaaaa sangat buat meeting sebelum meeting. Otroman tak report kat dia on daily basis. Cuma safety matters je, sementara menunggu yang permanent muncul.. yang dah 5 bulan lom muncul-muncul lagi ni. Khabarnya, bakal muncul bulan Julai nanti.. so tunggu jelah ye. Mentara tu, Otroman kena le layan orang tua tu.
Orang tua ni, ala-ala disisihkan dek direktor yang lain. Bukan dia tak tau rasanya. He can't be so dumb not to realise that. Cuma buat tak tau je kot. Orang dah tak kasi dia handle apa-apa yang lain pun, dia tak paham lagi. Tapi since dia direktor, ada perks yang dia dapat, so what the heck, kan. Dok je le kot dalam freezer pun. Janji, tiap bulan, tiap tahun, ada imbuhan. Apa lagi nak, kan.
Since dia dah takde keje lain, and orang lain tak report pun tak dia except PA dia and supposedly Safety Manager, so dia jadi blur amats pasal hal ehwal semasa. And masa dia soh Otroman update pasal keje-keje Otroman in regards to safety, dia nak ajak Otroman goss on hal orang lain kat ofis ni. Kosser tau. Pastu nak kasi cadangan lak. As if Otroman ni ada power?? Ada leeee.. tapi takat lawan raksaksa je. Mana leh lawan bos. Kang kena fire dengan bos, menanah dek nonnn!! Power bos lagi kuattt!!! Ngeri!
Oppss.. lebih-lebih lak ngomel.. Nak cite benonya pasal meeting before meeting ni..
Gini.. macam petang ni nak ada meeting, dia akan panggil Otroman and sesapa yang berkenaan, dok dengan dia and diskas MOM last meeting. Pastu, tanya apa perkara berbangkit. Pastu, appoint sapa nak bangkitkan isu apa. Boleh gitu?? Dramaaaa siot!! Otroman nak gelak pun ada tau. Apa punya pesen ah gini.. It's like, after the previous meeting, lepas MOM kuar, no action is taken kalau ada. Buat bodoh. Then, before the meeting, baru amik tau. Before that, takde masa nak review langsung? Hish!
Oklah.. tu je. Nak let off the steam gitu. Hik!
Otroman Angah
2 comments:
laaaa. bukan normal ke meeting before meeting ni? ekekeke.. aku ingat aku yang culture shock!!!
aku ingat aku yang kena adapt! haha! ok now i feel better!
tak normal langsung, occayyyy!!!
Post a Comment