Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Tuesday, 13 December 2011

Bonus

I don't know about others.. but with me, duit bonus lum dapat, berapa nak dapat pun tak tau lagi, dah bercongak-congak apa yang nak dibayar dengan bonus tu. Hish! Masalah hutang yang tak penah selesai. Well, I am not blaming anyone but myself lah kan. Sendiri carik pasal, sendiri kasik settle..

I think I probably need someone to hold my money lah. Bagi duit belanja mingguan for certain amount and make me live with it. Maybe that's the best when self-discipline failed kot? Grrrr.. (mode mengomel ke diri sendirih nih benonya!)

Ada laki pun, lebih kurang sama macam aku gak. Dulu tak kaki shopping, bila dah kenal aku, hancus, punah, ranah. Aku yang ajar dia macam-macam pasal style, brand, shopping malls, sekarang dia dah sama lak level dengan aku.. or almost at par! Urgh! Aku rasa it has got something to do with my "wish for a husband" kot? Doa yang tak disebut, tapi unconsciously I was hoping to have a husband yang memahami bab-bab pompuan suka shopping nih, and masa tulah pulak "doa" tu ikhlas, and langit pulak terbukak luas untuk "doa" aku memanjat tinggi.. Adehh..

Actually, there are a lot of things that I subconsciously wish for, ada dengan Wan ni. Nasib-nasib le kan mana yang aku nak dapat, mana yang aku nak tak dapat. So for those bujangsss out there, be careful, be VERY careful with what you wish for - BE SPECIFIC! Ekekekeke.. Kalau nak yang kaki shopping, mintak sekali yang banyak wang extra yang tak tau nak labur ke mana and dah cover suma pelaburan demi masa depan including Tabung Haji, ASB, insurance, mutual funds and whatever yang perlu. Specific enough?? Ekekekeke.. Besides that, make sure "hati" or mulut tu, tak suka nak berkata-kata tak tentu pasal.. Memang sungguh kata-kata itu doa. Baiklah ajar anak kecik macam Cik Put ajar anak dia doa untuk orang beli vitamin dia.. Ekekeke..

Oit? Lari topik? Ekekeke.. meluah rasa ye.. Tulus dari hati sanubari di bulan Disember ini!

So how shall I distribute my haven't-seen-yet duit bonus ni eh? Bagi Emak Abah dah pasti dalam list. Pastu, kena pikir hutang mana I can live with, hutang mana yang serabut dah otak aku. Mana nak beli barang rumah lagi.. Ish! Nasib rumah tak besar mana. And come to think of it, memang takde benda penting pun nak diganti. So maybe I can put things for home aside dulu kot. Dok rumah pun berapa jam je sehari. Weekend pun lum tentu dok rumah. Paling banyak dok kat living hall je. Tido pun kat situ most of the time. So usah le dok ingat benda lain kot? Emas? Errrr... tu lain hal.. Takde duit pun, wa kasi ada gak kalau nak beli emas! Hahahahaha.. Abih tu camana dengan JPO punya bajet nih? Jakel lagi??? Aiyoooo!!!!

Eh okaylah. Takat nak let out what's in my head for the past few days.

Angah

Friday, 9 December 2011

Tips lembutkan hati anak.. dan isteri

Hari itu di Sinar FM..

Dato' Mohd Fadzilah Kamsah ada bersama dalam slot Sinar Pagi. Topik pagi itu seperti hari-hari Rabu yang lain ialah berkongsi masalah pendengar. DMFK pulak berkongsi tips untuk masalah-masalah yang diutarakan.

Ada kisah bapa, yang selalu rasa nak pukul anak sebab anak degil. DMFK kata.. sebagai ibubapa, salah satu cara untuk memudahkan mengajar anak.. baca tiga ayat ni dan tiupkan kat anak. Boleh tiup dari jauh tapi lebih baik dari dekat. Tiga ayat itu adalah surah Al-Fatihah - sebab itu ibu segala surah; ayat Kursi - untuk halau syaitan; surah Al-Insyirah - supaya mudah menerima (or something like that.. aku lupa!).

DJ Sinar FM pulak menyampuk.. kalau tiup kat isteri ayat-ayat gitu boleh tak.. Kata DMFK, boleh.. Kata En. Wan suamiku.. laki tiup dari jauhhhhh dulu.. dah dekat tiup tapi sebelah tangan sorok kat belakang pegang ada surat untuk sign..

Sungguh tinggi cita-cita suamiku..

p/s - untuk isteri, aku rasa cara yang sama boleh digunakan untuk si suami terutama di hujung tahun lepas suami dapat bonus..

Angah

Tuesday, 6 December 2011

Hari Asyura

Delinn kata dia puasa hari ni. Puteri tanya nape sebab nampak tweet and FB orang lain suma dok kata puasa. Delinn kata 10 Muharram. Hari Asyura. Aku tau pasal 10 Muharram. Aku tau pasal wujudnya hari Asyura. Tapi aku tak ingat apa significantnya 10 Muharram ni. Delinn kata hari share makanan. What??? Serius??? Reason tak boleh blah sangattt! Dasar suka makan. Nak pecah perut aku baca tweet Delinn pasal tu. Sungguh significant sangat share makan dengan kawan-kawan sampai disunatkan puasa?? Jadik sempena share makan malam tadi (sebab portion kecik and semua kebulur), hari ni jadik hari Asyura. Sewel.

