Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 30 May 2008

Otroman gi shopping

Hish kome ni sume.. tok leh le Otroman nak letak lagu sikit kat blog ni.. Macam-macam speku dia ye. Kalau Cik Siti Delinn Sri Siantan tu boh lagu, takde lak speku? Kekekekeke.. Thanks for the words. Otroman ok je. Yang tak ok, si Incredible Hulk. So kalau tengok-tengok title posting ni ala-ala Incredible Hulk, makanya bermakna Otroman lari nyuruk le ye.. Otroman lawan raksaksa je. Tak lawan menatang alah ijau tu. Hik!

Tapikan, dalam pada itu, Otroman nak kasi ingat, kalau asik raksaksa yang samaaaa je kuar, Otroman naik fedap nanti, Otroman memang leh transform jadik Incredible Hulk. So jangan memain eh..

Ni ha, semalam Otroman tak keje sebab badan tak berapa nak sihat. Otroman lawan raksaksa mana ntah, terinfect lak penyakit perut raksaksa tu. Terpaksa le bercuti semalam. Tapinya, cuti yang tak berapa nak cuti le kan. Otroman tak berapa nak dok umah, so Otroman decided nak jejalan. Ajak le laki Otroman (ehem!) temankan. Laki Otroman ikut je. Maklum le, ehem ehem kan.. Dia pun sama jadik tak keje.

First destination, ke PS Mall. Alkisahnya, beg Tod's yang Otroman beli tu, jadik kegilaan ramai. Ada lak yang pesan. Since Otroman ni kan tak suka nak menghampakan permintaan orang, Otroman pun belikanlah. Beli sampai dua, you! Tapi itu untuk orang lah kan.. Bukan untuk Otroman. Otroman nak beli purse. Dari hari tu dah idamkan purse oren Tod's ni tapi sebab kena maki dengan Cina jual tu kan, tak jadik nak beli. Semalam, since Otroman bawak bodyguard, Otroman lebih gagah berani. Yelah, Otroman selalunya berani, tapi bila jadik Otroman lah. Kalau masih menyamar sebagai manusia, Otroman ni lembut orangnya. Otroman pegi lagi kedai yang sama sebab kedai tu je lak dek non yang jual purse tu!

Tawar punya tawar, dapat le harga yang Otroman nak. Diorang ni, kalau bukak harga, takmo kalah. Bukak je, RM75. Otroman bajet cuma RM25. Pastu dia letak RM60. Alah, taktik le kan. Nak untung banyak. Otroman tetap tak berganjak. Last-last, dia kasi RM35. Otroman kesian, sebab Otroman ni pengkesian orangnya, so Otroman mintak RM30. Dapat le purse oren idaman hati! Hik! Pasni, leh bergaya dengan beg oren, purse oren time tengok EURO Cup nanti. Ofkos team oranje le nanti yang akan disupport, kan.. Bukan sebab suka sangat team tu, tapi sebab kaler dia oren, so choose ah dia. Ok tak cara Otroman pilih team gitu? Bijak, kan? Sekarang nak kena carik kasut oren lak. Puas dah carik ni..

Before gerak dari PS Mall tu, singgah lak beli bunga kat kedai bunga situ. Saje lah kan nak buat rumahku syurgaku (time aman, ofkos) tu macam hotel punya deco kan.. letak bunga segar gitu. Sebab tema rumah tu putih, so belilah bunga daisy putih. Satu ikat tu, ada 14 stalk yang panjang lagi besar tu, cuma RM9 je. Oh sungguhlah Otroman suka! Kan Otroman dah kata, Otroman ni lembut orangnya..

Pencarian kasut (dan lain-lain lagi) diteruskan lagi. Kali ni, ke Pavillion dek non! Yelah, Otroman tak penahhhh lagi sampai Pavillion since dibuka tau. Tak senonoh, you. Orang dari Arab pun dah sampai, awak yang dok dekat tu pun tak sampai-sampai lagi. Hish.

