Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Monday, 21 April 2008

Gegar Otak 2008

Pada hari Jumaat yang lepas telah berlangsung satu sesi kecil mesyuarat kabinet Reban Ayam di sebuah kedai nasi ayam, di dalam pusat membeli belah di Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya (tuuu diaaa.. lokasi sesuwei sangat!). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PM Delinn dan diminitkan oleh Setiausaha Kerja yang juga Menteri Pelajaran, Ima. Ahli mesyuarat lain yang hadir ialah Menteri Luar merangkap KM Melaka merangkap portfolio apantah lagi, Angah, suaminya yang merupakan Suami Menteri (dia takde jawatan kabinet.. dia cuma nak jadik 'Datin' tapi tak leh.. so jadilah Suami Menteri), Isteri Menteri Alam Sekitar, Datin Seri Arc (Huh?? Dia sorang je Datin Seri???), dan Alangz serta isteri. Eerrr.. Alangz takde portfolio kah??? Mesyuarat juga dihadiri oleh Menteri Perumahan, Yam, sebagai pemerhati bebas. Dia cuma pemerhati sebab dia takkan terlibat dengan agenda yang dibincangkan sebab dia akan sibuk bekerja pada hari langsungnya acara itu.

Mesyuarat bermula dengan acara makan-makan. Standard Operating Procedure lah tu kan.. Makan perlu sebelum mesyuarat bermula. Selepas kenyang, baru mula.

Agenda utama mesyuarat itu ialah mengenai acara Gegar Otak yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini. Ahli kabinet yang hadir, dengan persetujuan PM, telah memvetokan bahawa Gegar Otak akan berlangsung pada 21-22 Jun ini. Kepada yang berminat untuk hadir, silalah tandakan di kalendar anda sekarang. Tak kiralah samada kalendar itu dalam bentuk kalendar lipat di atas meja anda, atau kalendar kecik yang boleh masuk wallet ihsan pemberian orang buta selepas anda menderma, atau kalendar dalam henfon anda tak kira canggih atau tidak, atau kalendar dalam BlackBerry anda *jeling orang tu yang asikkkkkk je dengan BlackBerry dia*, atau kalendar lumba kuda yang tergantung di dinding rumah anda.. Tak kisahlah. Janji kalendar. Tandakan yach! Diulangi.. 21-22 Jun 2008. Jangan silap date, macam orang tu yang selalu silap date.

Lokasi yang telah dipersetujui juga adalah di Pantai Balok, Kuantan. Kalau ikut highway tu, exit kat Gambang. Jangan terlajak ke Kuantan lak. Sesia je nak kena patah balik ke Gambang. Tol pun kena extra lak nanti.

Acara yang dianjurkan adalah acara perkhemahan. Jangan lak dok expect hotel canggih le ye. Cukup dah pengalaman dulu dengan hotel puaka.. takmo lagi dah deal dengan hotel-hotel dalam masa yang terdekat ni. Hiks! Tapi, kalau sesapa nak dok kat chalet, boleh. Ada chalet berhampiran dengan tempat perkhemahan tu.

Perancangannya, pada hari Sabtu 21 Jun itu, kita akan berkonvoi, bermula dari Plaza Tol Gombak pada pukul 9 pagi. Jangan lambat ye hadek-hadek, kahkak-kahkak, ahbang-ahbang.. Sapa lambat, tinggal. Dari Plaza Tol Gombak, kita akan berhenti seketika kat R&R yang akan ditetapkan kemudian, untuk membuang apa-apa yang patut dari takungan yang tak muat tu. R&R itu juga akan menjadik ala-ala checkpoint kita, di mana sesapa yang terlambat maka tertinggal tu, boleh catch up dengan konvoi yang on-time tu.

Kita target perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam setengah. Almost noon, kita akan sampai destinasi. Tapi sebelum kita memacakkan khemah, kita akan berhenti makan tengahari. Tempat makan masih belum dikenalpasti, tapi akan diberitahu kemudian. Makan tengahari itu adalah di bawah pembiayaan anda sendiri.

Selepas makan, barulah acara memacakkan khemah bermula. Khemah mungkin boleh disewa di situ. Tapi, kepada sesiapa yang ada khemah, digalakkan membawa khemah sendiri. Di samping itu, anda juga digalakkan membawa peralatan dan keperluan perkhemahan, seperti ubat nyamuk, lampu etc. Jangan esok kat sana, nak terhegeh-hegeh mintak orang punya ye. Tu baru nak kena sekeh ye.

Pada sebelah petangnya, kita akan mengadakan Sukan Rakyat seperti galah panjang, selipar cop (eerrr... aku panggil bola cop bila main dengan bola, tapi kalau main dengan selipar, aku tatau panggil apa..), tengteng (tatau sapa yang boleh bertengteng lagi ni) dan lain-lain lagi. Ada hadiah menanti pemenangnya.

Pada sebelah malamnya pula, akan diadakan acara bbq. Menu pada malam itu lebih merupakan bbq dan nasi goreng, atau seumpamanya. Makanan pada malam ini telah termasuk di dalam bajet kita. Oleh kerana bbq memerlukan pembakaran dibuat di situ, adalah diharapkan semuanya bekerjasama. Tak tolong kalu, takde makanan.

