Tuesday, 27 November 2007
Kala ini
Kadang-kadang sama. Kadang-kadang berbeza.
Kadang-kadang suka. Kadang-kadang luka.
Atas nama cinta, ku lalui jua.
Demi syurga, ku pendam ia.
Duhai hati yang rajuk.. sejuklah sendiri ye.. kerana pasti tiada yang akan memujuk..
Angah
Monday, 26 November 2007
Sign language
Gini..
Aku rasa, sejak aku mula mengenali jalan-jalan kat mukabumi KL ni, or rather Lembah Klang ni, aku cuma tau ada satu je Highway. Federal Highway. Tu masa aku kecik-kecik ah. Pastu, bila aku dah besar, dah mula memandu, aku kenal lagi satu highway. NKVE nama dia. Then, year by year, lepas satu satu highway muncul. Aku tatau turutan dah mana datang dulu tapi aku leh list downkan nama highway tu (yang aku ingat)..
Federal Highway
NKVE
BESRAYA
ELITE
AKLEH
LDP
Guthrie Highway
MRR2
SMART Tunnel
NPE
SILK
KESAS
Coming soon:
DUKE
KPJ
Tu dalam Lembah Klang je ye. Lembah Klang yang tak besar mana pun. Aku tak cakap pasal PLUS Highway or others yang outside Lembah Klang.
It's good ada highway tu. Biarpun berselirat, tapi it helps a lot with KL punya traffic. CUMA, boleh tak kita start guna numbering sistem untuk highway instead of guna nama ni suma? Tak kira le sapa yang buat highway tu, tapi leh tak JKR or apa je le nama jabatan ke kementerian ke yang jaga hal ehwal jalan kat Mesia ni, kasi nama kat highway ni? By that, I don't mean kasi nama as in letak nama orang kat highway ni macam kita biasa buat dengan menamakan jalanraya yang lain. Boleh tak kita gunakan nama-nama macam those yang digunakan kat UK or US tu or other developed countries tu? Won't it be more user friendly? E1 arah utara, E1 arah selatan, E2 arah timur, E2 arah barat.. Contoh je tu. Kan senang nak ingat.
I don't know about other people, tapi aku payah nak kasi direction pada orang yang tak biasa dengan jalan kat KL ni, to go anywhere tanpa landmark yang sesuai. Take for example kalau dari Sg. Besi, menuju ke Jalan Tun Razak tu.. Ada a few exits untuk ke Cheras. Aku rasa, ada 3 exits kot. Pastu tatau berapa banyak exits yang lain. Oh man it's confusing. Aku yang dok kat KL ni confused enough, inikan pulak untuk orang yang tak dok kat KL or dok kat KL tapi tak biasa dengan tempat tu. Fenin nak kasi direction tau! Ada kawan aku dari Johor nak ke Cheras, aku tatau nak soh dia masuk exit mana. Cuba kalau ada proper exits numbering.. kan ke senang?
Well, aku notice.. dah ada certain numbering untuk certain exits. Tapinya, since it has never been commercialised, orang tak notice ye. Pengguna jalanraya tak notice tu suma. Pastu lak, signboardnya kejap ada kejap takde. Ada mula-mula, pastu kat tempat kritikal where you have to know which turn to take, signboards dah takde. Lantak korang le kena guna imaginasi simpang mana nak amik. Or assume that you have your lucky star with you masa buat assumption simpang mana nak amik. Kejap kang signboards terlindung balik pokok. Boleh gitu? Tak pun, signboards diletakkan betul-betul kat simpang. Nasib kau le kalau kau takde daya pandang macam Superman kan. Too bad tak pakai teropong while driving. I never knew yang kita perlukan teropong untuk memandu, kan. Pastu, ada lak signboards yang both simpang tulis 'Kuala Lumpur'.. Like.. Hellooooooooo.. which part of Kuala Lumpur are you talking about?? A classic example is one exiting KLIA. Ada simpang, both ke KL.. tapi satu ke KLCC, satu lagi ke Sg. Besi kalau tak silap aku. As if le both places tu berpuluh batu jauhnya kan.
Fed up aku dengan (takde) sistem signboards yang ada kat KL ni dah. Aku wonder nape orang yang kejenya merancang sistem jalanraya ni (I assume there's such post le ye!) tak terpikir tu suma. Aku rasa.. (aku rasa je le ye), harus dah ada orang yang dalam jabatan yang bertanggungjawab, yang penah dok pegi ke negara-negara maju untuk 'mengkaji' sistem yang diorang guna tu. Nak kata nak progres slowly, macam tak logik je sebab lama nau dah kita merdeka and ada jalan bersilang-silang ni. Takkan le lama gitu nak ubah nama kot?
I applaud kesungguhan yang ditunjukkan masa nak ubah suma highways guna the same toll system. Suma leh guna SmartTag. Kan ke senang gitu kan. So I guess boleh je buat the same thing dengan nama highways ni kan? Nama bas dan LRT pun dah ada RapidKL sekarang ni kan. Satu sistem gak.. eerrr.. walaupun lagi bagus kalau LRT yang berdua tu, technically menggunakan sistem yang sama. Tu lagi satu aku wonder.. KL ni idak le besar mana. London tu pun guna satu sistem tren je. Tu dah ada sejak berkurun yang lalu tu. Kita, ada sampai beberapa sistem. But then, takpelah.. tu isu lain.
Ok. Dah abih dah leteran aku untuk hari ini. Sekian.
Angah
Friday, 23 November 2007
Update bosan
The pictures were taken masa makan-makan petang Jumaat beberapa minggu lalu. Masa Budak baru kena demam gitu. Alkisah, aku nak pegi visit kawan aku kat hospital kat Kajang, and later nak balik Semban. But before that, kena jumpa Delinn amik something kat dia.. eh, I've blogged about this before le.. Anyway, ini le hasilnya.. perjumpaan, as usual!

Gambo ketibaan Budak yang sakit. Sakit-sakit pun, join gak perjumpaan ini setelah diracun dek kawan-kawan yang maha kuat meracun! Kekekekeke!! Tuu diaaa.. siap berbaju tebal lagi tu.
The five of us. Pinggan dah kosong benonya. Perut pun dah kenyang. Tapi order lagi secawan air lagi sorang..
The two of us.. eh silap.. the three of us! Hish! Sibuk je itu muka demam! Kekekekeke.. Jangan marah ah Budak.. Kau demam masa tu kan..
The three of them. Tak perlu aku soh pose ke senyum ke, suma dah pandai. Tengok Cik Wok purple tu pun dah pandai senyum and pandang kamera. Kalau tengok sejarah gambo dia dulu-dulu, dia tak reti pandang kamera.. malu katanya. Now, setelah ditrain dek Cik Wok kuning tu, bijak dah dia. Bagus! Oh Cik Wok coklat tu pun sama.. lepas kena train, dah tak malu lagi dah. Siap leh tayang gigi lagi! Hiks!
Weekend ni, aku ada wedding to attend, pastu balik Semban. Ada hati nak singgah somewhere shopping, tapi tadi mek cek balance duit dalam akaun, udah tipis gitu.. Udah time ikat perut gitu.. Kezut gak tengok mula-mula tadi. Ingatkan 'banyak' lagi mentara tunggu hari gaji.. tapi rupanya tipis bebeno. Kensel shopping. Ni suma gara-gara servis kete le ni. Dengan apa kejadah kena tukar le, dengan bateri kong le.. hish! Tapi nak buat camana.. dah nasib berkereta kan. Layan je le.
Ok.. dah.. moga-moga ada idea next week. Have a good weekend people..
Angah
Thursday, 22 November 2007
Customer is NOT always right! Ngerti??
Pastu, semalam memang aku rasa macam hari royanan kat ofis ni lak. Lepas satu-satu masalah bodoh muncul. Masalah yang bukan aku penyelesai dia. Tapi, nak gak tanya aku. Bukan perlu pun tanya aku. Tanya aku tu, benonya diorang nak soh aku buat keje diorang which is something totally that's not gonna happen le kan. Sewel.
Kering otak aku semalam.. stress.. Ingatkan, nak balik, nak gi shopping ke, jalan-jalan ke. Aku dah bagitau laki aku yang aku tak rasa nak balik rumah terus. Dia jemput aku, and we go somewhere. Hhhm.. tu plannya le kan. Bila laki aku sampai kat ofis aku, sementara tunggu aku turun, dia offkan enjin kete. Ada kot dalam 10 minit. Bila aku turun, nak start enjin, tokleh. Boleh?? Adehhh.. Bateri buat hal. Kena lak mintak tolong colleague aku amik kete dia, nak tumpang jumpstart kete aku. Hampeh tau!! Nasib gak colleague aku tu baik hati nak nolong.
Bila dah jadik macam tu, makanya, destinasi adalah rumah. Kang kalau lepak mana-mana kang, takut kete tanak idup semula kang, harus aku lagi hangin satu badan.
Hish! What a day tau!!
Hari ni, sorang colleague aku, orang US, wish aku Happy Thanksgiving. Tatau apa relevan kat masyarakat Mesia ni, cuma aku harapkan.. mungkin hari ini will be a better day than yesterday. Nak je aku gi shopping ni! Hiks!
Angah
Monday, 19 November 2007
Berita bergambar lagi

Siangnya tu, ada gak celebration.. masa family day. Kebetulan, itu family day memang on Rezwan punya birthday. So tempek gak dia kat situ.. Tapi kat atas kek tu, nama dia bukan Rezwan.. Nama dia Juan gitu. Ye, itu nama kampung dia. Nama kampung pun ala-ala Spanish, kan? Laki sapa tu lah kan..
Ni apa kes lak ni kan cover album lama ni? Ha well, masa Raya dulu, kat umah kawan aku, laki aku udah belek-belek collection keset kawan aku tu. Udah jumpa album lama ni. Though album ni lama, tapi macam baru je. Harus kawan aku tu dengar sekali dua je kot? Pada sapa-sapa yang minat Abang Nuar tu, tatapilah gambar Abang Nuar yang memang cun sedari dulu lagi.. Hiks!
Ni isi kandung album tu. Banyak lagu kau tak ingat. Tapi bila tengok title 'Kuda Kepang' tu, macam irama dia datang ke otak ni tau. Otak karat. '..dalammm.. bulatan.. menari berirama hentak kaki.. sebeeelumm bermula.. mentera dibaca.. kuda.. kuda.. menuju gagah' Ha! Ada sesapa yang seumur seangkatan dengan mek ingat ini lagu?? Kekekekeke.. I ols dah tua, u ols!! Hiks!
Ni lak apa kes orang ramai tercanguk ni kan? Mek tau sebab apa.. tapi mek pun nak sama sibuk. Kalau tak, tak layak le jadik Cik Wok kan? Tu gambar masa mek nak balik KL dari Miri hari tu. Si PM kita turun Miri sebab nak rasmikan jambatan. Eerrr... no komen ye! Nak rasmikan jambatan tau.. Mek tau pasal PM turun Miri tu masa kat Miri. Ada ofismate kasi tau. Masa mek gi airport tu nak balik KL, jalan jem ko kat airport tu! Polis tutup jalan kan.. Mek terpaksa menapak dari luar airport tu sebab teksi tokleh masuk. Nasib mek tak pakai kasut tinggi ke. Kalau tak, harus mek sumpah-sumpah. Tatau apa nak sumpah, tapi still nak sumpah gak.
Nampak tak orang udah menunggu dengan kamera bagai, nak amik gambo PM? Mek pun sibuk kuar kamera le kan. Kot-kot le leh capture gambo PM tu.
Patutnya PM kuar dari Bilik Menunggu Khas le kan.. Tu yang suma dok beratur tu..