Sebab first time masuk, kampung abih lah kan. Tatau mana level nak pegi, tatau mana nak carik apa pun. Tapi yang pasti, Otroman dah aim dua kedai dari dulu lagi - satu kedai Coach yang original punya and dua kedai The Loaf. So first, masuk kedai Coach. Otroman time tu bawak purse Coach tak berapa nak ori dijinjit gitu, boleh? Tengok gitu-gitu jelah kan. Puashati. Otroman nampak lak jam Coach. Simple gitu. Berkenan, you. Tapi tak le rembat. Diorang ni, biasalah kan.. jenis display tapi sorok harga gitu. Otroman malas nak tanya. Kang kena beli lak kang, sapa nak jawab. So, kalau sapa-sapa ingat kat Otroman nanti time besday Otroman, silalah pakat-pakat belikan jam tu ye! Kekekekeke.. Especially kalau orang tu gi US ke, or ada kat US ke.. sebab kata orang, barang Coach murah lagi kat sana..

Pastu, Otroman lupa le Otroman masuk kedai mana. Tapi yang pasti, makan kat The Loaf. Perghhh I tell you! It's worth every penny spent le kat makanan kat situ! Yummy! Otroman makan The Loaf Club Sandwich.. maklum, perut tak berapa nak elok, kan. Laki Otroman makan pasta. Tak sure apa nama ntah, tapi sedapnyaaa.. lemak berkrim gitu! Then makan lak chiskek dia. Chiskek dia diorang buat macam cupcake gitu. Satu RM5. Sedap gak you! Pastu biasalah, Otroman minum cafe latte and laki minum ice lemon tea. We spent berdua, about RM70. Puas, you.

Masa makan tu, ada lak a few people dari press tengah interview chef pastri diorang sempena hari bapa nanti. The chef buat chiskek tu, tapi besar punya saiz macam pie. Chef tu orang Jepun. One of the Iron Chef gitu. Kira, one of the top chef dalam donia ni lah. Sambil tu, diorang punya PR Manager tu, sembang-sembang dengan kitorang. Dia bagitau macam-macam pasal menu diorang kan and one of the thing yang paling menarik bagi Otroman is dia punya air latte ice. Diorang buat coffee, pastu sejukkan at below 60C dalam bentuk macam ice cube kecik tu, and bila serve, dia letak ketul coffee ice tu dalam gelas, and then they pour warm milk kat dalam tu. Pergghhh! Before dia cakap tu, Otroman nampak orang sebelah Otroman diserve benda tu. Memang rasa nak tanya dah orang tu apa yang dia minum tu. Rupanya, ice latte. So next time, kena try! Tuuu diaaaaa promote The Loaf! Pada yang tak tau lagi, The Loaf ni, milik ex-PM kita. Tu pasal kelasss sangat!

Lepas makan, sambung jalan lagi. Kasut tak dapat lagi ni. Dipendekkan cite, Otroman dah nak givap dah, before nampak Parkson punya tempat kasut. Tanpa disangka, Otroman rembat dua pasang kasut Lewre, you! Satu tu ada 70% off and satu tu ada 30% off. Yang 70% tu from RM179, so dapat RM53 and yang 30% tu dari RM169 kot so dapat dalam slightly more that RM110. Puas! But, both are black. Oren still tak dijumpai lagi..

After that, balik rumah. Dah tak leh shopping lagi, sampai Bandung nanti.

Otroman Angah

6 comments:

NANI SHAHABUDIN said...

Great Malaysia Sale gak ke?

Anonymous said...

kekekeke angah... kejap je ek jadi hulk.. oklah tew...
err apa oren? tah sampai suku akhir dak si ayam belanda tu...(kump. maut tu)
emmm takpe ko belasah aja couse minat warna ek
-ojij-

Hazelsyd said...

Alhamdulillah.. budak skolah nan sorang yg jauh di perantauan ni menadah tangan penuh kesyukuran di hari Jumaat yg mulia ni menengokkan Hulk Hogan eh ehh Incredible Hulk dah tuko jadik Otroman balik kekekekeekkeke.. tu diahhhh panjang nyer statement!!

Entah naper aku tersenyum senyum tang ehem ehem ko tuh hahaha

..glad to see that my wise Angah is back..

Anonymous said...

kedai the loaf tu.. depan escalator tu ker? aku nampak masa diorang served high teasnya, memang kelasss...

Anonymous said...

Macam laut..ada pasang surut...bagi pelaut itulah peneman hidup...jangan hanyut...biar rapuh asalkan YAKIN pada yang dipaut...
(sini pun tak nk tulis nama)

DeLinn said...

aku akan try The Loaf. Tu diaaa, itu yg aku nampak sepanjang2 ko bercerita kekekekeke.