Aku call Wan.

Aku: Babe.. you dah makan lum pagi ni?

Wan: Dah.. nasi lemak. Apasal?

Aku: Takde apa.. Hari ni 10 Muharram. Hari Asyura. Kalau tak makan lagi, leh soh you puasa.

Wan: A'ah lah. Dah 10 Muharram dah. Apa ada hari ni eh? (as in apa significantnya Asyura..)

Aku: Tak surelah. Delinn kata hari share makanan. Tapi I tau hari ni orang syiah pukul-pukul badan diorang.

Wan: A'ah. Tu kena carik orang syiah tu.

Aku: Apsal?

Wan: So that kita leh pukul badan dia.

Adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Gelak tak boleh blah, hokehhhhhhhhh!!!

Moral: Sila-silalah educate anak-anak dan diri sendiri mengenai sejarah Islam. Asik ingat sejarah Hitler, Napoleon, Valentine, Ombak Rindu, Badai Semalam errrr.. Rajin-rajinlah layan TV Alhijrah, ye! Hahahahaha..

Angah

Friday, 2 December 2011

Buang ke tak?

Kita sambung sikit kisah buang membuang barang ni ye.. Hik!

Kalau laki aku ada banyak barang yang dia sayang buang, aku lak sayang nak buang when it comes to reading materials. Reading materials ni tak termasuk suratkhabar. Suratkhabar ni, just after baca dah leh buang dah. Tak yah nak simpan. Kot nak simpan pun, for other usage. Not as a reading material. Dulu, Wan simpan gak newspaper ni. Melungguk sebab nak jual. Tapi sejak dua menjak harga recycle paper ni dah tak seberapa hasilnya, nak beli sekeping paper baru pun tak leh, Wan pun dah abaikan pengumpulan paper ni. Letak je dekat tempat peti surat tu, bagi cleaner je lah kutip untuk dia recycle.

Tu bab paper.. Ni bab reading materials yang lain ni.. Macam majalah lama. Aku ada banyak majalah lama, nicely stacked in the rack. Ada yang dah dok dalam kotak so that tak berhabuk. Errr not so much about protecting the magazines from habuk.. cuma malas nak lap habuk kat magazines. Senang letak dalam kotak, lap kotak je bila berhabuk. Sayang tu sayang gak. Ada magazines yang aku bawak balik from Australia dulu tu! Hahahaha.. Gila tak? Magazines Weight Watchers and the likes. All ada sentimental value sebab I learned about healthy eating and living from those magazines as well... at least once upon a time lah kann.. Ilmu tu. And they have a lot of good recipes. Not that I plan to cook any of those soon. Tapi the thought that I know where to refer to, is good. Sewel tak? Ekekeke.. Nak buang, sayang. Tak buang, aku dah lama beno tak bukak magazines tu pun. What should I do eh? Probably I should start reading them again as a motivation? Grrrrr... Tu yang dilemma nak buang tu... sayangggggg....!

Besides Weight Watchers, aku ada collection of Midi – ni majalah Malaysia for middle aged women. I used to buy them from their first issue until last year kot. I can’t remember when I stopped buying them. Why I bought them instead of other magazines.. sebab dia murah, and dia kurang sikit advert yang karut-karut like pages of fashions yang I will never wear. And they have some good articles. Tapi after a while, macam ada repetition of the content. Pastu macam mula bosan. So mulalah aku tak baca, and terus stop from buying. Ni, aku tak sayang nak buang, but the thought of buang tu, make me rasa tak best. Rasa macam, rather than buang, I should probably donate it somewhere. Of course bukan rumah anak yatim sebab macam tak sesuai untuk diorang kan? Nak donate rumah orang-orang tua, aku tak tau mana rumah nak hantar. Haiyo! If only there’s one stop centre where we can just drop whatever that we don’t want but are still useful to others, and this centre will distribute them to the needy ones. Kan? Or is there anyone nak magazines ni tak? All in good condition except for 1 or 2 sebab anak buah aku dah koyakkan sikit. But the content tak terjejas lah.. Tuuu diaaaa promosi, boleh??

Other than the reading materials, ada some stuff yang aku tak nak. They are gifts from either lucky draw or hadiah kawen. Ada pinggan, ada electrical stuff. All in original packaging yang dah berhabuk. How to get rid of them ha? Aku malas nak jual-jual kat internet. Nak donate je. Ada mana-mana aku leh letak tak? Nak ambik gambo satu persatu pun aku tak kuasa. So don’t bother asking me for the pictures ye! Hahahahah..

And what do you do with old CDs? Bukan CD or DVD cetak rompak.. I am talking about songs CDs. Harga tak murah deknon. Dululah. Now aku tak tau sebab dah lama gila tak layan beli-beli CD ni. Nak buang sayang. Nak dengar memang tak tau bila lah kan. So apa yang perlu aku buat dengan benda tu? At least aku cuma ada CD je.. Wan masih ada keset-keset lama, boleh?? Tapi nasibbbb kat rumah mak dia. Tak berani dia nak bawak masuk rumah tu. Ekekeke..

