Last Friday, lepas keje, aku kuar dengan adik aku Alin, and anak dia Alia. Ke Ampang Park. Nak shopping baju yang aku dah usha dekat seminggu. Well, usha sekali jek, tapinya, terpikir berhari-hari.. Kononnya tahan le tak nak beli, tu yang tak beli dan-dan tu gak. Tapinya, setelah beberapa hari berfikir, aku sudah tak tertahan. And hari Jumaat tu, peaknya. Aku rasa macam ada sikit duit yang boleh dibazirkan dalam account tu, makanya boleh le aku shopping.
Aku dari ofis naik LRT, jumpa Alin dengan Alia kat lokasi. Then terus ke arah baju-baju yang telah di-aim-kan beberapa hari yang lalu. Alin pun agree dengan aku, pasal rupa baju tu and harga dia. Berpatutan amat as compare to tempat lain. The same thing, tapi kat situ lagi murah. Percayalah! Ahak! Tapi kalau ada yang jumpa tempat lain lagi murah, kasi le tau, eh.
Alkisahnya, aku telah rembat 4 helai untuk aku, and selai untuk laki aku - buat ilang rasa guilty tu kot! Muahahahaha! Alin pun rembat 4 helai! Puas dek non!! Tapinya, both of us tak sure pasal baju tu muat ke tak ke, sesuai ke tak dengan body ke.. takde tempat nak try benonya kat situ. So, kitorang rembat dulu, pastu kalau tak sesuwai, boleh le tukar.
By the time kitorang blah, dah kul 8 rasanya. Punya le lama dok jalan kat tempat yang sama je tau! Ulang-alik beberapa kali tempat yang sama tu, macam ngukur jalan je kekdahnya! Hampeh.
Masa bershopping tu, tak terasa penat. Tapi bila dah sampai rumah, baru le terasa lenguh kaki segala tau! Baru le sedar yang selama bershopping tu, aku dengan high heels aku. Sabo je le! Dah tu naik LRT lak.. dengan orang yang masih sesak lagi dalam LRT tu walaupun dah kul 8 malam. Adehhhh!
Hubby Alin, Anuar amik kitorang kat LRT stesen near rumah aku, and kitoran suma balik rumah aku. Tak lama lepas tu laki aku lak balik umah. Baru balik keje. Puas le kitorang me-nery baju-baju yang dibeli tu. Banyak le pulak yang tak muat, boleh! Hampehss amat. So kena lagi pegi sana pagi-pagi buta esok sebab takut baju yang aku dah usha sebagai yang alternatif in case tak muat, dirembat orang.
Lepas tu, kitorang gi makan. Sabar menanti le pulak kat kedai makan tu. Nak masak memang tak larat. Kaki aku hanya perlukan urutan je tu. So layan je le tunggu makanan kat kedai tu. Manusia ramai, almaklum le dah time gaji aku rasa.
By midnight, suma settle, Alin and family balik, aku terlepak dengan laki aku. Tapi tak berapa nak leh tido sebab kaki aku sakit. Terpaksa le mintak laki aku tolong urutkan. Nasib baik le dia jadik darling malam tu, layan urut kaki aku. Siap aku terlena gitu best kena urut, boleh! Sedar-sedar, dia dah sudah urut kaki aku and soh aku tido properly sebab masa tu aku menelentang gitu. Maka lena le aku sampai ke pagi esoknya.
Saturday morning, bangun terus macam nak bersiap pegi Ampang Park semula. Tapi aku buatkan laki aku breakfast pagi tu. Dia nak makan french toast and aku buat sikit sandwich sadin yang toast punya jenis. After that baru kitorang kuar. Park kat YowChuan, then jalan ke Ampang Park. Exchange baju, then pegi lak jalan-jalan ke YowChuan. Lepak kat sana, then past noon sikit kitorang gerak from there and pegi lunch dekat-dekat umah. Plannya nak masak, tapi bila memikirkan takde barang pun kat umah yang nak dimasakkan, kitorang pegi je le makan kat luar.
After that balik rumah kejap, lepak, then kuar gi Jusco. Carik hadiah untuk wedding colleague aku malam tu. Aku cuma cuci mata je kat Jusco tu tau! Other than carik hadiah, takde lain yang terbeli. Yang lain yang dibeli cuma penyapu je, which is needed at home. Itu je. Pastu balik rumah nak siap-siap untuk ke wedding.
We left for the wedding at about 8 pm. Wedding tu kat dewan dekat dengan rumah kitorang ni. So idak le perlu terkocoh-kocoh nak pegi awal-awal. On the way tu, laki aku cite..
