Gua tengah cita-cita nak tulis novel. Cita-cita dah ada lama dah nak tulis novel benonya. Tapinya, gua ada masalah ah..
Masalah pertama - gua dah lama gila tak baca novel. Novel melayu ke, novel omputih ke.. dah lama gila gua tak baca. Pendek kata, gua memang dah lama tak membaca bukulah. Beli buku punya tak. Yang gua baca, balik-balik paper. Balik-balik pasal politik semasa, pasal gossip semasa. Novel semasa, gua tak baca. Abih tu, camana nak ada idea nak tulis novel, kan? Cara penulisan pun gua dah lost touch dah. Dulu zaman sekolah, penulisan gua siap cikgu kasi contoh kat kelas. Yelah, kat kelas je lah kan.. tapi bangga siot. La ni, takat bebelan gua kat blog ni je. Kelas pun takde. Hampeh. Ok, itu masalah pertama.
Masalah kedua - gua takde idea jalan cerita ah. Balik-balik cinta. Balik-balik cinta. Gua bosan. Nak tulis macam Sasterawan Negara, gua memang hancuslah kan. Tulis heavy-heavy, aleh-aleh gua yang tak leh nak carry. Isi yang nak ditulis pun takde. So, kenalah back to cinta. Itu jelah mainan hidup manusia, kan. Pastu, kalau dah cinta, cerita banyak yang cliche ah. Kalau tulis cerita yang hero ke heroin ke mati, mampos orang tak nak baca buku gua. Kalau tulis cerita yang happy ending, standard lah kan.
Conclusion - So, gua rasa gua nak tulis cerita blue ah. Cerita blue diselit-selitkan dalam cerita cinta. Boleh ke gitu? Gua rasa, itu yang lebih real kot. Gua bosan baca buku cinta, yang too good to be true. Ayat-ayat skema gila. Unreal gitu. Oklah, tak tau lah gua kalau orang lain bercinta memang guna ayat skema, kan. Gua yang bercinta beberapa kali ni, dump orang beberapa kali ni pun *riak*, tak penah guna ayat skema.
Gua suka baca cerita cinta omputih yang ada ayat-ayat blue gitu. Jangan mula ada yang kata tak suka eh. Kalau lu orang layan blog gua ni, harus lu orang pun sama je macam gua.. Baca novel cinta omputih, selak-selak dok carik mana part yang ada blue gitu. Kan??
Tapi, jangan lak ingat gua layan cerita blue lak. Cerita blue, bosan. Tak artistic. Takde imagination. Novel yang ada part blue, lain. Ni bukan novel blue gila, occayyy. I am talking about novel cinta yang ada diselitkan unsur-unsur blue di dalamnya. Selit sahaja, occayyy!
So, ok tak kalau gua tulis cerita gitu? Tapi, cerita blue dalam bahasa Melayu, geli wehh!! Tak selera lak gua nak menulisnya. Mamposlah nak carik translation kan. Dah macam buku biologi lak nanti. Hish! Tapi nak tulis novel omputih, mampos lah gua nak carik ayat. Abih camno ni? Tulis separuh-separuh gitu eh.. Tang normal, tulis Melayu.. Tang blue, tulis omputih?
Adeh. Dilema gua!
Angah
7 comments:
Ngah,ko boleh bersekongkong dengan Zaidee, dia pun ada ura2 nak buat entries blues kat blog dia. ekekeke
huh! cayalahhh ngah!
tulis le citer yg ada elemen blue, aku sokong! haahahha
aku pun! ngah, tulis omputeh ar .. tak yah aku beli novel, jimat le 35 hengget ekekeke ...
Ngah,
Apa kata ko ikut sikit cara2 penulisan Novelist terkenal si Sidney Sheldon tuh. Slalunya novel2dia tu bertemakan cinta, gaya hidup, tamak, dendam dan juga suspen. Unsur2 kebiru2an/kekuningan tu bole ler kalu ko nak selit kat mana2 yg patut.
Tentang promosi novel sulong ko tu pulak, ko jgn bimbang, bisa diurus.... biar satu Malaya gegar nanti.
Ngah..ada 2 judul yg paling cocok dgn novel ko...kalau kisah drama2 ko letak judul ROYAN, kalau kisah seram ko letak HOTEL PUAKA! Amacam?...bila dah keluar kt kedai aku tunggu delinn buat jualan murah baru beli...larikkkk!!!
(Kat sini pun aku tak mo tulis nama...)
hahahaahahah wak!!!! jahat! hahahahaha
aku pun baru nk sajes suh wat keje ni dgn Dee...
Post a Comment