Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Friday, 25 April 2008

Syurga isteri

Dulu, aku selalu envy position 'seorang isteri'. No, it has nothing to do with the fact that she can have sex secara halal and maksima. Tak sikit pun envy hal tu. Aku envy sebab aku penah baca somewhere.. satu hadis ke, ayat Quran ke, aku tak sure.. tapi aku rasa hadis kot.. that said something like kalau pompuan tu ikut suruhan Allah, taat perintah suaminya (and I can't remember what else), dia boleh masuk syurga dari mana-mana pintu syurga yang dia nak. Best tu, I thought. Senang je. Idak le pulak ayat tu kata pasal seorang anak taat kepada perintah ibubapanya. So, it seems like mudah lagi nak masuk syurga kalau pompuan tu seorang isteri. And, that's one of the main reasons kenapa aku nak kawen.

But, hell I was wrong. Aku rasa, taat kepada ibubapa is much easier than taat kepada suami. Much much easier. I guess because taat kepada ibubapa tu, comes naturally. They brought us up, took care of our needs be it jaga tengah malam, jaga time sakit and whatsoever and we listen to them as we grow up, hence it's just natural that we taat pada diorang. Tapi lain sungguh when it comes to suami. No, I don't mean that my suami is a bad person. Aku sayang laki aku tu. Tapi untuk taat kepada suami, that takes a lot more as it's not natural. Aku tak tau about others, tapi aku rasa it's something that I have to learn. A skill not acquired naturally.

Taat kepada suami ni, takes a lot of effort bagi aku. I know, when you love someone, you won't get tired of doing things with the person or for the person. In my case, aku tengah dalam fasa 'malas yang tak terbendung'. Malas gila. Malas to the power of infinity. Balik rumah, aku nak relaks je. Aku tak selera nak masak or buat apa pun. Dapur memang dah lama tak berasap le kan. Kalau orang sekarang takut beras punya supply tak cukup, aku punya beras dah naik lapuk kot dalam bekas tu. Entah-entah, dah penuh dengan ubuk-ubuk (eerrr.. betul ke tu nama binatang yang dok makan beras tu??) or whatever. That signifies betapa lamanya aku tak memasak. Bawang pun dah bertunas bagailah kat dalam fridge tu. I don't know why. Mungkin penat kerja pun ye gak, tapi that should not be an excuse, bagi aku. Kalau aku force diri aku, buang malas tu, masih ada lagi energy untuk buat tu suma. Air untuk laki aku pun aku malas buat. Instead, dia pulak buat untuk aku. Itu pun, bukan kena bancuh apa pun.. suma 3 in 1 punya peket je kat umah tu. Dasar sangat tak tahap kemalasan aku?? Maksima, siot!!

I used to have imaginations about things that I wanted to do for my hubby. Nak belai-belai hubby, nak buat je apa dia suruh, masakkan apa yang dia suka, buatkan air bila balik keje or anytime dia nak, kemas rumah betul-betul, gosokkan baju untuk dia.. Pendek kata, segalanya lah. Aku dok wonder nape ada bini yang kurang layan suami. Aku dok imagine, bukan ke best dapat hidup dengan orang yang kita sayang gitu. Tutup mata nampak dia, celik mata nampak dia. Tapinya, aiseh sangat! Dah kawen, aku lak jadik orang yang aku dok wonder tu! Chet!

Semalam, I told my hubby that I am sorry for not being seorang isteri yang sempurna. Though dia tak komplen apa pun, tapi aku sungguhlah rasa bersalah. Part-part aku tak masak, dia kata takpe.. sebab kitorang berdua. Lebih senang makan luar. Tu betul gak, tapi part buat air pun malas?? Haiyo!! Why oh whyyyyyy??!!!

Camanalah ni kan nak masuk syurga dari mana-mana pintu ni kan? Dulu, Emak selalu kata, kalau aku jahat-jahat.. Emak kata, nanti tak cium langsung bau syurga.. jangan kata nak masuk, bau syurga pun tak cium. Syurga tu, kan ke wangi.. dari jauh boleh bau dia. Tapi kalau tak cium langsung bau tu, tak ke jauh gila dari syurga? Tapi tu dengan Emak le kan. Ofkos, kalau dah Emak tu, secara lazimnya, mestilah maafkan anak, kan? Dah nama pun anak dia. Ni dengan laki? Anytime dia leh ada bini lain.. Uwaaaaaaaaaaaaaaa!! Siak sangat kan!

Entahlah. Tak tau berapa lama lagi malas tahap infinity ni nak berkisar di benak jiwa raga aku. Moga-moga cepatlah pergi jauh-jauh malas ini. Aku takut, kalau aku amik remeh relationship ni, lain lak jadinya. Aku sedar salah aku.. tapi oh God nape malas nak ubah.

Aku rasa macam nak kena makan some vitamins le. Tuuu diaaa mode salahkan tak cukup vitamin! Aku dah tua beno kot.. tu pasal le energy level kurang kot. Dah macam Utroman nak mampos dah. Lampu dah blink-blink. Haiyo!

Angah

Tuesday, 22 April 2008

Cik Embun melawat Cik Siti Wan Kembang

Esok, sesubuh alam, rombongan Cik Embun akan menuju ke LCCT. Cik Embun? Sebab aku sian dengan Cik Kiah. Asik diaaaa je yang dibawak dengan rombongan. Kali ni, aku bawak Cik Embun lak.

Flight kul 7.30 pagi. Need to be there at least 1 hour before departure kan.. so we plan to be there at 6 am. Aku malas nak buat aksi Amazing Race pagi-pagi buta, dengan rombongan tu untuk check in kalau sampai ngam-ngam lagi 1 hour before departure. To be there at 6 am, kena kuar rumah at about 5 am. Kitorang akan bertolak dari rumah parents aku kat Senawang tu. And untuk kuar rumah at about 5 am, kenalah bangun kul 4 pagi! Uwaaaaaaaaaaa!! Ayam jantan pun lum berapa nak berkokok gitu. Kalah orang nak gi noreh tau! Tapi takpe.. demi KB, aku gagahi jua.

Aku tak berapa risaukan aku ni and the adults yang lain.. tapi risaukan si Adam dengan Alia tu. Boleh ke diorang tu bangun pagi-pagi tu.. Adam tu boleh tahan lagi. Si Alia tu, dia payah nak tido. Selalunya, orang dah tido, dia masih lagi berlegar-legar dalam rumah sorang-sorang dalam gelap tu. Bukan takut gelap pun. Ini malam, nak kena paksa dia tido awal. Tu ala-ala peperangan gak tu. We'll see lah ye.

