Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Tuesday, 12 February 2008

Projek Hantaran

Di suatu hari yang hening, out of the blue, dia ym aku. Dia ni takkan ym aku kalau takde apa-apa hal de. Setelah 'sengih-sengih' di sebalik ym, malu-malu nak cakap, baru dia expressed kan apa dia nak. Disebabkan aku tak simpan archive ym, so idak le aku ada exact perbualan kitorang.. but whatever it is, basically macam bawah ni le..

Dia: Angah, kau ingat tak dulu kau penah cakap, kalau aku kawen dengan Alangz, kau nak tolong buatkan hantaran?

Aku: Ha.. (Ooooo.. kata aku dalam hati.. Ni le benonya sebab dia sengih-sengih gitu kan.. nak mintak tolong benonya..)

Aku tak ingat apa lagi conversation kitorang, tapi yang pasti memang aku agree le nak buatkan hantaran untuk dia. Hantaran daripada dia untuk suami dia. Sapa lagi kalau bukan dari Zure untuk Alangz le kan.

That conversation took place many many moons ago. Masa diorang dah ada tarikh and probably tengah dok sibuk wonder pasal logistic majlis tu. Berbangga aku dalam pada sibuk pelbagai tu, diorang ingat nama aku! Ahak! They planned tanak bertukar hantaran masa majlis kat umah Zure tu. Kat majlis rumah Zure, hantaran cuma dari Alangz. Nanti bila Zure bertandang ke KL baru ada hantaran dari Zure. So logik jelah kalau buat hantaran dari Zure untuk Alangz, kat KL je.

Pastu, aku lak sibuk. Maha sibuk dengan urusan duniawi aku. Tak dapat nak curik masa untuk menjengah kedai barang hantaran pun, untuk usha apa-apa pun. Duit untuk beli barang dah lama dah Zure bagi aku. Takut gak kalau aku terguna kan. And finally, last weekend aku baru berkesempatan untuk ke kedai. Aku dok imagine nak buat le gubahan tu time coti panjang raya hari tu.

Hari Khamis first raya tu, dengan bisul di tempat yang sama seperti yang lepas iaitu di bontot (oh dasar sangat ini bisul kan!), dengan jalan terdencot-dencot ala-ala time nak Gegar Ria 2007 hari tu, aku ke kedai barang hantaran kat K4 Wangsa Maju. Kedai tu bukak, tapi tak banyak barang yang menarik kat situ. So tak beli apa pun.

Then on Friday second raya tu, aku dengan hubby pegi ke Semua House. Semangat nak membeli ni. Plan kitorang lepas tu nak balik ke Seremban terus and aku semangat nak buat kat Seremban. At least kalau tak larat sebab bisul tu, boleh le Emak tolong. Aleh-aleh, sampai sana, kedai tutup! Setan tul! Aku tau le kedai tu Cina yang punya, tapi yang aku moskel tu, branch dia kat K4 tu bukak lak! Sebab branch kat K4 tu bukak le aku yakin gitu yang kedai kat Semua House tu bukak. Hampeh. Makanya, pulang le aku ke Seremban dengan barang hantaran diorang ni dok dalam kete aku. Kosser le pulak aku nak jenguk Nilai 3 dengan bisul ni. Kosser!

Finally, petang semalam, bisul pun dah abih and aku dah boleh lari-lari Watson Nyambek, aku dengan hubby aku pun pegi le lagi ke Semua House. One thing sekarang ni lepas dah kawen, aku macam rasa tak best kalau nak beli barang tanpa Encik Laki itu. Bukan le dia tu high taste (sebab kalau high taste, idak le dia kawen dengan aku, kan? Ahak!), and bukan le aku selalu setuju dengan apa dia punya suggestion, tapi his thoughts aku tetap pakai. Kekadang nyampah gak bila dia tak setuju dengan aku, and wish dia tak mengganggu decision aku, tapi still aku nakkk gak dia ada. Nakkk gak tanya dia. Nape eh?

So semalam, kitorang berpusing le kat beberapa kedai kat situ. Dah tau dah kedai mana nak pegi pun and dah tau apa nak carik. By now, laki aku tu dah paham certain terms yang aku guna.. hahahaha.. Dah leh jadik assistant gitu. Pendek kata, kalau aku tak leh pegi kedai tu, aku leh bagitau kat dia apa nak beli and dia leh beli le.

Dalam masa memilih-milih tu, laki aku kata yang dia teringat time kitorang dulu. Kejap je dah dekat setahun kitorang kawen. Memang pun Februari last year kitorang tengah sakan busy dengan wedding kitorang. Mana yang busy lah kan. Pastu sakit lagi siap masuk spital, pastu 'peristiwa itu' lagi. It all happened in Februari last year. Sungguh bermakna Februari ni.

Masa memilih-milih tu jugak, aku nampak laki aku senyum sorang-sorang. Aku tanya nape. Kata laki aku, dia terpikir, though he might not agree dengan apa yang aku choose, tapi dia rasa kalau aku dah pilih benda tu, in the end bila aku dah gubah, it will look good. So dia rasa dia tanak komen on apa yang aku nak beli. Ye ke? Entah..

Anyway, abih shopping, balik umah, aku sakit kepala. Bantai tido seround. Bangun dah kul 8 lebih. Buat apa yang patut, then mula buat hantaran tu. Laki aku soh je aku sambung tido, tapi mata aku ni dah tak leh nak tido. Dok berangan pasal hantaran tu. Harus le aktif je otak aku ni, so mana naknya tido. Adalah lebih baik aku bangun and buat hantaran tu.

Sekonyong-konyongnya, aku bangun and buat hantaran tu. Leka aku layan benda tu. Macam kelas seni gitu lah. Main gam, main gunting, main reben. Sedar tak sedar, dah kul 12 malam. Mata tengah celik lagi tu and aku continue lagi. Sampai kul 1 pagi. Abih settle 4 hantaran. Ada lagi a few yang tak leh nak buat semalam.. kena tunggu last minute gitu. Puas hati aku tengok hantaran tu dah dok dendiam atas katil dalam bilik guest aku. Hiks! Seronok! Aku yang vain ni, puas le asik dok telek hasil kerjatangan sendiri. Rasa aku, indah dah tu.. kekekekeke.. Perasan sendiri le kan gitu.

Hari ni, ada lagi yang nak aku beli and gubah. Ada yang aku tak puas hati semalam tu. Ada yang tak kena di mata aku dengan some things. So idak le aku leh buat-buat puas kan. Kena gak merayap petang kang carik something else. Aku lak yang seronok over, ngalahkan family pengantin! Kekekekeke!!

Ok. Tu je update kali ini, pasal hantaran budak berdua tu.

Oh untuk Fara, Hamid dan Lydia - CONGRATULATIONS ON THE NEW ARRIVAL!!

Angah

No comments: