Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 23 May 2007

Just a note..

Urgh! Cita-cita nak update selalu masih lum menjadik kenyataan ni. Macam terbusy lak, tapi demi kerana nak gak update, makanya aku update le sekarang, secepat yang mungkin.

Since kantoi hari tu, aku dah tunjuk dah kat laki aku blog baru ni, tapinya dia macam tak berapa nak interested je nak tau. Aku ok je. Idak le nak kecik hati ke apa ke kan. Harus le laki aku tu tak berapa minat nak membaca benda-benda camni, unlike aku. Bagussss!! Tapi, at the same time, ada gak hati nak soh aku ajar dia buat blog, boleh? Sebab dia kata dia pun nak mencurah rasa. Aku kata kat dia, belajar baca blog dulu, then baru dapat idea apa nak tulis, pastu baru le boleh ada blog. Apa-apa pun, tak tau le bila dia betul-betul nak buat blog. Tapi kalau sungguh nak buat, aku boleh le tolong.

Over the weekend, macam terbusy gitu. Ada majlis kenduri belah family Mama kat Sg. Merab. Mula-mula, laki aku kata kenduri tahlil. So aku dok wonder le nak pakai baju apa. Kendurinya tengahari, and lepas tu aku nak balik Seremban. So aku malas le nak pakai baju kurung. Nak pakai pants and baju labuh, rasa macam tak banyak choice kat umah tu. Makanya, nafsu shopping aku pun teransang, boleh?? Sabo je le! Nasib baik aku berjaya mengawal nafsu tau.. kalau tak, harus jahanam duit! Aku tanya cinta hati tu, dia kata pakai je pants dengan baju labuh yang dah ada tu. Since dia dah kata camtu, aku ok kan je.. tak yah le aku nak susah-susah pakai baju kurung.

Before pegi, singgah dulu rumah Mama, sebab Mama nak tumpang sama mulanya. Aleh-aleh, adik dia pun sama nak join, so adik dia drive a car, and kitorang satu kete. Sampai sana, as expected, ramai le manusia. Sah-sah le family besau, kan. Aku tengok macam takde tokoh majlis tahlil je. Rupanya, tahlil tu dah buat awal, belah pagi kot.. and tengahari tu, cuma makan-makan potluck sempena hari ibu. Sabo je le. Potluck, tapi aku lenggang kangkong datang, boleh?? Nampak nau information tak sampai kat aku, tau! Mama je le ada bawak custard. Nasib le kan.. nak buat camana.

Sampai sana, salam-salam, senyum-senyum, makan-makan. Then ada le sikit-sikit event yang diaturkan dek family tu. Ok le. Ada lah some faces yang aku dah kenal, so idak le rasa totally out of place. Ada gak le rasa out of place, tapi aku dok le ngendeng kat laki aku, adik dia, Mama. It was ok. Lama gak aku rasa lepak kat situ. Kul 3 rasanya kitorang gerak dari situ, and the next destination was umah Arc & Budak - nak amik pekasam kiriman IV!

Siang-siang lagi aku dah pesan kat Arc, jangan nak susah-susah sebab aku nak drop by kejap je. Kalau lama, harus le tak tau kul berapa nak sampai ke Semban nanti. Sampai umah diorang, lepak kejap sambil tayang album kawen aku, minum-minum air buatan bibik dia, amik pekasam, then gerak. Next destination nak ke shopping centre kat Bangi tu, nak carik something yang aku tau ada kat situ.

Sampai kat shopping centre tu, pusing-pusing jap, benda lain yang aku jumpa. Aku cita-cita nak beli lain, tapi terbeli jubah dua helai. Well, aku ni kan cita-cita nak jadik muslimah sejati.. Hiks! Idak le.. benonya, aku tengah dalam mood suka nak pakai jubah on Fridays. Baru beli satu je. Dulu penah ada jubah, pastu aku bosan, mood sudah lari, dah tak pakai lagi dah jubah ni suma. Suma aku bagi Emak aku. Now ni, lepas kawen, laki aku pun suka aku pakai jubah, makanya nak le mula mengcollect jubah. Tapi, apa-apa pun, yang pasti, jubah tu harus vogue, occayy!! Idak le jubah yang biasa-biasa je! Muahahahaha!! Hancus tak?? Dalam pada nak jadik muslimah sejati, masih ada agenda tersendiri gitu.. Layan je le ye!

From there, baru balik Semban. Yang lain yang dah balik masa tu was Alin and family and Uda and family. Kitorang sampai pun dah dekat maghrib dah masa tu. Lepas maghrib, aku dengan laki aku nak pegi bank kat bandar jap. Nak kena bank in kan cek yang tak sempat nak dibank in kan masa kat KL tadi. Kena buat segera sebab malam nanti nak tengok FA and AF. Aku bagitau gak yang lain, yang aku nak pegi ke A&W.. saje nak belanja diorang kalau nak apa-apa. Sahih le suma mengorder, kan!

Pegi bandar, bank in kan cek, then gi A&W, then balik. Sampai umah, aku tengok Usu lak dah sampai. So minggu tu cuma Along je tak balik. Terus letak food, and aku gorengkan sekor ikan pekasam. Orang lain tak makan ikan pekasam tu. Cuma aku, laki aku, Usu and laki dia je yang makan. Emak memang tak makan ikan darat. Abah lak jaga garam intake dia. Alin, macam Emak gak tak reti makan benda-benda camni. Uda pun makan sikit je. Tu yang sekor tu cukup. The rest aku simpan dalam fridge, and siap pesan kuat-kuat kat suma, soh ingatkan pasal ikan tu bila nak balik nanti.. takut tinggal kat Semban nanti. Hampeh je tau sebab suma lupa and now ni ikan tu dah tinggal kat Semban, yang takde orang nak makan!

Tak lama lepas tu, AF mula. Setelah puas dok memikir channel apa yang patut ditonton, si jantan-jantan ni suma decided nak pegi tengok FA kat kedai mamak. Well, idak le yang pompuan suma nak tengok AF pun. Rela je benonya kasi diorang ni tengok FA, tapinya diorang dah decided nak lepak kedai mamak gitu. Logik le kan.. kat kedai mamak leh nonton sambil menghisap rokok kan. Kat umah tu, tak leh.

So yang tinggal kat umah ni, layan le AF, sambil tido. Sabo je le kan.. that's how great it was. Nak tengok bola, aku tak sanggup sebab jantungku nanti akan berdegup kencang kesaspenan! Kejap-kejap time commercial break tu, time aku terjaga, aku flip gak le channel tengok score. Happy aku masih 0-0 all the way.

Hujung-hujung dah nak abih AF, adik ipar aku Anuar call bagitau yang bola masih seri, and diorang nak balik tengok masa tambahan. Adehhh! Time tu gak le AF tengah macam best le kan.. hujung-hujung le katakan! By the time diorang sampai umah, makanya, kena le justify nak tengok channel mana. Aku pegang remote and terpaksa le kejap-kejap tukau channel, tak nak miss actions on both channels.

Luckily, masa one of those moments time tengah flip channel ke FA, aku berjaya menyaksikan wiraku, Drogba, menyumbatkan gol kemenangan!! Yippieeee!! Just on time, I tell you! Just aku tukau je, bola tengah dipasskan untuk Drogba score!! Sempat aku buat lap dance gitu!! Muahahaha! Idak le lap dance, tak dance gak le! Saje nak perhangat hati penyokong MU kat umah tu! Kekekekeke! Tapi at the same time, wonder gak whether itu betul-betul gol ke tak, kan. Mana le tau aku tak perasan tapi offside ke. Nasib baik betul gol! Makanya, puas le hati aku.

