Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Tuesday, 13 May 2008

Otroman kembali..

Ehem.. Otroman dah kembali ke bumi Mesia ni. Panas sungguh bumi Mesia sekarang ni ye. Agak-agak berapa lama eh nak panas gini.. Otroman tak tahan weh panas-panas gini. Masa gi Singapore hari tu pun, panas gak kot. Tapi, sebab dok kat hotel mewah tajaan kompeni yang berekon serata tempat, pastu naik teksi ekon gi keje, sampai opis dok dalam meeting room yang tak nampak suasana dunia luar and berekon gak, balik hotel naik teksi ekon and kembali ke hotel mewah berekon, so makanya tidak le terasa bahang panas mentari ni. Bila dah balik semula berpijak di bumi nyata, baru le rasa kepijaran panas ni. Hish. Mana bisa Otroman tahan gini. Harus lampu nak blink-blink semula ni.

Sepeninggalan Otroman, melambak emel masuk.. Otroman tak daya nak jawab masa kat Singapore tu. Banyak lagi hal nak layan so Otroman buat bodoh je. Ni dah balik Mesia, tak leh nak buat bodoh lah kan.. so hampir bodoh lah jawabnya menjawab emel. Rasain loe! Kebas jari jawab emel!

Selain dari itu, ofkoslah blog Otroman tak update kan. Baca blog pun tak. Dah ketinggalan gitu. Walaupun dalam hati banyak berbicara hal yang nak ditulis kat blog, tapi tak kesampaian. Otroman tak leh le nak bukak blog time meeting yang cuma dihadiri oleh wakil-wakil kawasan seramai 7 orang je kan. Nak mampos lah kalau buat gitu.

Ni, hajat hati nak sambung buat keje yang tertunggak. Tapi esok, Otroman kena terbang semula ke Senawang atas sebab keje. Lum sempat panas lagi kosi Otroman kat ofis ni, dah kena panggil semula. Dasar sangat diorang ni tak leh tengok Otroman lepak-lepak. Gi Senawang tu sebab ada Safety Audit. Pastu hari Khamis lak sambung Safety Audit kat opis ni lak. Pastu hari Jumaat, Otroman ada rasa macam nak MC lah.. nak charge bateri Otromon ni. Dah lenguh dah badan rasanya menyelamatkan donia ni. Donia tetap parah.

Camana tak cepat abih bateri ni kan.. suma nak soh Otroman jaga. Otroman sekarang, ada dua laptop. Orang lain ada laptop, PDA segala kan.. tapi suma satu-satu je. Tapi Otroman tak. Tamak. PDA tak main ah. Dua laptop you! Kalah orang IT gitu. Sewel.

Oklah. Tu jelah update Otroman buat masa ni. Takat nak kasi tau, ye, Otroman masih ada.. Otroman masih ingat ini blog.. Otroman mengharapkan simpati..... uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Otroman Angah

10 comments:

JoeBangla said...

otromon tamak,sampai 2 laptops wakakaka

DeLinn said...

aku rendu kat otroman nih. Lamanya tak gebang2 dgn otroman nih. huhu

Hazelsyd said...

hrm... macam lama lak tak nampak nick ni kat di lakarkan kat blog aku tu eks.. *tu diaaa* kekeekke
Welkam back ma pren!! Hapdet citer Kota Singa ok??

Elf said...

Otroman datang menyinggahkan vuntuts saja yek..

Anonymous said...

aku simpati..

tapi..

aku nak simpati pada otromen mana?

Otromen Tiga?
Otromen Taro?
Ultraseven?

Anonymous said...

Ngah, ko jadi atroman terbang sana sini pun ko bawak beteri idup sekali kan?! (oppss pekop mulot!!lariiii)..best bila angah meroyan!!
Wakame

Anonymous said...

wakakakka, lawak2.. kalau lah anak aku yg sulong dpt baca sure seronok dia baca kisah otromen, dah la tiap hari layan ceria.. ehh apa lak kaitan..
err angah , takpe take time ,aku sbg peminat setia katanya sentiasa menunggu entry baru hang.. wakakakakak
ps: a'a lah , otromen mana ek ni? tiga kot

Anonymous said...

welkam back my pren

arc

Anonymous said...

laaa..otroman masih ada.

busy nya otroman sekarang nih

pB said...

otroman jangan rehat lama lama tau ...