Kalau suma berjalan lancar, inshaAllah we'll arrive negeri Cik Siti Wan Kembang tu kul 8.30 pagi lebih kurang. Aku dah berjaya mendapatkan MPV setelah puas mencari ke sana ke mari, thanks to kawan sorang kat Ganu tu! Huhuhuhu... Timakasih yach! Lenkali leh mintak tolong kat kau lagi! Hik! Bukan senang nak dapatkan MPV kau! Aku mulanya nak sewa van sebab adults ada 6 orang and kids ada 3.. Adam, Alia and anak Usu, baby. Aku tanak le dah sampai KB baru nak carik kat airport tu. Aku tau leh dapat kete. Tapi nak dapatkan van, ada probability takde van kat airport tu kalau tak book awal-awal.

So, puaslah aku tanya kekawan.. cek kat internet.. cek dengan travel agent yang company aku biasa deal with.. tapi suma either takde branch kat KB, or takde van, or mahal. Nak givap gak aku. Last sekali (sebab ni memang last.. kalau tak dapat kat dia, aku redho je le sewa dua kete kat sana nanti), kawan kat Ganu tu dapat tolong. Rate pun amatlah patut. Aku dapat dengan harga RM180 untuk separuh hari sewa. Ok lah tu kan.. Mula-mula dia nak bagi RM270. Aku nak pengsan dah dengar. Pastu, nasib baik aku ni geliga, aku bagitau yang kitorang nak guna sampai kul 4 je. Flight balik on the same day, kul 5.30 petang gitu. So dia pun kasi le RM190. Aku tawar lagi. Mintak RM170. Dia kata tak leh dapat.. tapi leh bagi RM180. Huhuhuhu!! Happy ahkak! Kalau nak sewa dua kete pun, ala-ala harga gitu gak nanti. So RM180 is not all that bad.

Cadangannya, mula-mula nak ke Rantau Panjang. Tatau apa nak borong. List barang pun takde. Laki aku saspen je sebab dia tak leh imagine berapa aku nak spend kat sana. Aku pun tak letak cap untuk spending limit, boleh?? Kekekekekeke.. Well, idok le spend all I want kan. From Rantau Panjang, we'll be going to Pasar Siti Khadijah. Tu je le benonya destinasi yang aku nak pegi.

Anyway, we'll see how it goes esok. Hopefully suma berjalan lancar.

Angah

Monday, 21 April 2008

Gegar Otak 2008

Pada hari Jumaat yang lepas telah berlangsung satu sesi kecil mesyuarat kabinet Reban Ayam di sebuah kedai nasi ayam, di dalam pusat membeli belah di Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya (tuuu diaaa.. lokasi sesuwei sangat!). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PM Delinn dan diminitkan oleh Setiausaha Kerja yang juga Menteri Pelajaran, Ima. Ahli mesyuarat lain yang hadir ialah Menteri Luar merangkap KM Melaka merangkap portfolio apantah lagi, Angah, suaminya yang merupakan Suami Menteri (dia takde jawatan kabinet.. dia cuma nak jadik 'Datin' tapi tak leh.. so jadilah Suami Menteri), Isteri Menteri Alam Sekitar, Datin Seri Arc (Huh?? Dia sorang je Datin Seri???), dan Alangz serta isteri. Eerrr.. Alangz takde portfolio kah??? Mesyuarat juga dihadiri oleh Menteri Perumahan, Yam, sebagai pemerhati bebas. Dia cuma pemerhati sebab dia takkan terlibat dengan agenda yang dibincangkan sebab dia akan sibuk bekerja pada hari langsungnya acara itu.

Mesyuarat bermula dengan acara makan-makan. Standard Operating Procedure lah tu kan.. Makan perlu sebelum mesyuarat bermula. Selepas kenyang, baru mula.

Agenda utama mesyuarat itu ialah mengenai acara Gegar Otak yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini. Ahli kabinet yang hadir, dengan persetujuan PM, telah memvetokan bahawa Gegar Otak akan berlangsung pada 21-22 Jun ini. Kepada yang berminat untuk hadir, silalah tandakan di kalendar anda sekarang. Tak kiralah samada kalendar itu dalam bentuk kalendar lipat di atas meja anda, atau kalendar kecik yang boleh masuk wallet ihsan pemberian orang buta selepas anda menderma, atau kalendar dalam henfon anda tak kira canggih atau tidak, atau kalendar dalam BlackBerry anda *jeling orang tu yang asikkkkkk je dengan BlackBerry dia*, atau kalendar lumba kuda yang tergantung di dinding rumah anda.. Tak kisahlah. Janji kalendar. Tandakan yach! Diulangi.. 21-22 Jun 2008. Jangan silap date, macam orang tu yang selalu silap date.

Lokasi yang telah dipersetujui juga adalah di Pantai Balok, Kuantan. Kalau ikut highway tu, exit kat Gambang. Jangan terlajak ke Kuantan lak. Sesia je nak kena patah balik ke Gambang. Tol pun kena extra lak nanti.

Acara yang dianjurkan adalah acara perkhemahan. Jangan lak dok expect hotel canggih le ye. Cukup dah pengalaman dulu dengan hotel puaka.. takmo lagi dah deal dengan hotel-hotel dalam masa yang terdekat ni. Hiks! Tapi, kalau sesapa nak dok kat chalet, boleh. Ada chalet berhampiran dengan tempat perkhemahan tu.

Perancangannya, pada hari Sabtu 21 Jun itu, kita akan berkonvoi, bermula dari Plaza Tol Gombak pada pukul 9 pagi. Jangan lambat ye hadek-hadek, kahkak-kahkak, ahbang-ahbang.. Sapa lambat, tinggal. Dari Plaza Tol Gombak, kita akan berhenti seketika kat R&R yang akan ditetapkan kemudian, untuk membuang apa-apa yang patut dari takungan yang tak muat tu. R&R itu juga akan menjadik ala-ala checkpoint kita, di mana sesapa yang terlambat maka tertinggal tu, boleh catch up dengan konvoi yang on-time tu.

Kita target perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam setengah. Almost noon, kita akan sampai destinasi. Tapi sebelum kita memacakkan khemah, kita akan berhenti makan tengahari. Tempat makan masih belum dikenalpasti, tapi akan diberitahu kemudian. Makan tengahari itu adalah di bawah pembiayaan anda sendiri.

Selepas makan, barulah acara memacakkan khemah bermula. Khemah mungkin boleh disewa di situ. Tapi, kepada sesiapa yang ada khemah, digalakkan membawa khemah sendiri. Di samping itu, anda juga digalakkan membawa peralatan dan keperluan perkhemahan, seperti ubat nyamuk, lampu etc. Jangan esok kat sana, nak terhegeh-hegeh mintak orang punya ye. Tu baru nak kena sekeh ye.

Pada sebelah petangnya, kita akan mengadakan Sukan Rakyat seperti galah panjang, selipar cop (eerrr... aku panggil bola cop bila main dengan bola, tapi kalau main dengan selipar, aku tatau panggil apa..), tengteng (tatau sapa yang boleh bertengteng lagi ni) dan lain-lain lagi. Ada hadiah menanti pemenangnya.

Pada sebelah malamnya pula, akan diadakan acara bbq. Menu pada malam itu lebih merupakan bbq dan nasi goreng, atau seumpamanya. Makanan pada malam ini telah termasuk di dalam bajet kita. Oleh kerana bbq memerlukan pembakaran dibuat di situ, adalah diharapkan semuanya bekerjasama. Tak tolong kalu, takde makanan.

Kami juga bercadang untuk mengadakan unggun api pada malam itu. Ala-ala nak cerita hantu di keliling unggun api itu (tuuu diaaaaaaaaaaaa.. cita-cita!). So bantuan diperlukan untuk mengadakan bahan untuk menjadikan unggun api.. bukan takat api untuk menyalakan rokok sahaja yach!

Pagi esoknya, sarapan pagi yang dicadangkan ialah nasi lemak. Ini juga telah dimasukkan di dalam bajet kita. Jadi tak payah risau nak masak nasi lemak pagi buta tu. Celik mata, gosok taik mata, zasss makan.

Acara pada hari tu lebih merupakan acara bebas. Masing-masing boleh membawa diri masing-masing lepas breakfast pun, kalau mau. Tapi kena kemas apa-apa yang patut lah kan.

So? Amacam? Mau join ka? Katanya, bajet dalam RM 70 sorang. PM dengan Datin Seri tu kena umumkan bajet tu cukup ke tak. Bajet tu nanti, termasuklah baju t-shirt sempena Gegar Otak, hadiah untuk Sukan Rakyat, bayaran untuk penggunaan toilet selama 2 hari 1 malam, makan malam bbq dan breakfast. Kos yang lain, atas diri sendiri. Tapi, kalau esok-esok lepas PM dan Datin Seri tu buat bajet, tengok macam banyak extra, kita boleh either kurangkan bajet tu, atau kita gunakan duit tu untuk beli makanan yang lain. Itu akan diconfirmkan kemudian.

Kepada yang interested, bagilah nama pada Ima ye! Bayaran perlu dibuat sebelum abih bulan April 2008. Sebarang permohonan untuk pembayaran lewat tidak akan dilayan... (tuuu diaaaa diktator!!).

Okie dokie. Rasanya tu je kot. Cukup detail dah tu pasal Gegar Otak ni kan?? Oh tercicir.. peserta dikehendaki membawa 3 botol X 1.5 liter air minum. Bukan apa, kang kat sana kang, payah nak tunggu air masak.. pastu air dah masak, nak tunggu sejuk satu hal lagi. Dah sure-sure punya, kalau berendam tu, kehausan kebuluran akan melanda kan.. So tu yang kena masing-masing bawak air tu. Sapa tak bawak, silalah minum air laut tu ye.. tak pun, sulingkan lah sendiri air laut tu.. tu pun kot ada radas penyulingan.. kalau takde, teguk jelah air liur! Hik! Lagi satu, jangan lak nanti sampai pantai, dah tinggal botol kosong je pulak sebab dah kena teguk sepanjang perjalanan ye. Tu saje je le tu namanya..

Orait. Till then.

Angah

Thursday, 17 April 2008

Karut

"Babe, ada bulu mata kiri jatuh lah.. ada orang benci you", I told him last night as we were cuddling on the sofa. I picked up the bulu mata, and put in on his head. An act that I learned when I was a little kid. God knows why we had to do that. I had forgotten the reason. Someone must have told me about it and I just continue doing it till this day. Of course, with an exception if that person is wearing tudung. Since there's no alternative to putting the fallen bulu mata on the head, I normally just put it away.

"Kalau bulu mata kanan lak?", he asked. "Kalau bulu mata kanan, maknanya ada orang rindu..". Right. Sapalah yang came out with that explanation, kan. Bijak sangat. Tukang tilik kot.

And kalau kelopak mata tetiba rasa macam berkedip-kedip tu, maknanya nak nangis. Ada orang nak mati or something lah.

When we were young and naive, we tend to believe a lot of things. Ada banyak benda yang kita percaya buta-buta je. Macam.. kalau kepala terhantuk, kena hantukkan balik. Boleh?? Pastu kalau someone ketuk kepala kita or kena ketuk for some reason, kena lak pukul-pukul dagu dengan the back of the hand.. macam nak tolak kasi kepala tu naik semula? Dah turun sikit ka masa kena ketuk tu? Haiyo!! Hahahahahaha!!

Aku dah lupa dah kisah pasal ketuk/hantuk kepala ni, until laki aku tu ingatkan semula. Laki aku tu selalu karut gitu kan.. suka cite benda-benda karut gini.

I don't know apa cite karut yang budak-budak sekolah sekarang cite kan sesama diorang. Tapi aku rasa, mesti ada punyalah tukang karut, and tukang percaya.

Tu baru budak-budak punya karut.. orang tua punya karut nak kasi takut budak-budak, lagi banyak, I tell you.

Masa zaman aku lum sekolah lagi rasanya, aku suka ratah ikan. Macam kucing. Sekali, agaknya Emak tak tau camana tanak kasi aku ratah ikan lagi, dia kata kat aku, kalau makan ikan banyak-banyak, nanti kena cacing! Sabo je le. Takut siot makan ikan banyak-banyak!! Hahahahaha! Zaman tu, geli wo cacing kuar dari perut.

Pastu, kalau makan buah, bila time malas nak buang biji, aku main telan je. Yelah, idak le aku telan biji mangga.. tapi macam biji manggis tu yang payah nak buang kan. Aku kena tipu, dikatanya yang nanti pokok tumbuh dalam perut. Ngeri siot imagine pokok kuar kot mulut! Horror tu! Hahahahahaha..

Takat makanan jangan membazir, nanti makanan nangis tu, aku tak heran.. sebab aku selalu makan abih. Takde yang ngeri pasal tu.

Pastu, time aku dah tua, ex-boifren aku lak percaya that kalau bagi gefren perfume, nanti relationship tak last long. Kata dia, nenek dia bagitau. Aku give up masa sebab aku nak sangat dia belanja aku perfume. So untuk mensatisfykan kehendak aku, dia kasi aku duit, and soh aku 'beli apa aku nak' dengan duit tu. Boleh? Karut tau. Pastu bila kitorang break, dia blame it on the perfume. Sabo je le. Tapi, sikit sebanyak, aku terasa gak bahang karut nenek dia ni. Bila aku ada boifren lain, and boifren tu bagi aku perfume, aku teringat je kata nenek ex aku tu. Ofkos aku tau jodoh tu Allah yang tentukan, kan. Tapi, nak buat camana.. it's at the back of my mind. Syetan sangat. And that relationship didn't last gak. Salah perfume?

Bila aku jumpa laki aku ni, ada gak sekali laki aku kasi perfume masa sebelum kawen. Kalau korang ingat cite itu Annick Goutal le kan. Time tu pun aku dok teringat gak cite nenek tu. Tapi aku buat bodoh je le. Tak baik kan caya benda-benda karut ni. Dosa. And alhamdulillah, dah jodoh kan, kitorang kawen gak. Sahih le itu nenek, salah. Dia takmo gefren cucu dia wangi kot, then orang lain kebas.. Dah kawen, lain.. dah kawen, boleh bagi perfume. Ooooo.. dah tu, time tunang ke kawen ke orang kasi hantaran perfume? Tu boleh? Tu exception to the rule?

Ok, aku dah lupa yang lain. Tu jelah aku nak tulis.

Angah

Wednesday, 16 April 2008

Audit

Oh donia! Lihatlah doniaaaa!!! Aku dah abih ISO Audit for this year!!! Yippieeee!! Yaaahoooo!! Rasa macam mau lompat bintang je tau. Tak leh tahan nak tersengih-sengih je. Tuhan je tau apa aku rasa.. eh tak, Arc pun pandai define kan apa aku rasa.. rasa macam dapat berak lawas gitu! Hahahahahaha! Sungguh keji definition itu, tapi itulah realitinya.

Not only kitorang dah abih audit, but also tanpa NCR.. takde non-conformance, you!! Sama macam tahun lepas gak. Tahun sebelum tu, aku tak sure. Rasa macam dah abih exam, dapat results yang sungguh flying colours gitu tau! Syukur alhamdulillah. Tak sesia effort aku gitu mengejar manusia-manusia yang lain dalam ofis ni, untuk mensubmitkan apa-apa yang patut.

This cycle dah abih, tunggu lak next year. Penat dek non bila ada ISO ni. Lelah aku tiap tahun, mengkala bulan-bulan mencapai ke April. Sorang colleague aku yang baru join the company last year, terkejut dengar yang next year akan ada audit lagi. Dia tak tau yang aku dah buat benda ni since 2004 lagi. Year in year out, fabricate documents, faking info, hiding apa-apa yang patut, shred apa-apa yang tak patut, etc. Dia tu cuma process owner je.. tu pun nak saspen. Kacang je tu bagi aku.

Kalau boleh, aku sungguh le teringin nak handover keje QMR ni kat sesapa. Tapi malangnya, aku macam tak berapa nak rasa yang ada orang lain nak take over this job, or ada capability of doing it. Bukan nak belagak, tapi itulah hakikatnya. Suma orang lain tak amik port sangat pun pasal ISO ni. Taunya, nak lepaskan audit je.

Ok, enough ramblings on audit.

Dah abih audit, dunia aku cerah. Langit yang asik ujan pun, cerah gitu. Baru leh fikir pasal mengular ke, projek lain ke, jalan-jalan ke.. kekekeke.. kalau tak, tak mampu aku nak buat tu suma. And so, next Wednesday, aku akan ke Kota Bharu bersama-sama family aku. Aku, hubby, Emak, Abah, Usu, laki Usu, anak Usu, Adam and Alia. Tuuu dia! Rombongan Cik Kiah ke Kota Bharu.

Aku cadang nak sewa van je kat Kota Bharu, so that leh muat suma sekali. Tak yah nak guna dua kete or dua teksi. So, aku amatlah berharap kiranya ada sesapa yang ada contact untuk sewa van kat sana, tolonglah kasi tau sama aku, ye?

Ok, dah tatau apa lagi mau tulis. Later sambung lagi kalau ada idea.

Angah

Tuesday, 15 April 2008

Melentur buluh

Tengok Emak ajar Adam mengaji, membuatkan aku impressed gitu. Impressed dengan betapa mudahnya Adam, who will turn 6 this Friday, absorbed apa yang diajar.

Adam diajar untuk kenal huruf jawi. So dia kenal lah huruf tu suma. Tapi, dia tak reti mengeja jawi. Takde sapa ajar dia mengeja. And sekarang, Emak ajar dia mengaji. Bukak muqaddam, and mengaji. Emak baca sambil tunjuk ayat yang Emak baca, pastu Adam ikut. As of now, banyak dah surah lazim yang Adam dah hafal.

On top of surah lazim, ayat bacaan solat pun dia dah belajar sikit-sikit. Abah dan Emak yang ajar. Ada gak yang dia belajar kat sekolah tadika dia, tapi bacaan dia tak berapa betul. Alah, belajar kat sekolah tu.. takat ikut-ikut apa orang baca.. so tidaklah perfect sebutan dia. Abah dengan Emak lah tukang 'touch-up' kan sebutan dia tu. Doa pun dah banyak yang dia dah hafal.

Those things lah yang buat aku impressed. Aku impressed dengan keajaiban ciptaan Allah ni. Budak 6 tahun tu, boleh absorb macam-macam rupanya. Macam sponge gitu. Apa yang diajar, sama main pun, dia leh tangkap. Tapi, nak kena ulang banyak kalilah supaya dia lancar. Tu biasalah tu.

Dulu aku dok imagine, dok fikir, camanalah nak ajar budak-budak ni mengaji, sembahyang etc. Banyak gila tu nak belajar, nak dihafal. Aku dok wonder camana Abah Emak ajar aku dulu. Yang aku pasti, by the time aku Darjah 1, doa qunut pun aku dah hafal sampai ustaz tempat aku mengaji dulu impressed. Aku tak tau nape dia nak impressed sebab aku dok ingat, orang lain pun sure macam aku punya.. sure dah tau tu suma. Rupanya tidak. Rupanya tak suma orang dah belajar apa yang parents aku dah ajar, when I was that age. But then, aku ni exceptional sikitlah kan.. otak aku cepat sikit as compare to adik beradik aku. So mungkin gak tu salah satu sebabnya aku cepat tangkap. Tapi tu dululah. Now ni, hampeh. Dah karatz gila!

Bila aku tengok si Adam tu boleh menghafal macam-macam, rasa macam dah rugi banyak dah tak train dia dari setahun or dua tahun lepas. Kot train lagi awal, mungkin by now dah leh buat Fizik kot.. kekekekeke.. ok, over dah tu yach!

Tapi, Adam ni, sejak dua menjak dok dengan parents aku, rajin nau tengok kartun. Dulu, masa family dia dok dengan aku, kartun tu diorang tak tengok sangat.. sebab aku tak subscribe kartun kat Astro. Memang saje aku tak nak, sebab nanti asik dia dengan Alia je conquer tv tu. Tapi kat rumah parents aku, ada subscribe channel kartun ni. Dulu, time aku kecik-kecik, kartun ada time. Tv pun mula kul 3 petang or 5 petang, kalau tak silap aku. Pastu, ada kartun sikit, and that was it. Tak banyak pun rancangan untuk kanak-kanak. Now ni, kat Astro, ada berapa ntah channel kartun semata. Dari celik mata sampai tutup mata leh tengok kartun.

So, bila dah kartun sentiasa ada, bila nak soh dia belajar ke, mengaji ke, sembahyang ke, alasan dia memanjang je, 'nanti lepas abis kartun'.. which takkan abih le kan. Sampai nak kena ugut baru dia nak gerak. Kalau tak, dok je le dia kat situ. Kalau aku ada, aku rajin gak gaduh dengan dia sebab aku nak tengok tv. Kena bahagi waktu.. time ni Adam punya, time ni Auntie punya. Tapi, Auntie dia ni diktator lah kan.. Nak tak nak, kena gak ikut time Auntie. Kalau tak, Auntie tutup tv. Hik!

But then, aku tak sampai hati nak kata kat dia tok leh tengok certain show tu, especially bila itu show favourite dia macam Tom and Jerry, Ben Ten, Mr. Bean etc. Sedih je aku tengok. Rasa macam nak give in je kat dia punya demand. Tapi, kalau aku give in, takut lak jadik macam kes Anakku Ghazali.. eh silap.. Sazali.. Ghazali tu nama orang lain! Hik! Payah kalau dah jadik Sazali kan.

Tu baru anak buah.. lum anak sendiri tu. Tatau lah aku nanti, kalau ada anak sendiri, camana rasa nak didik anak tu nanti.

Angah

Friday, 11 April 2008

Dedicated to a long lost friend

We were in the same class in PPP, for English Intensive Course. He was a thin guy, with thinning hair and light brown eyes which he loved to brag about. He is taller than me by 1 cm, but being a guy, he appeared shorter than me. To him, that 1 cm meant a lot.

In essay class, he loved to use words that are rarely used. Words that he found in dictionaries when he read it. He would do his best to fit the words in his essays though at times the lecturer would tell him that the words were not suitable. Once, he was looking for a word to describe the Sultan Abdul Samad building. The whole class was asked to think of the word. We failed. He later remembered the word and told us that the word he was looking for was 'Moorish'. As in 'Moorish architecture'. Dang. Never in my life had I heard the word.

Somehow, we got close. He then became one of the best friend that I have had in my life. Ever. The one and a half years in PPP was great because of him. He was there for me through thick and thin. Cliche as it may be, but it was true.

We would spent hours for dinner at the Section 2 stall. We'd be eating, talking and he would be puffing away his Dunhill like a chimney. I'd go back to my room later, smelling Dunhill. We would sit near the drain, by the hostels after dinner until the time came for us to get back to the hostels. Some times, until much later, when the guard had to ask us to leave. At times, we'd be together. At times, we'd be accompanied by other friends. And at times, he'd had his guitar with him and we'd sing along together.

Like good friend, there were times when we argued. I couldn't think of anything that we've argued before, but I remembered that each time we argued and had a fight, we would be giving each other a silent treatment. It's something that we mastered too well. We could walk passed each other, and pretended like the others didn't exist. It would go on for days and I'd be very miserable during those days. Normally, in the end I'd gave up and reconciled. Of course, he'd love it. His ego remained intact.

Those days, I've never spent my time lepaking in the city, at night. He knew about it, and we planned to spend Merdeka night in KL. We joined the crowd cheering 'Merdeka' at the struck of 12 midnight in Dataran Merdeka but somehow, there was not much of a celebration and the crowd dispersed not long after. I guess I was mistaken between Merdeka celebration and New Year's celebration. I might have thought that there'd be huge celebration for Merdeka. I was wrong.

Mamaks and 24 hour eating outlets were not famous yet at that time. Very few shops open until late. We couldn't just hang around anywhere and lepak by the roadside. DBKL or someone would surely chase us away. There's no way that we could go back to the hostel as the gate would have been closed by then, and we were supposedly be in the hostel. Going back to my parents place would be hell as well. Having not much choice, we sat at one of those shops after roaming around the streets of KL that night, waiting for the sun to show itself.

It was a relief seeing the morning sun. We then decided to watch a morning movie. Sure, we bought the tickets and went in. But, I dozed inside and couldn't even remember what we watched. Later back in PPP, we planned to meet that night and challanged each other, to see who'd be able to wake up after the long hours. Little did I know that I was so damn tired. I slept for 15 hours that night, only to wake up the day after. He claimed that he was up for dinner that night, and asked someone to call me. But then, I was sound asleep and didn't know what was happening around me. Well, that was his claim. I've never verified the claim.