Tu gambo orang menunggu PM gak tu. Sanggup dok bersidai kat tangga. Aku dah letih dah time tu. Penat standby dengan kamera, tapi PM tak gak muncul-muncul. Yang muncul entah sapa-sapa entah. Lama-lama, aku gi je merayap kat kedai-kedai dalam airport tu. Cuci mata lagi best. Harap tengok PM kat tv je le malam nanti.
Ok, tu je berita bergambar kali ni. Bosan, tapi aku bosan tengok blog kejung. Lenkali aku cite lagi dengan berita yang lebih menarik.
Angah
Friday, 16 November 2007
Duhai Delinn..
I know it's frustrating, but then again it's not the end of the world. Penah dengar tak cite orang tak do well in SPM, yet succeed in life? Penah dengar tak orang hancus kat uni, yet do well in career? Ni baru IELTS.. there's something much bigger that you have to face and you are going to face soon. If you can't get thru this frustration, then it's going to be tough later.
Remember, this too shall pass. Hari ni je kau down gini. Esok, it should be getting better. Take it as a challenge.. Bukan le kau kena tunggu lagi setahun untuk re-sit kan? Bukan macam orang fail SPM gitu kan? Bukan macam kau fail paper kat uni kan? So just re-sit and get over and done with. Nanti aku tolong kau, kalau kau nak. It should also be a lesson learned - jangan pulun last minute..
Aku teringat masa aku kat uni.. Failed my paper in my very first semestar exam. True story. Kuar dari exam hall, aku tau aku akan fail. I went blank when I sat for the exam. Don't know why. ALL my life, I had never failed any exams until that moment. I was always a star student. Imagine how bad it was. I sat in a bench, in a park kat uni. Tatau nak mengadu nasib kat sapa. Rasa like a failure. Like a total failure. Nak kena tunggu another semestar untuk re-sit the paper. Kena loading paper kalau nak abih on time. Banyak benda datang kat otak masa tu.. it's like I've failed my family and myself, ofkos. Malu pun ada. Macam-macam rasa sedih datang.
But, good thing that came out from it was that it helped to build my determination to complete the course on time. I promised myself that no matter what, I had to complete the course without any extension. And at the same time, it made me become close to Allah.. Aku belajar berpijak ke bumi nyata. Aku belajar doa banyak-banyak, belajar dok atas sejadah lama-lama. I learned that, no matter how much you want something, kalau Allah tak izinkan, you won't have it. In this case, I knew the answers to the questions when I reviewed them after the exam. But during the exam, was something else.
There's always hikmah atas sesuatu kejadian. Try to look at it from different perspective. People can console you, but ultimately, it will be you who have to console yourself. You can listen to thousands of words of encouragement, but it's gonna be you who have to bring yourself up again.
Ha udah.. jangan bersedih. It's okay. With sheer determination, I believe you can do better in your next test. Take this as a mock up exam. After all, you never had one before kan? Now you have a better idea of how it is going to be like, and you can prepare yourself better.
Make sense?
Malam ni aku free.. hiks! Laki main futsal. Mau berpoya-poya, give me a call.. I'll be there for you.
Angah
Tuesday, 13 November 2007
Sikit lagi gambo
![]() |
Destinasi: Serdang dan Bangi |
*Aku tak puashati dengan gambo ni tau.. aku tak leh nak align kan ke tengah. Anyone leh tolong tak? Nyampah aku tengok gambo ni dok kat tepi tau..*
Anyways, itu gambo-gambo masa aku ke umah Nini and Arc/Budak. I know, they are long overdue. Tapi, nak buat camana.. meks sibuk. Hiks! Jangan marah ahhh..
Other than gambo-gambo atas tu, aku nak gak letak a couple more pictures. Gambos taken masa Gegar dulu tu. Dah basi, aku tau. And aku takde banyak pun gambo Gegar. Maklum le, aku busy, hubby pun busy. Tapi, setelah aku telek beberapa keping gambo yang aku ada tu, ada 2 gambo worth sharing.. Kekekekekeke..