Then, si Mila lak menang AF. She deserves it le aku rasa. Laki aku pun happy, boleh? Gamaknya, for the first time, orang yang dia support kat AF, menang. So malam tu, aku happy, dia pun happy gitu.

The next morning, lepak kat umah, layan tv, tido, then laki aku ajak pegi umah pakcik dia. Adehhh!! Tuhan je tau betapa aku benonya malas nak gi melawat umah sedara-mara ni. Kalau dah family sendiri pun malas aku nak visit, ni kan pulak family orang lain. Pulak tu, mood aku lari lepas tido siang. Aku memang le bukan jenis suka tido siang. Aku tak tau nape, tapi kalau aku tido siang saje-saje gitu, mood aku akan lari, badan rasa lemah and tak keruan gitu. Bukannya jadik fresh. Pastu, lepas bangun kena gerak, nak kena pegi melawat rumah orang lak. Adehhhh... Tapi demi kerana laki aku, aku korbankan jugak perasaan tak nak pegi tu. Pujuk gak hati. Panggil itu mood mari. Psycho diri. Tapi, aku pastikan dulu destinasi kitorang. Make sure, we come to an agreement on the places to visit, before pegi. I just hate this kind of surprises le katakan.. so kena le make sure aku tau dulu before gerak. Laki aku kata, kita pegi amik tiket Papa kat tempat this one uncle, then pegi rumah sorang uncle, then gi Jusco. Yippieee!! Muahahahaha!! Jusco tu benonya buat panggil mood mari!

Memang aku dah ajak dia pegi Jusco siang tu, tapi dia malas, and we ended up bantai tido tu kan.. So agaknya, dia pun dah belajar nak pujuk hati ini, kasi rasuah sikit.. boleh?? Ye, aku cair dengan rasuah sebegitu! Hampeh sekali tau!!

Dengan hatiku yang masih berat, kitorang pegi le jumpa one uncle dia amik tiket. Tu pun idak le touch n go je. Lepak dulu, borak-borak. Aku layan je. Then gi umah another uncle. Ni rumah yang tak dilawat lagi le ni since kawen dulu tu. Masih ada banyak lagi yang tertunggak, yang tak tau bila nak abih.. aku harap, bila aku dah beranak dua kot! Well, harapan le kan.. Maknanya, pelan-pelan le pegi, kan.. Agak-agak dalam sebulan, sebuah rumah pun ok je kot aku rasa. Muahahaha!! Lepak kat umah tu, then dekat kul 6.30 petang kot, gerak ke Jusco. Gumbira acik! Macam budak-budak dapat gula-gula le katakan! Kehkehkeh!!

Sampai kat Jusco, punya le banyak kete. Almaklum le, tengah sale. Tapi orang idak le ramai mana. Ramai le daripada biasa, tapi idak le ramai macam nak raya. Aku ok je. The main barang nak beli, barang umah. Aku belek-belek barang, and tetiba realise laki aku dah ilang. Sabo je le. Aku jengok-jengok gak carik dia, tapi tak nampak. So aku continue le carik barang lagi. Puas aku mengendong barang tau, tapi bayang laki aku tu tak nampak langsung. Aleh-aleh time aku nak bayar, dia sms kata dia ada kat luar! Hangin bertiup, u ols!! Sabo je le!! Aku sms balik bagitau aku ada kat cashier, and dia masuk semula. Grrrrr!! Sabo.. sabo.. Bila dah hangin tu, tak lalu le kan nak beli apa lagi. So balik le kitorang.

Balik umah, orang lain dah sudah dinner dah. Aku hidang food untuk laki aku, and we ate. Tak lama lepas tu, layan tv and sorang-sorang adik-adik aku gerak balik. Yang tinggal cuma aku dengan Usu je. Usu nak balik the next morning sebab dia masuk keje lambat Isnin tu. Aku lak, dok layan CSI sambil pejam mata.. sabo je kan!