In the morning of my birthday in 1991, I woke up to see a white bedspread, painted with red paint written 'Happy Birthday' on it, hung up on the next hostel's block wall. It was so sweet. Later, we went out to KL and I was asked to choose my birthday present. For some reason, I chose a dolphin softoy. To this date, that's the only softoy that remains with me, in my bed, when others had been given away.

Something happened in late 1991, and we parted our ways. I have never really lost contact with him, but we just didn't contact each other. I thought of him a lot of times, but never came close to even giving him a call. Until this morning.

I called him, and we met up for lunch. The great thing is, we spoke like it was just yesterday we saw each other although we haven't met for more than 9 years. I last saw him at his wedding but I didn't get the chance to talk to him. And now, he already has 2 kids. Time flies, people change, things change. But sometimes, it's good to have something remain the same.

Great to see you again, buddy!!

Angah

Monday, 7 April 2008

Sepagi yang hangat

Morning-morning lagi, I dah hot, you! Dah le Monday morning yang dah pasti ada extra bluesnya.. tambah lak hal ni.. lagilah menanah je di dalam.

Mana I tak hot.. cuba you dengar ni.. Pagi tadi, laki I tu kata dia nak kena amik kawan dia. Kawan dia nak tumpang sebab kete dia rosak ke hape ke. Takpelah. I tak kisah. Nak tumpang, tumpanglah. Yang penting, I tak lambat pegi keje, kan.

Masa laki I bagitau I tu, dah kul 7 pagi. Dia dah siap gitu. I baru nak siap. Selalunya, kitorang gerak kuar rumah 7.30 pagi. Dia kata, janji dengan kawan dia kul 7.15 pagi. I bajet-bajet, mesti sempat amik I, KALAU kawan dia tak lembs lah. From my experience, kalau kitorang jemput kawan dia ni, mesti kitorang tunggu kawan dia punyalah. Dah bagitau nak sampai, tapi dia tak tunggu lagi. Took his own sweet time, tatau buat apa. Takpe lah.. tu hari lain. Hari ni, I ingat okay je kot. Before that, I dah pesan kat laki I.. tok leh lambat. I ada meeting kul 9. I have to chair the meeting. Nak kena lah prepare sikit-sikit before the meeting.

I pun siap-siaplah lepas laki I kuar. At about 7.15, dah siap dah. I ni memang express part-part nak bersiap ke keje ni. Laki I sms almost 7.30 bagitau dia dah on the way nak pikap I and soh tunggu kat luar. Okkk.. takpe. At times, kitorang kuar rumah kul 7.40 pun, sempat gak sampai ofis before 8.30. So I pun siap tutup rumah and tunggu kat luar.

Tunggu punya tunggu dalam keresahan sebab laki tak sampai-sampai lagi, aleh-aleh 7.45 laki I call kata dia stuck dalam jem! Uwaaaaaaaaaa!!! Berasap di dalam ni tau! I dah tunggu kat luar rumah ni. I remind dia lagi pasal ada meeting. Tapi nak buat apa kan.. dah dia stuck dalam jem.

At about 8.20, laki I sms soh I tunggu kat luar. I reply kata dah 45 minit dah tunggu kat luar. And not long after that dia sampai. Muka I, udah rupa ketupat basi dah you. Tak leh nak senyum kan. Hati udah berbuku kan. Nak marah, tapi tatau nak marah camana or kat sapa.

Nak marah kat laki, pasal dia agree nak tumpangkan kawan dia pun tak boleh gak sebab kawan nak tumpang kan.. Lagipun, timing macam okay je kan.

Nak marah kat kawan dia, ada logik gak sebab dia selalu lambat. Tapi tatau pagi tadi dia lambat ke tak kan. Tak leh marah buta-buta.

Nak marah kat jem, nanti jem kata dah memang tiap pagi jem camtu. I tak taulah kan jem camtu tiap pagi ke, sebab I tak lalu jalan tu tiap pagi. Tapi, biasalah kalau jalan kat KL ni, 5 minutes will make a different kalau time rush hour tu kan.. takkan salah jem lak.. dah pasti dia muncul tiap pagi kan.

So? Nak marah sapa ni? Cool je toksah marah?? Tok leh you! I panas you! Hangat hati di dalam. Tak diluahkan, nanti meletup kat dalam you. Mengelegak je.

I masuk kete, kawan laki I cuba untuk buat small talk ke hape ke tatau.. Dia kata dengan nada yang ala-ala dengar tak dengar, "...ada meeting eh..". Pastu, dia tambah, "..extraordinary jem tadi". Laki I tak kata apa-apa lah kan. Dah tau bini ala-ala belon yang dah merekah tak hingat punya kan. Kot cocok kang, meletup, sapa nak jawab kan.

I tak taulah itu extraordinary jem ke tak kan.. Si kawan ni bukan jenis kuar rumah awal tiap hari nak tau jem tu biasa ke tak. So camana I nak caya yang dia kata itu extraordinary jem kan.

Sudahnya dalam kete pagi tadi, ada 3 manusia yang tidak berkata-kata. Radio pun tak on. Ada gak kawan laki I tu cuba buat small talk, tapi dia cakap dengan diri dia jelah.

I sampai ofis, almost 9 am. Hati hangat, sampai lupa rutin pagi.. salam cium tangan laki before kuar kete. I salam, you.. tapi I lupa nak kena cium tangan. I salam pastu I blank lupa apa kena buat lepas salam. I pandang muka dia pastu dia suakan tangan kat I. Oooo.. cium tangan! Forgot! Tulah kan.. hangat hati punya pasal.

And sampai sekarang, I tak conclude lagi I nak marah sapa ni.. Tapi tetap nak marah! Sapa, you??

Haiyo!

Angah

Thursday, 3 April 2008

Sepetang yang basah

We had decided the day before that we would be going to PS Mall yesterday to look for the latest collection of designers handbags. Rain or shine. Alas, we forgot that we are living in a tropical country. There's thunderstorm to consider as well. We could brave rain or shine, but when it comes to thunderstorm, we have to surrender. No matter how much meruap-ruap the desire inside to go shopping in PS Mall, we had to contain the desire. Gila kau hujan dari kiri kanan atas bawah. Kosser you!

Since PS Mall was out of question, we had to come out with another plan. Going home straight away from work was a definite no. But at the same time we were not brave enough to swim in the traffic jam that would be caused by the torrential rain, should we choose to go shopping somewhere in the city. Hence, we decided that it's best if we were to just take the route home, and stop at any shopping place convenience and not out of the way.