Because of benda-benda macam ni lah rumah aku tu sesak. Tu tak masuk kasut yang dah lama tak guna tapi sayang nak buang and tak tau nak bagi kat sapa. Aiyo! Bags pun sama. At least bags aku boleh je bagi kat adik-adik aku or paling tidak pun, bagi je anak-anak buah aku buat main. Abih cite.

Urgh. Forever tak siap kemas rumah kalau gini!

Angah

Thursday, 1 December 2011

Hoarders

Ni tengah penah gila ni. Otak aku nak kering dah. Lagi hujung tahun, lagi sesak otak aku dibuatnya. Aku baruuuu nak ingat rilek-rilek sikit sebab selalunya Disember customers dah calm down. Suma dah manman pakat nak coti hujung tahun dengan anak-anak. Aleh-aleh tahun ni, suma pakat kerja kerassss lak hujung tahun. Yang nak abihkan bajet pulun bagi order banyak-banyak. Yang tak meet HSE target, pakat nak buat audit. Yang ISO pun satu hal gak. Yelah, benonya plan aku untuk ISO hujung tahun lah sebab patutnya laut dah tenang.. err not laut yang bebeno tu.. Laut bebeno tu memang bergelora time ni kan. Sekali, time ni lak ala-ala mini tsunami melanda meja aku. Arghhh!! Sumanya ada paperwork and presentation, and sumanya akuuuu kena buat. Nak harap staf, suma pun memang tahap dagu dah keje diorang gak. Either that, or they don’t have enough skill. So how? Ahkakkkk gak kena buat. Tapi takpelah. Dari melaghu takde keje, baiklah ada keje. Tapi tulah kan.. Perlukah ambik vitamin ni? *jeling si pengedar vitamins itewww..* Whatever it is, jangan sampai cuti aku nanti terganggu, udah.

Eh, aku bukan nak cite pasal keje. Tapi tulah kan.. this is just a break from kejelah ni.

Korang penah tengok tak rancangan “Hoarders” kat Astro Ch 731? Rancangan ni is about hoarders lah kan as the name suggests. Hahahaha.. These people memang tahap sewel punya hoarders. Errr to those yang tak tau apa horders tu.. they are people yang suka simpan barang. Suma benda sentimental. Suma benda nampak, dia nak beli. Pastu tak reti nak buang. Suma sayang. Suma nak guna or ‘akan’ ada kegunaan. Things like that. And gosh gila babi punya serabut rumah depa ni. Rubbish, good stuff, old stuff, new stuff suma main lambak je. Like they have no place to live. I don’t know how to explain. Korang kena tengok to understand. Yang peliknya, diorang ni suma rumah besar-besar. I don’t know how they can afford that. Real besar. Besar macam banglo-banglo besar kat Mesia ni lah. Aku lak sayang tengok rumah diorang ni. Diorang memang dah tahap critical OCD. And, the funny thing is, kat US tu, ada lak specialist dalam OCD untuk hoarders ni! It seems like an acknowledged disorder gitu.

And, like it or not, it always remind me of Wan. Hahahaha.. Dia pun sama je tengok cite tu dengan aku. Tapi dia taklah tahap diorang ni. Kalau dia macam tu, harus le aku tak kawen dengan dia. But that’s how these people started. From having difficulty to let go of small things, little things, little quantity until it becomes huge. Hoarders tu, siap ada a cleaning team datang rumah nak tolong buat barang pakai lori. And while they were removing stuff from the house, hoarders ni will look at the stuff and kutip semula mana yang dia nak. Boleh?? Like forever takkan selesai punya keje. Lotih!

Semalam, balik rumah, aku nampak a few things yang aku dah buang hari tu, tapi dah masuk semula. Boleh?? Hahahaha.. Macam memantul jek masuk balik ke dalam. Macam magik gitu. Aku tanya Wan kalau dia ada kutip barang-barang yang aku dah buang and the first reply.. takde.. sambil sengih-sengih. Boleh?? Padahal, aku nampak cantekkk je pasu yang aku dah buang bersama bunganya, masuk balik ke rumah. Tapi, bunga dah kena buang, and pasu dah berbasuh baekkk punya. Boleh?? Bila aku tanya lagi, baru dia ngaku. Dia kutip pasu tu, pastu ada a few pens yang aku buang pun dia kutip gak. Boleh?? Aiyoooo pen dah banyak dalam rumah tuuu!! Buat apa le nak simpan lagi?? Jawapan dia.. boleh guna lagi pen tu.. Boleh?? Lemau aku.

Then I told him to clean the house instead of me doing it. Penatlah kan, aku buang dia kutip. Baik dia je pikir mana nak buang and mana nak simpan. Dia kata, dia rela mengutip semula barang yang aku buang dari membersih rumah. Aiyooooooooooooooooo!!! Acik nak nangesss!!!

Angah