Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 12 December 2007

Banner

Oleh kerana bosan beberapa hari lepas, aku telah membuat banner. Oleh kerana aku tiada software canggih manggih untuk membuat grafik, aku telah menggunakan hanya paint sahaja untuk membuat banner aku. Oh, mek happy jugak. Tu, kalau ada photoshop or other grafik punya software, harus kalah orang lain punya banner tu. Tak pun, kalau bosan lagi, harus aku boleh buat template blogspot gitu, pastu bagi pada blogger untuk digunapakai secara percuma oleh orang ramai. Wahhh.. sungguh berangan aku hari ini. Hari yang bosan, tapi bijak berangan! Hiks!

Oleh kerana mek takde kamera SLR yang canggih, mek takde gambo yang canggih manggih. So mek guna je gambo yang ada dalam koleksi.. Sapa leh recall gambo kat banner ni dari mana asalnya? Kalau korang pengikut setia blog aku yang dah 3 kali bertukar nama ni, harus korang leh tau dari mana datang itu gambar banner. And, aku sungguhlahhhh teringinnnn nak ada kamera SLR. Can someone take note on that?? Tahun depan punya birthday leh dapat ka?? Kekekekeke..

Oleh kerana teringin nak buat banner, kena le pulak aku belajar camana nak letak itu banner kan. Mek ni rabun IT. Programming ni suma memang rabun abih ah. Last dulu belajar Pascal je. Tu pun tiru orang punya programming and dapat markah lagi tinggi dari orang itu and orang itu tensi and ugut aku kalau aku dapat markah lagi tinggi dari dia for the next assignment yang aku tiru, dia nak report.. Kekekeke.. Tapi ofkos dia melawak jelah kan. Sah-sah dia kasi aku tiru programming dia kan. Aku cuma masukkan disket dia (zaman guna disket ye!), copy kat PC pinjam, kuarkan disket dia, masukkan disket aku, copy kat disket aku, edit lines kat program tu, save. Siap! Kekekekeke! Ofkos aku dapat markah tinggi sebab 'aku punya' program lagi cantik dari dia sebab aku cuma mencantikkan sahaja program tu.. Letak indent mana-mana yang patut.. that kind of thing. Eh, aku merepek eh? Sori.. start semula..

Oleh kerana teringin nak buat banner, kena le pulak aku belajar camana nak letak itu banner kan. Mek ni rabun IT. Takat tengok code orang pastu tiru, mek retilah.. tapi buat sendiri, mana nak ubah, haram tatau. Apa maksud syntax suma tu pun tatau. Mek paham-paham sendiri je. Kalau ada kat pembuka, harus ada kat penutup. Tu pun takat belajar tak khatam. So, mek telah mencuri view source code orang. Hiks! Sapalah agaknya tuan punya code yang mek curi tu kan. Alah, idak le curi apa.. curi tengok je. Tak curi copyright pun. Ok kan? And so hasilnya, sungguhlah menghappykan hati mek! Mek rasa nak lompat bintang, u ols!! Yippieee!!

Oleh kerana sudah ada banner, mek sudah sangat gembira melihat blog sendiri. Mek suka! Mek suka!! Tu yang gatal je mau update walaupun tatau apa nak tulis. Kalau mek ada kamera canggih, ada software canggih, harus asik update blog.. eh silap.. banner je kejenya. Orang tukar update, aku tukar banner! Kekekeke.. Ok gak kan? At least ada beza gitu!

Oleh kerana dah abih cite banner, mek berenti dululah ye! Baiiii... *lambai ratu*

Angah

8 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

angah cantekkkk banner tuuuu....jeles jeks.

Note: tu bukan gambo bunge kad wehding ko ke?

Anonymous said...

Ngah..simple tapi kreatif...redup mata memandang...

Anonymous said...

Angah,

Ko tunggu ada kamera canggih eks nak rajin updet? Aku neh camera tak canggih gaks, alaa Canon A410 jer kekekeekke.. rajin jerrr aku hapdet..(tp study progress..merangkak tu!kekekekeke) smlm gi blog malim kundang.. terasa laa amaturnya gambo2 yg aku letak kat blog aku tu kakakakaka..Kamera SLR tu yg camana eks?huhuuu.. tanya jer.. meks takde pitih nak beli deh.. Pitih tgh dok kumpul2 nak gi tpt ko wat degree dulu huhuuuu.. ntah jadi ke idak.. opss ter-buat satu entry lak kat sini..

bye.

-hazel-

Angah said...

yam,

timakasih! oh mek suka!! mek suka!! pandai kau meneka.. bijakk!!


wak,

seredup orang dia kan? hahahaha..


hazel,

oh kau species lain.. sama dgn twin kau tu! rajinnn je hapdet! kekeke.. kamera SLR tu, yg jenis 'manual'.. leh adjust macam2 to suit your need gitu. alah, yg macam professional guna tu lah.. bukan yg otomatik yg kita ada ni..
*jgn kasi aku jeles banyak2 pasal ko nak gi jln2, boleh tak?? oh mek sakit hati!! uwaaaaaaaaa..*

NANI SHAHABUDIN said...

ko pun mcm aku gak. suka tenung blog sendiri sejak bertukar skin ni kan...hehe.
aku rasa kan, kalau rasa2 mcm lemau sgt nak update blog, kena tukar banner ker, tukar skin ker...

Angah said...

ye anne.. gitulah gamaknya. tatau apa nak update, update banner!

Anonymous said...

angah,

aku nak tempah banner dari ko boleh?

aku nak bunganya bunga daisies.. bunga warna putih, ada background fink2 tapi not too much fink.. just a drop of fink gitu...

voleyyy aaa ekkk... aku pun nak banner yang glams gituk...

*yang tak tau malu, makcik.

Angah said...

makcik,

tuu diaaa order dah sampai!! voleyyyyy.. hahahahaha.. nanti aku usahakan.. guna paint, kan.. so idah le canggih mana kan.. nanti mek bosan, mek buat yach!

hiks!