At about 12, lepas CSI abih, baru gerak balik. By the time sampai, dah kul 1 pagi. Terus landing. Pagi esoknya, malas nak gi keje. Aku rasa, sebab malam tu, tido aku tak berapa best kot, tu pasal malas nak gi keje. Yelah, time tengok CSI, aku terlelap, tapi laki aku sibuk kejutkan aku nak soh tengok gak CSI kan. Aku bukak mata bila kena kejut.. pastu lelap semula. Beberapa kali camtu, harus le aku rasa otak aku penat. Then bangun sebab nak balik, then sambung balik tido dalam kete tapi tak le lena mana. Then bangun balik bila dah sampai umah, then sambung balik tido. Padahnya, aku tak puas tido! Hamik kau! Malas terus nak gi keje esok tu.

Bila dah malas nak gi keje, laki aku pun sama gak le kan. Tapinya, idak le pulak rajin nak gi mana-mana. Entah nape entah aku tak tau. Lepak je kat umah, and jumpa kawan aku at about 1 pm kat Ampang Park. Tu pun sebab nak amik softcopy gambo kawen. Otherwise, idak le aku kuar rumah tu. Then balik umah, lepak semula kat umah. Boleh?? Idak le mengemas ke apa ke. Teruk amat tau!

Semalam, aku gi keje, macam dengan semangat baru. Keje banyak le pulak yang aku pulun. Macam insaf kejap. Lunch hour, laki aku datang and we had lunch together. Petang, aku balik, laki aku kata umah kitorang dilanda ribut tengahari tu when we had lunch! Memang teruk pun area rumah aku tu. Banyak pokok tumbang. Bak kata laki aku, macam dilanda tusnami le tempat tu! Dengan kete yang kena himpap pokok le, dengan zink yang melayang le, dengan line letrik yang putus le.. Teruk you!! Alhamdulillah kitorang ok and harta benda suma ok. Tak kalu, hari biru blues gak gamaknya.

Malam semalam, ada futsal as usual. Aku sekarang ni dah tak main dah. Court dah kena conquer dengan jantan-jantan je. Dah takde pompuan lain nak main, so might as well kasi jantan-jantan je main. Tapi still a kind of family gathering gak le time futsal tu. Gossip time gak kalau ada gossip terkini yang tak tercerita lagi. Tapi before futsal, singgah jap umah makcik aku sebab nak bagi dia duit yang dah diamanahkan oleh Emak pada aku lepas wedding hari tu. Boleh?? Makcik aku ni caterer and she cooked something for the wedding hari tu. Emak mintak aku tolong bayarkan.. dah kasi duit, cuma menyampaikan je. Rumah makcik aku tu, idak le jauh mana dari rumah aku, tapi tak tau nape, yang dekat tu jugak le yang tak kesampaian. Tapi semalam, aku pegi gak. Singgah gak sebelum futsal sebab kalau tak, tak tau bila lagi nak sampai and bila lagi nak bagi duit tu. Kejap je singgah, then pegi futsal. Lega aku.

Lepas futsal, aku lapo gila. Laki aku tak berapa lapo. So tapau satu je nasi goreng, sayur goreng and balik. Makan lepas laki aku siap mandi bagai. Kitorang share je nasi goreng tu. Abih makan dah kul 12 malam dah. Adehhh.. hancus impian diet aku! Idak le aku nak tunggu sampai kul 2 pagi baru nak tido lepas makan kan.. Terpaksa le tido lepas makan tau!

Hari ni, kononnya semangat keje masih membara. We'll see..

Angah

2 comments:

Anonymous said...

aku komen sebab ko komen kata aku tak penah komen..

anyway.. best kan kawin... ada partner in crime. satu tak keja satu lagi pun jadik malas kerja... eheh...

Arena said...

Kak Ngah,
nampaknya ko dah kembali aktif mengupdate.. saya sukeeeee...