The decision took us to Giant Supermarket. Hampeh! Well.. nak buek camno kan.. itu yo tompek takdo jem do. We took a basket, and started to walk from alley to alley, with no shopping list. Dasar. No alley missed our attention.

From an empty basket, we started to fill it up with things that we can live without. 2 pieces of toothbrush (ok, they were needed), 3 packets of biscuits, 2 bars of chocolate, 1 pack of chicken burger, 1 packet of fishballs and 1 loaf of bread. Kerugian was more than RM40. Huh! Kalau balik terus je, harus leh simpan duit tu untuk ke Bandung nanti.. Huhuhuhuhuuuu.. Blame it on the rain!!

As I am writing this, the sky looks dark. Another torrential rain is coming to town. God bless.

Angah

Wednesday, 2 April 2008

Rock kapak

Kadang-kadang, something tak relevan dengan situasi semasa, akan datang kat otak kita, kan.. And that's what happened semalam dalam kete masa nak pulang ke rumah dengan laki aku. Tengah layan radio dalam kete tu, aku ternyanyi lagu 'Samarkand', lagu kumpulan Bloodshed and laki aku terperasan. Later, we had a small chat sikit pasal lagu tu and kumpulan tu. Aku tatau le korang tau dak kumpulan tu kan. Dengar nama, ganas bukan main. Tu time rock kapak punya era tu. Kalau korang tak idup lagi zaman tu, or masih tak reti lap hingus lagi, makanya memang aku ni otai le.. huhuhuhuu...

Lepas borak sikit dengan laki aku, aku terimbau kenangan silam, zaman rock kapak. The revolution of rock kapak ni jadik masa aku kat MRSM. Suma masa tu gila nak jadik rockers. Cool gila ah kot masa tu. Penyanyi rock jadik sanjungan gitu. Bukan main banyak kumpulan rock muncul dengan macam-macam nama. Ada yang ganas bunyinya, ada yang jiwang, ada yang tatau nak kata kategori apa.. Nama macam.. Junction? Medicine? Blackrose? Bloodshed? Hahahahahahaha!! Gila kau! Tak leh aku pikir apa sumber inspirasi diorang time nak boh nama group ni tau.

Tak kisah le apa nama diorang, tapi fesyen diorang memang jadi ikutan time tu. Dengan rambut mengerbang tak hingat... lagi mengerbang, lagi rock.. rambut lurus memang tak sesuai untuk jadik rockers gitu. Dengan suar ketat sampai menampakkan bentuk anunya plus koyak rabak, dengan baju gambar apa ntah, dengan muka konon ganas, dengan gaya jalan ala-ala unta padang pasir... hahahahahaha! Haiyo! What a fashion le kan! Tapi sebab zaman tu zaman rock kapak, suma tu cool abih lah. Tangkap leleh beb!!! Hahahahaha..

Kalau kat tv tu, harus rockers je le conquer. Tu pasal time tu, kalau Muzik-Muzik kat TV3 tu, asik rockers je dok dalam carta, until diorang tukar format and bahagikan kategori. Baru le kurang rockers dok dalam Muzik-Muzik tu.

Masa aku kat MRSM dulu, though budak-budak lelaki tokleh ada rambut mengerbang, tokleh pakai suar jeans, tokleh pakai baju gambo ganas-ganas, tapi suar ketat tetap ada. Suar sekolah tu, ditrimkan gitu jadik halus gila kaki.. hahahahahaha.. Ugly tau!! Tu yang budak-budak sekarang dah mula semula fesyen tu dah aku nampak. Pastu, kasut high cut tu, cool gak. Gilo. Rambut, keras pakai tancho. Busuk!

Aku, haruslah geng-geng rockers gak kan. Idak le ganas, tapi still rock. Rock apa, tatau. Rock ikut-ikutan kot. Peer pressure gitu. Pengaruh rakan sebaya. Time budak pompuan ni ramai gila penyanyi rock, aku pun nak gak. Siap cop gitu nak suka sapa, pastu orang lain tak leh suka. Bodoh tau! Hahahahaha! Macam dapat, kan!

Ada satu masa tu, kisah benar ni.. ada a few seniors aku yang gila dengan kumpulan Metalian. Ye korang, ada kumpulan tu. Most of them were good looking. Or at that time, baru muncul word 'cun'. Word tu dulu, Mama Juwie ke sapa ke wartawan hiburan mula guna dalam URTV or majalah apantah.. hahahahaha.. tak sangka lak long live gitu word 'cun'. Ha, kumpulan Metalian ni, hailed from Kajang. Idak le famous mana pun group ni, tapi sebab cun, menjadi le kegilaan seniors aku. Aku pun terlibat sama jadinya sebab aku rapat dengan one of the seniors.

Nak dijadikan kisah, aku tak sure camana, tapi diorang leh dapat nombor talipon kumpulan ni. Masing-masing ada nombor talipon orang yang diorang admire ni. So, jadik kegilaan lak dok menelipon Metalian. Time tu, henfon tarak, kan. Yang ada, cuma 4 public phones kat dalam school compound. Time nak guna pun, limited. Tok leh guna as you wish. Salah tu. Phone lak, jenis coin. Takde lagi yang guna kad. Makanya, keje diorang ni, kumpul duit syiling banyak-banyak.. Pegi tukar duit dengan sapa-sapa je yang ada syiling sebab nak call Metalian. Haiyo, I tell you!! Hahahahaha!! Lawak gila babi tau! Sanggup tu spend duit untuk tepon. Bergayut sakan. Bila dah dapat call - masing-masing dengan favourite artis diorang kan, gembira sakan. Pastu exchange stories, seronok tak hingat macam donia ini ana yang punya!! Hahahahahaha.. Hadoilah mak oi! Aku tak leh ingat-ingat zaman tu.

Eerrr.. masih baca lagi ka? Hahaahaha..

Satu kisah aku pasal rock kapak ni kan.. Ada satu malam tu, aku dengan dua orang lagi kawan.. Ada orang kasi tau kitorang, yang kat funfair kat pekan tempat kitorang belajar tu, ada satu group rock datang buat konsert. Kitorang pun, excited gitu. And mula buat plan. Adhoc. And we decided untuk kuar malam tu.. Hahahaha.. Dok asrama, mana leh kuar malam, kan.. kalau kena tangkap, memang carik nahas je lah kan. Takat kena hukum kat asrama, aku tak heran.. tapi takut kena hukum dengan Abah tu yang aku gerun. But still, nak gak buat. Nekad.