Ni gambo Cik Wokz bertiga. Aku tak rasa Cik Wokz ini perlu dikenalkan lagi, especially yang baju warna pink tu. Tatau apa cite, tapi tengok mata Cik Wokz pink tu.. buntang!!! Harus ada goss hangat le kan.. Yang Cik Wokz baju hijau lak, siap pekop mulut gitu. Harus ganas goss tu kan sampai tak sanggup nak kata apa-apa! Kekekekeke.. Yang Cik Wokz baju biru tu.. ehem.. tenang je mendengar goss. Gitulah caranya kalau dengar goss ye hadek-hadek.. Tenangggg..!! Kekekekeke..
Ni pulak, sambungan dari gambo tadi. Cik Wokz hijau dah abih pekop mulut. Kira dah leh terima kenyataan goss kot. Dah mula memberikan pendapat. Cik Wokz pink, ala-ala moskel dalam menerima pendapat tapi masih agreeable gitu.. eerrr.. from mimik muka le ye. Idak le kelihatan membangkang. And Cik Wokz biru, masih tetap tenanggggg!! Muahahahahaha!!
Benonya, pictures were taken after then event. Fenat masing-masing tu. Tu yang dok kat tangga stage tu. Dalam pada mengemas, buat sendiri punya post-mortem of the event, sambil goss le kan untuk menghilangkan fenat. And these pictures, were not captured kat dalam video tau! Hiks!
Ok, settle sikit gambo-gambo yang aku kena upload. Ada lagi sikit gambo aku kena upload. Kosser! Alkisah, last Friday, aku, hubby aku, Delinn, Yam, Arc and Budak berjumpa-jumpaan kat Kajang. Aku nak amik something dari umah Delinn, so picked her up kat ofis, took her to PUJ, then we headed to Kajang. Ajak le ADUN-ADUN Kajang join sama makan-makan. Hence, ada le small perjumpaan. Hence, ada le gambo. *Dasar sangat sekarang suma nak amik gambo!* Tapi, gambo ada lagi dalam kamera. Tunggu je le ye.. *sigh* Mek fenats upload gambo! Ahak!
Alrighty. Udah. Nanti aku update lagi.
Bye u olsssss...
Angah
Friday, 9 November 2007
Laporan bergambar
Now, back to blogging bisnes! Ahak! Meks tok leh lelama tak menulis kot. Gatal tangan. So, ni nak cite pasal cite-cite yang dah lama tertunggak.
Oh, before that.. aku nak cite pasal the birthday wish from hubby. Cute gitu aku rasa. The first time celebrate birthday aku setelah bergelar isteri orang.. The night of 4th November tu, dia keluar before midnight. At about 10ish kot. Dia memang jenis jumpa kekawan past midnight punya time. Geng-geng kelawar, aku rasa. Aku lak, akan tido awal.. lagi le kalau dia kuar sebab aku kan penakut.. so kalau tido gitu, idak le rasa takut. Anyway, kul 12, masuk 5th November, aku dapat birthday wish dari dia via sms. Suka meks. Though it's a small thingy, tapi bagi aku, it's important and it's sweet. Senyum lebau aku. See, it's not difficult to please me tau!! Then, aku sambung tido and terjaga at about 2.30 am. Dia tak balik lagi. Aku call, and dia kata he'll be back shortly. So aku sambung tido balik. Not long after that, dia sampai. Aku sedar, tapi tutup lagi mata layan blues mata.