"Babe, malam tadi I mimpi. Sampai nak nangis rasanya dalam mimpi tu".
Wahhh..! Detik aku dalam hati.. Apakah mimpi itu yang macam tu sekali kan rasa dia. Mimpi pasal aku ke? Mimpi sedih tapi revolved around aku ke? Well, kena le perasan, kan.
"I mimpi, I dapat jadik peserta AF6. Peserta tertua. Suma orang menentang I masuk AF tu, tapi I berjaya gak masuk".
BOLEH???????????? Adehhhhhhhh!!! Perlu aku sedih bila dengar cite dia tu?? Ke perlu aku gelak?? Apakah rasa yang perlu aku rasa?? Uwaaaaaaaaaaaa!! Lakiku ittewwww!! Dah tua bangka ada hati nak masuk AF?? Siap mimpi bagai?? Nak nangis bagai??? Ye hadek-hadek, sekarang ahkak dah tau apa yang boleh buat laki ahkak tu terharu dan sedih! AF!! Uwaaaa!!
Hampeh amat!
Sampai wedding tu, ramai le yang aku kenal. Yelah, sah-sah le ofismate aku yang kawen. Makanya ramai le kekawan ofis yang datang. Then aleh-aleh aku nampak laki aku sapa sesorang. Harus le kawan dia yang dia kenal lama. Sabo je le. Sesungguhnya le kawan dia, kan. Boleh tak kalau universe aku dengan dia tak bertembung begitu sekali? Adehhh..
After the wedding, kitorang balik terus ke rumah. Lepak layan DVD. Ok gak cite tu. The Invincible. True story pasal one of American footballer, Vince Papale. Aku suka feelgood movie camtu. Cite yang macam where dream comes true gitu. Cite pasal dedication and the art of survival gitu. In the end tu, rasa macam nak kuar airmata. Tapi takat camtu je le kan.
Hari Ahad, aku dah set appointment dengan hairdresser aku. Pagi-pagi lagi dah siap. As usual, kalau aku nak gi jumpa hairdresser aku tu, aku kena buat appointment dulu sebab it takes about 4-5 jam gak le nak layan rambut aku ni. Appointment aku kul 9, so kena kuar early. Laki aku ajak breakfast luar dulu before pegi.
After breakfast, laki aku hantar aku ke hairdresser aku, then dia balik rumah parents dia. Nak kasi diorang tengok DVD kawen and CD gambo kawen. Aku malas dah nak layan gambo-gambo tu. As usual, aku cuma suka tengok muka aku je bila bergambar. Muka orang lain, kureng sikit. And aku tau, diorang nak tengok muka orang lain, so mutual le tu kan! Ahak!
By the time nak siap, and that was almost 3 pm, baru aku call laki aku mintak pick up aku. Terbang duit aku beberapa ratus, tapi puashati. Well, memang le mahal sebab kuar sekali selepuk. Tapi considering aku yang jumpa hairdresser setahun sekali ni or dua kali ni, berbaloi le rasanya.
From there, terus ke rumah in laws aku. Mama dengan adik ipar aku tengah layan gambo tu. Adik ipar aku tengah tolong copy kan gambo mana yang nak diprintkan ke another CD. Dah beberapa jam benonya masing-masing tu ngadap computer. Macam nak termuntah kot masing-masing dah time tu. Tapi since aku tak yah terlibat sama, tak kisah le aku. Aku gi makan kat umah tu benonya. Lapo beno dah time tu. Tak lunch lagi. Nasib baik dah makan biskut dengan buah sikit kat tempat hairdresser aku tu. Tak kalu, harus berangin badan aku.
Lepas makan, lepak kejap, and balik rumah. Malam tu layan tv kejap and tersangkut kat movie Goal. Feelgood movie gak le, tapi idak le true story. Cite tu abih midnight rasanya. Laki aku pastu nak layan DVD lagi sebab dia baru makan and kononnya tak boleh nak tido time perut kenyang. Aku memang dah surrender and nak tido. Aku angkat bantal and tido atas sofa. Dia baring kat lantai layan DVD tu, kononnya. Aleh-aleh bila aku sedar, DVD tu dah abih tapi tak bertutup, and dia dah lena tido. Since remote control DVD tu remote letaknya, kosser aku tutup DVD tu. Aku cuma dapat capai remote tv je and tutup tv tu. Tak tengok pun jam kul berapa, and aku lelap semula.