Kitorang pun, devise a plan. Kitorang turun kot area makmal, panjat pagar tu, then tukar baju kat tepi jalan dalam kegelapan malam, then ready to rock and roll. Tahan teksi, pegi pekan. Sabo je le. Saspen kau, tapi seronok. Ala-ala adrenalin pumping dengan banyaknya gitu. Kalau kena tangkap ni, memang naya. Dah le cikgu-cikgu memang dok kat kawasan tu je kan. The probability of terserempak dengan diorang tu tinggi. Tapi, dah namanya nekad, kan.. Redah je.

Sampai funfair tu, kitorang tengok macam tenang je funfair tu. Macam tak happening. Cilakak amat tau! Hati udah tensi ma.. Dok le find out info.. Rupanya, haram takde rockers nak perform!! Hahahahaha!! Syial tau! Dah le susah payah nak kuar, tapi haram tak dapat apa-apa! Hahahaha.. Padan muka! Nak tak nak, balik le jugak dalam kehampaan. Malu pun ye gak sebab dah brag gitu dengan geng yang kitorang nak gi tengok konsert kan! Hahahahaha.. Vudus!! Nasib baiklah, tak tertangkap. Bangang!

Lepas tu, idak le lagi aku buat benda-benda bangang gitu. Insaf. Hahahaha..

Oklah, aku nak buat keje. Cukup-cukuplah tu gelak.

Angah

Tuesday, 1 April 2008

366

Semalam, sudah 366 hari aku bersama sang suami.. bersama as in living together tau! Bukan bersama yang ehem-ehem tu! Nak mampos bersama selama 366 hari?? Kekekekeke..

We had a small celebration bersama the night before.

Apa rasa lepas setahun kawen? Hhhmm.. macam-macam rasa. Have I known him enough? Yes. Have I known him a lot? No. Have I adjusted well to married life? No. Do I love him more than before? Yes.

Ok.. story sikit.. korang mesti bosan baca se-line dua je kan? Lain le kalau korang tu Puteri or Applepiebasi. Diorang tak suka baca panjang-panjang ni.. harus diorang dah stop kat sini je. To yang nak baca, silalah teruskan ye..

Satu benda yang aku payah nak adjust sejak jadik isteri orang, and malas nak adjust is the part yang aku perlu berbonding-bonding dengan family dia yang ramai tu. Allah. Tuhan je tau apa aku rasa. Nak kata malas nak layan, takut family dia kecik hati and I know by doing so, aku memang selfish nak mampos. Tapi, bila nak layan tu, sungguh le aku terpaksa berpura-pura. God! I hate that part of myself, tapi tak leh nak tolong.

I come from not-so-big family. Definition family bagi aku cuma parents aku, adik beradik aku, ipar aku and anak-anak buah aku. Tu je. The rest, suma tu extended family bagi aku. Sepupu-sepupu ni suma, aku tak rapat. Kenal tu kenal le. Tapi takat jumpa time Raya je. Tu pun, tatau apa nak cakap. And, idak le looking forward untuk jumpa diorang ni. Kalau jumpa, jumpa. Tak jumpa, no big deal. The same goes with the uncles and aunties. Tapi, aku close sangat dengan family aku, as per definition above le ye.

Laki aku lak.. mashaAllah family bukan main besar. Bukan takat sepupu je jadik family, tapi dia punya dua tiga empat pupu pun dia panggil sepupu gak! Sungguh, aku tak exaggerate! Pastu, adik beradik parents in law aku punyalah ramai. Tu je pun dah buat aku rimas. Ditambah lak dengan sepupu kepada parents in law aku yang tak kurang ramainya. Diorang ni pun kira sama level dengan adik beradik parents in law aku gak. Kena lak diorang ni suka nak berkumpul, nak berkenduri-kendara. Suka sangat. Aku rimas tatau nak buat apa bila time nak berjumpaan ni tau. Lidahku kelu tatau apa nak cite. Mulut masam tatau nak senyum. Kalau senyum, suma fake gitu. Sungguh aku tak look forward untuk berbonding.

Tiap kali aku dapat tau ada kenduri je, luluh rasa jiwa raga aku. Bodoh kan? Tapi itu yang aku rasa. Tatau apa nak buat. Otak aku dan-dan tu dok mikir alasan tanak pegi ke kenduri tu. Selalu, kalau kenduri belah family aku, aku akan dok melepak dengan adik beradik aku. Tapi, bila kenduri belah family laki aku, takde adik beradik aku wehhh!! Selalu aku rasa nakkk aje ajak adik beradik aku join sama pegi kenduri tu, boleh?? Haiyo!! Dah tu, dia lak dok melepak dengan kerabat dia, seronok sakan. Yelah, jumpa geng kan. Aku, dok berkepit dengan mak dia. Nasib baik mak dia tak buat aku left out gitu. Tapi still.. bosan, you know!!

Pastu, aku rasa le.. aku rasa le kan.. dulu, time before kawen, idak le laki aku ni rajin gi kenduri. Assumption aku, dia malas nak layan orang tanya bila nak kawen le kan. Tapi bila dah kawen ni, galak lak dia nak berkenduri. Siap tanya mak dia sapa ada kenduri for coming weekend gitu. Uhuhuhuhuuuu... tertekan meks tau!! *haiyo? ada bunyi petir ka ni??*

Aku tau, as a wife, I am guilty gitu. I should make an effort untuk bermesra dengan family dia. Tu masuk dalam workscope isteri tu. Tapi, tok leh ah. I am too fake gitu. Malas campur bosan campur rimas. I know, kalau dah kawen, it's like you are marrying the whole family gitu. How I wish I can choose the part of marriage yang aku nak, and remove yang aku tanak, kan? Ye.. ye.. aku tau.. my wish je!!!

Entahlah.. moga, in days, months, years to come, aku akan rasa better and better untuk bersosial bersama family in law aku. Moga aku boleh anggap diorang tu, truely macam family sendiri. Bila tu, tatau lah kan. Hati ini, sungguh berat untuk menerima.. Huhuhuhuhuuu..

*petir kilat sabung menyabung kat luar tu..*


post notes:
30/03/08 - Alin selamat melahirkan baby girl.. tadak nama lagi..
31/03/07 - aku menikah..
01/04/96 - aku mula join berjuta manusia lain lagi sebagai warga kerja..

Angah