Masa tu aku tido kat atas sofa. Lepas dia masuk umah, dia buat apa ntah, then aku sedar yang dia tutup lampu. Then, aku rasa macam aku bau asap lilin kat tepi aku. Excited aku! Kekekekeke!! Then, dia gerakkan aku. Aku kalih, and nampak ada tea candle sebiji menyala and next to it ada a cup cake!! Muahahahaha!! Itu cup cake, udah ada dalam fridge a few days ago dah tau. Someone kasi, tapi takde anyone of us yang nak makan. And candle tu, dah lama ada kat umah tu! Kekekekeke! Lawak sangat, and at the same time comel sangat aku rasa. Yes, macam cheapskate gitu, tapi aku suka. He is not a creative person so when he came out with something very original macam tu, aku rasa comel sangat!! Sayanggg sangat aku kat dia bila dia buat camtu. Pastu, before aku nak tiup itu lilin, dia leh tanya aku, "Nak amik gambar tak? Nanti you leh letak kat blog...", boleh?????????? Hadoiiiiiiiiii!! Lakiku udah tersampuk hangin blog!! Kekekekeke.. But of course I refused the offer. Dengan muka pisat kul 3 pagi, nak amik gambo? Kosser! And since takde gambo, hiks, korang kena imagine je le how it was! Kekekekeke..
The next morning, masa nak gi keje, dia kalut-kalut tanya aku nak bawak kamera tak gi ofis untuk aku download kan gambo ke dalam laptop and later upload ke blog. Aku kata boleh je tapi make sure amikkan cable USB sekali, sebab masa tu dia yang nak amikkan kamera tu. Dia soh aku masuk kete dulu, then dia akan bawakkan kamera tu. Aku pun pegi le kat kete and started the engine. Bila dia sampai, with him was my birthday card!! Hiks! Patut le soh aku masuk kete dulu. Again, aku rasa sweet sangat apa yang dia tulis tu. Sebak gak rasa. Though kad tu bukanlah the most cantik kad yang aku penah dapat, tapi what he wrote matters. I love you, darling!!
Sampai kat ofis, aku mintak kamera tu. Dia bagi. Aku mintak USB cable. Takde. Sabo je le. Dalam kekalutan, dia tak amik itu cable. Dah takde cable, tak mrasalah u ols nak tengok gambo-gambo yang diambil much earlier.
And now, aku dah upload gambo and aku leh sambung dengan entry aku..
A few days before my birthday, on the 3rd of November, Zaidee dah selamat meninggalkan tanahair untuk pulang ke pangkuan awek tercinta.. eh silap.. untuk meneruskan perjuangan dia dia Canada.. kekekekeke.. Aku semangat nak hantar dia ke airport, tapi dalam semangat aku tu, aku kena make sure yang laki aku pun semangat gak. Kang aku semangat sesorang, payah gak kan. Rupanya, he's as excited as I was, or even more.
Flight Dee kul 9.15 pagi so kitorang harus berada kat airport dalam kul 7.30 pagi ah kalau nak jumpa dia and sembang-sembang. Aku, set jam kul 5 pagi. Nak bangun kul 5.30 pagi sebab kata laki aku, kitorang nak gerak the latest 6.15 am. Malam tu, slightly past midnight aku dapat sms dari Arc. Masa sms tu masuk, aku dah agak dah dari sapa.. kekekekeke. Arc soh kejutkan dia kul 6.30 pagi, sebab takut tak bangun, boleh?? Sabo je le. Takpe.. aku confident aku dah bangun dah masa tu. Kul 5, aku dah bangun. Tak lena tido, dek non!! Siap as per planned, left home before 6.30 pagi and reached KLIA at about 7.30 am. Carik Dee, and he was at the kopi mahal punya cafe, the same place we had kopi mahal masa dia sampai dulu.
Masa tu, dia dah ada, dengan adik dia and wife adik dia. Tak lama pastu, sorang kawan dia sampai and followed by Arc and Budak.

You are missed, Dee!!
Lepas bersedihan hantar Dee (though aku rasa Dee tu benonya tak sabar nak loncat naik kapalterbang nak jumpa awek!), aku, hubby and Arc gerak ke umah Elf. Budak tak ikut sebab itu Budak adalah kanak-kanak Ribena yang perlu ke sekolah. Drive slow-slow, and selamat le sampai umah Elf kul 10 pagi. Kitoranglah orang pertama ye yang merasmikan rumah terbuka Elf! Nasib baik Elf dah siap mandi masa tu..

