Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Thursday, 9 October 2008

Venture aku

Mood menulis sudah tak berapa nak mari dah ni. Tapi, demi untuk tidak menghampakan mereka yang klik ke blog aku.. tak kisah le sebab nak baca blog aku or semata-mata nak tumpang lalu, biarlah aku update walaupun secoet cuma. Kekekeke.. Riak ka? Hik!

Setelah cuti yang tak berapa nak puas, setelah beraya sakan yang tak berapa nak complete lagi, mood keje memang tak berapa nak mari. Kalau ikut hati, nak je aku EL. Tapi, memandangkan setelah ditolak cuti yang aku plan nak amik masa hujung tahun nanti, cuti hanya tinggal sehari, maka tabahkanlah hati datang keje.

On the way ke keje tadi, aku nampak sorang pompuan in her late 40s or in her 50s dok atas buai kat laman rumah sambil dok tengok sorang budak kecik main. Ni buai yang besi tu tau.. yang leh dok ramai-ramai tu. Jangan lak dok imagine buai yang budak-budak naik kat taman permainan tu. Hodoh lak rupanya nanti. Hik! Bila tengok pompuan tu, aku rasa macam bestttt je leh bangun tido, and buat apa yang kita nak buat, at our own sweet time, tanpa terikat dengan schedule yang ditentukan oleh orang lain. Best, siot!

Terus aku teringat pada plan aku untuk jadik petani berjaya. Bila le agaknya nak kesampaian kan. Lemau ah. Sangat lemau. Pastu, aku teringat lak pada venture aku sekarang. As usual, venture aku selalu ala-ala hangat-hangat taik ayam. Tapi still, it's a venture. Aku tengah sibuk nak jual kek oren. Pastu dok ingat nak jual kek choc moist. Pastu dok ingat nak jual cookies macam a famous outlet tu. Boleh? Oh at the same time, aku sibuk nak jual Tupperware lak. So, sesapa yang nak beli Tupperware, sila war-warkan kat aku yach! Kot boleh jadik dealer yang berjaya, leh kayo makcik dengan hasil jualan Tupperware ni!

Eh, back to kek oren. Raya hari tu, aku dapat le oder untuk 2 ketul kek. Dari kawan aku. Dia tau pasal kek aku tu and dia nak beli untuk raya. Sekali katanya, sedap. Tak dan sampai raya dah abih. Ni, dia nak order 3 ketul lagi, nak amik hari Jumaat ni.

Masa yang dia order untuk raya dulu, aku sungguh le tak dapat bekas nak letakkan kek tu. Kedai kek haprak habih stok kotak kek, boleh? Since aku genius gitu, aku telah menggunakan kotak mengkuang hantaran tu kan. Aku dah cite dalam entry dulu ni. Mulanya nak buat cam hamper tapi tak dan buat hamper pun. Takat letak dalam bekas tu je.

Kali ni, aku rasa macam tak berapa nak guna bekas mengkuang tu lagi. Aku lak bosan tengok. Aku ingat mau carik bekas lain lak. Yelah, dia nak order 3 ketul, harus bukan untuk dia sendiri. Harus nak kasi orang ke, or orang order. So nak le aku buat cantik-cantik. Mana le tau kot-kot ada yang terimpress and nak beli, kan? Jadi tokeh kek oren gitu aku.

Ha korang.. sesapa yang nak kek oren butter, sila le order ye! Nak kek je pun boleh, nak dalam bentuk hamper pun boleh. Nak makan sendiri boleh, nak buat buah tangan untuk gi open house rumah orang pun boleh, kan? Nanti bila dan, aku boh le gambo kek. Now ni, tak dan nak amik gambo, tak dan nak kasi cantik-cantik dah gone gitu.

Oklah.. till then.

Angah

3 comments:

DeLinn said...

ish lapo lak bila baca pasal kek oren ko nih. *mode belum breakfast hehe*

Anonymous said...

Salam & Selamat Hari Raya Ngah,

Habaq mai la rega dia, senang cheq nak order nanti.

1kg + delivery = ?

Yang Hanum Kesidang

Deo said...

aku tengok banyak je kotak-kotak kek kat kedai bahan-bahan kek kat ipoh (delinn, dekat dengan uda ocean yang hujung pekan nak ke spital tu).

kalau aku order kek oren, kotak aku punya sendiri, boleh dapat 50% discount?