Pagi ni bangun dengan hati yang gumbira sebab cuti sekolah, hence jalan clear, hence aku leh kuar lambat sikit. Laki aku kena drive aku gi keje sebab lesen memandu aku dah mampos last week and tak renew lagi. We were supposed to arrive before 8.30 am ke ofis aku. Tapinya, on the way tu, laki aku leh sakit perut nak berak. Adehhhh!! Dia kena gak berenti, so we stopped kat KL Sentral. Aku masa tu dah saspen le kan. Though aku tau takde de nye guru besar ke, pengawas ke yang nak tunggu kat pintu masuk, tapi aku selalu camtu kalau lambat. It's either aku lambat betul as in masuk kul 10 pagi ke, or datang before 8.30. Borderline case ni aku tak gemar amat. Dah tu, aku takde lesen lak tu kalau nak drive ke ofis ke kan.
Laki aku pulled over, kat KL Sentral tu, and soh aku drive ke mana ntah sebab tempat dia berenti tu, tak leh menunggu benonya. Aku dah le takde lesen, so cuak gila bila nak drive. Tapi, kerna terpaksa, aku pun drive gak le tawaf Sentral tu. Dua kali aku rasa aku pusing before aku decided that it's save to stop, jauh dari Polis dan menghalang trafik. Aku tengok jam, dah dekat 8.15 dah masa tu. Walaupun distance wise dah tak jauh ke ofis aku tu, tapi in the morning, jauh amat rasanya!!!
At about 8.15 laki aku call soh amik dia semula kat tempat dia berenti tadi. Adehhh!! Aku tensi tau! Tadi soh aku pegi kat tempat lain sebab dia kata nanti senang dia nak pegi situ, pastu bila dia call soh aku pusing semula ke tempat dia turun tu. Aku dah le saspen sebab nak lambat dah tu, tambahan lak takde lesen! Sabo je le! Grumpy jadinya aku tu. Tapi nak tak nak pegi gak le sambil otak tu memikir whether it's better to teruskan perjalanan ke ofis, or call ofis kata aku lambat sikit and masuk kul 10 gitu.
Ofis aku ni pelik sikit. Kalau nak lambat, biar lambat betul. Kasi le alasan, and nanti tak akan dikira as in lambat datang ofis. Tapi, jangan lambat dalam 10 minit gitu. Kalau lambat dalam 10 minit gitu, nanti masuk rekod lambat, boleh??
Lagi satu, otak aku ni pelik sikit when it comes to being punctual ni. Aku rasa, aku dah kena grill dengan Abah dulu masa aku kecik-kecik dulu. Punctuality is important. Abah dulu train anak dia ni macam kat Police Academy gitu. No tolerance untuk tak punctual ni. Sampai dah tua, disiplin tu terbawak-bawak. So kalau nak tak punctual, aku kena buat reverse saikologi untuk otak aku ni, so aku tak rasa bersalah. Boleh?? Tu yang aku tension gila kalau aku lambat.
Anyway, by the time laki aku masuk kete, dia kata le dia sorry sebab bukan dia sengaja. Aku tau dia tak sengaja, tapi time tu aku tak leh nak fikir sangat benonya. Aku tengah wonder whether nak pegi breakfast je and masuk lambat, or teruskan perjalanan. Sian gak tengok laki aku tu. Idak le salah besar, tapi susah bila aku berperang di dalam otak gitu.
Since aku tak kata apa pun, takat mengiyekan je bila dia kata sorry, dia pun memecut le mengantar aku ke ofis. That was 8.20 am and harapan nak sampai ofis before 8.30 tu amat tipis benonya. Tapi takpe le. Aku rasa aku lum le banyak datang lambat untuk bulan ni, so ok le kot kalau sehari dua lambat. Both were silence all the way.
Sampai ofis, sempat lagi aku salam dia, got out of the car, then terus gi swipe card. Aku tanya receptionist aku, whether aku dah lambat lum. Dia kata, that was 8.33 am. Chiss! Tapinya, since kitorang ada buffer 5 minit sebelum dikira lambat, so aku dikira tak lambat le. Tu aku tau, tapi tension gak sebab jam aku baru 8.30 gitu. So maknanya jam yang swipe card kat ofis tu, cepat 3 minit from watch aku. Kena pay attention tu!
Naik ofis, guilty tu ada le lagi. Tapi, well..
Ok. Keje!
Angah
2 comments:
Ya allah, panjangnya update ko ngah.. muahhahah..
sesekali ku rasa teringinnnnn..
muahahahaha!
Post a Comment