Kitorang yang sempat bergambar pagi tu before orang lain sampai.. Hamid laki Fara yang membelakangi kamera, aku, Cik Mira and Elf, Lydia dan Fara and Arc.
Food was good. Aku saspek dengan Elf ni! Masak sorang-sorang and yet banyak yang dia masakkan. Sedap lak tu! Suma food aku rasa. Sungguh tasty.
Masa nak gerak balik tu, Deo dengan Yam sampai. Kosser le pulak nak tunggu sampai diorang abih makan kan. Dah tengahari dah masa tu. Mata aku dah layu benonya. Before balik tu, sempat tapau bunga mawar berduri dari Elf yang dibawak pulang dari Cameron Highlands. Tu pun ada gambo gak tu!! Hadoilah kan.. suma laki aku soh amik gambo!

Ni bunga mawar merah. Aku letakkan kat dalam pasu bersama 'money plant' aku atas meja makan.

Si mawar merah dari angle yang lain.
Ni lak si mawar putih. Aku letak bersama 'money plant' gak, kat sinki dapur. Ye, kat sinki dapur hakak pun kekdahnya ada jambangan money plant. Mungkin sama basuh pinggan tu, berharap le kot dapat duit turun dari mana-mana kan. Mentara tu, kat sebelah tu, adalah oven yang diberi dek Alangz and Zure untuk wedding aku hari tu. Terpaksa kasi itu oven enterframe sebab dah takde angle lagi dah! Hiks! Oh, belakang vase tu adalah water filter..
Ok, dah.. sekian laporan bergambar. Nanti aku update lagi. Ada gambo menarik lagi yang aku nak kongsi bersama, tapi tanak letak sini dah sebab dah panjang kan ni..
Till then..
Angah
Monday, 5 November 2007
Friday, 2 November 2007
Destinasi: Serdang dan Bangi
Ok, abih sesi tahukah anda. Sambung semula dengan cite lain.
Semalam, macam yang Delinn dah laporkan *pantas gila minah tu melaporkan*, kitorang berkonvoi ke umah Nini. Babe amik aku kat ofis, then kitorang amik Delinn kat ofis dia, and bergerak seperjalanan dengan Elf and anak-anak dia. Kira konvoi dua keretalah from area ofis kitorang tu. Janji jumpa kat McD Equine Park tu. Janji dalam kul 7, kalau tak silap aku. Kitorang sampai dalam kul 6.30 or 6.45.. aku tak sure. Aku call Nini masa dah sampai tu. Makcik tu panik. Dia lum mandi lagi masa tu, dek non!! Kekekekeke!! Nasib baik aku call, tak serbu terus. Kalau tak, harus bersin-bersin aku nanti.. Ahak!
Then sorang-sorang yang berjanji setia sampai tepat pada waktu. Aku tak ingat turutan, tapi yang ada ialah Serindit dan Murai.. eh tak, aweknya.. then ada Kong solo, Deo dan Kuntumnya. Yang takde lagi masa tu ialah Yam. Aku tatau dia punya timezone mana dia ikut, or dia ada daylight savings punya time ke, tapi yang pasti, kul 7 time kitorang nak gerak tu, time tu le dia masih di ofis. Ada hati lagi nak kata "bukan nak pegi lepas solat maghrib ke?", boleh?? Kalau info tu yang dikasi tau, nape orang lain leh ada kat McD tu awal lagi before maghrib?? Kosser! Tapi sebab kesian tanak dia meroyan sesorang kat McD tu kan, terpaksa le tunggu dia sampai. Nasib baik tak kena gastrik tunggu dia! Ahak!
Lepas Yam sampai, kitorang gerak le berenam kete ke umah Nini with kitorang lead the way. Rumah tu dekat je dengan McD tu. And tak susah pun nak carik sebab direction yang Nini bagi kat aku tu lengkap, bukan macam direction yang aku dapat untuk ke umah ME hari tu *jeling tajam kat Yam*
Sampai je umah Nini, terus terkam food. Tanpa disuruh. Aku selalu buat gitu bila gi umah orang time raya ni. Dah pastinya aku dijemput untuk makan, kan. Ada kuih muih, ada laksa, ada nasi impit, ada rendang, ada kuah kacang. Kenyang meks makan suma!