Kami juga bercadang untuk mengadakan unggun api pada malam itu. Ala-ala nak cerita hantu di keliling unggun api itu (tuuu diaaaaaaaaaaaa.. cita-cita!). So bantuan diperlukan untuk mengadakan bahan untuk menjadikan unggun api.. bukan takat api untuk menyalakan rokok sahaja yach!

Pagi esoknya, sarapan pagi yang dicadangkan ialah nasi lemak. Ini juga telah dimasukkan di dalam bajet kita. Jadi tak payah risau nak masak nasi lemak pagi buta tu. Celik mata, gosok taik mata, zasss makan.

Acara pada hari tu lebih merupakan acara bebas. Masing-masing boleh membawa diri masing-masing lepas breakfast pun, kalau mau. Tapi kena kemas apa-apa yang patut lah kan.

So? Amacam? Mau join ka? Katanya, bajet dalam RM 70 sorang. PM dengan Datin Seri tu kena umumkan bajet tu cukup ke tak. Bajet tu nanti, termasuklah baju t-shirt sempena Gegar Otak, hadiah untuk Sukan Rakyat, bayaran untuk penggunaan toilet selama 2 hari 1 malam, makan malam bbq dan breakfast. Kos yang lain, atas diri sendiri. Tapi, kalau esok-esok lepas PM dan Datin Seri tu buat bajet, tengok macam banyak extra, kita boleh either kurangkan bajet tu, atau kita gunakan duit tu untuk beli makanan yang lain. Itu akan diconfirmkan kemudian.

Kepada yang interested, bagilah nama pada Ima ye! Bayaran perlu dibuat sebelum abih bulan April 2008. Sebarang permohonan untuk pembayaran lewat tidak akan dilayan... (tuuu diaaaa diktator!!).

Okie dokie. Rasanya tu je kot. Cukup detail dah tu pasal Gegar Otak ni kan?? Oh tercicir.. peserta dikehendaki membawa 3 botol X 1.5 liter air minum. Bukan apa, kang kat sana kang, payah nak tunggu air masak.. pastu air dah masak, nak tunggu sejuk satu hal lagi. Dah sure-sure punya, kalau berendam tu, kehausan kebuluran akan melanda kan.. So tu yang kena masing-masing bawak air tu. Sapa tak bawak, silalah minum air laut tu ye.. tak pun, sulingkan lah sendiri air laut tu.. tu pun kot ada radas penyulingan.. kalau takde, teguk jelah air liur! Hik! Lagi satu, jangan lak nanti sampai pantai, dah tinggal botol kosong je pulak sebab dah kena teguk sepanjang perjalanan ye. Tu saje je le tu namanya..

Orait. Till then.

Angah

10 comments:

Anonymous said...

yuhuuuu terujanya nak pi...(pintal2rambut mcm ela nyanyi lagu teruja.. wakakaka)
err aku ada bola tenis tu, so sukan rakyat tu main baling tin lah ek.. mcm best sikit.., tapi kena ada banyak tin susu ,kira susun2 5-4-2-3-1., wahh best ni, sebelum akhir april aku conpirm kan pi atau tidak..
err kalau pi dont worry aku leh bawa kan 1 botol besar 5liter kot air RO.. kira takyah masak pun ok kan....
-ojij-

DeLinn said...

wohoo!

camping it is! Cukup lengkap info!.

*nak tergelak aku baca entry nih hahahaha*

Deo said...

waduuhh... tapau keliling nampak entry nih... tolong sync tarikh yang dinyatakan di blog ini dengan kalendar dalam BlackBerry aku. hiks! wakakakaka...

takde live broadcast ke kali ni, adehhh baru aku nak start draft ucapan ni untuk yang di perantauan. lagi satu, takde apa2 show seperti tiger show atau belly dancing kan? so aku tak payah practice la ye...

Anonymous said...

bestnya...

aliyahaznin said...

memang ber "gegar" lah kalo korang main teng teng!


muehehehehe..!!!

p.s jgn lupa bwk sports bra

Anonymous said...

Akak sukaaaaaa sgt2... delinn apesal ko tak update mcm ni dlm entry ko???? wkakakakakkakaka

Bayar akhir bulan 5 boleh tak?? wkakakkakakaka


Menteri Pertahanan
Datin Sri Limah

Anonymous said...

wakakakak limah.. siap letak potfolio lagi...
err lupa tanya pasai pa di namakan Gegar otak? ada menu otak2 panggang ke? wakakakak

err menteri penerangan @ tak blur'
- ojij- lari////////////

DeLinn said...

giler punya catch up jijo nih! baguss! *matilah PM dah suka kat jijo, cepat naik pangkat la gini gaya* hahahahaha

Anonymous said...

GEGAR OTAK!!!aku gegar otak kat sini jerlahhhh...
Tak buat pertandingan miss ratu pantai ke? pakaian mandi kemban kain batik!!mesti meriahhh...heheheh"bercanda di pasiran pantai...kita bersama memadu asmara..."

Wakame

pawaka1 said...

aku nak t-shirt ...bleh la