Since pegi umah orang tu awal kan, harus kena balik awal gak. Takut kang tuan rumah soh bayar sewa sekali.. kekekekeke!! Idak le. Nini idak le begitu. That was 8 something baru. Malam masih muda. Babe tanya aku nak gi mana lagi.. and we proposed ke umah Arc/Budak lak. Lantak le kan orang ajak ke tak. Nak raya gitu! Aku tau Arc/Budak ada program marhaban (selawat?) dari rumah ke rumah malam tu untuk komuniti jiran tetangga dia. Tapi aku nak gak sibuk-sibuk. Aku call Arc and minah tu masih sibuk membeli belah untuk malam tu. Tapi, aku tetap dialu-alukan untuk datang. Macam le aku heran benonya kalau dia tak alu-alukan pun kan? Still nakkkkk gak raya!! Kekekekeke! Arc pesan, soh sampai before 9. Tatau nape, tapi we should be able to get there before 9.
On the way tu, aku call Delinn. Saje nak kasi mek tu tensi sebab aku nak ke umah Arc, kan. Kekekekeke! Mek tu, kononnya gerak awal sikit dari kitorang.. atas alasan nak study. Alasan, occayy!! *jeling Yam dengan Delinn* Since dia dah kasi alasan nak study, aku idak le ajak dia ke umah Arc. Tanak le ganggu penstudyan dia, kan! Harus tensi dia! Hahahahahaha.. Nasibbbb..
The way ke sana, jangan tanya aku. Babe aku tu somehow tau jalan ceruk rantau ulu mana pun aku rasa. Aku dok dendiam tak amik pot pun. We reached rumah diorang at about 8.50 kot. Arc tak siap lagi, tengah dok sibuk nak hidang food. Aku ingatkan ada menu yong tau foo ke. Rupanya menu udah bertukar ke roti cicah kari daging. Sedap dek nonnnn!!! Tapi masa tu aku tak rasa lagi, cuma takat tengok je kari tu.
Aku lak, sampai-sampai, sempat tumpang mandi lagi kat umah diorang. Babe aku, before jemput aku, sempat balik rumah dulu untuk siap-siap, and packkan sikit baju untuk aku just in case aku nak melepak mana-mana.. sian dia tengok aku lepak mana-mana dengan baju kurung. So, alang-alang dah ada baju tukar tu, aku pun mandi and tukar baju. Santai.
Lepas tu baru le tolong Arc sikit-sikit. Yang lebih, aku tolong makan je. Kekekekeke! Masa orang datang, aku dok nyorok bilik bibik dia tu. Aku kan pemalu! Lepas dah settle, baru kitorang makan-makan. Memang le sedap kari itu, and aku baru tau yang Budak yang masak!! Very der class, Budak!! Tak sangka I ols yang u ols pandai masak camtu sekali tau! Harus leh meniaga ni..
Sambil makan, sambil borak, sambil main game henfon tak canggih aku tu. Tatau nape le.. aku rasa kitorang dah terasuk dengan game bodoh tu tau. Lepas tu, siap Arc tapaukan kari dengan roti untuk kitorang. Tepon gak Delinn sebab Delinn ada pesan soh tapaukan food untuk dia dari umah Arc. Tapi sebab masa tu dia dah nak tido *sebab study le tu ngantuk jadiknya!*, takde le aku tapaukan untuk dia. Arc lak sempat tapaukan 3 bijik mangga untuk kitorang *jeling Iza* Then kitorang balik. Time tu dah kul berapa dah eh? Harus le dah kul 1 pagi!
Gambo nanti aku upload.. dah jadik macam Delinn lak aku ni asik nak kena upload gambo. Bukan sebab aku yang rajin nak buat, tapi Babe aku dah tersampuk hangin DQ tu, so dia pun sama gila amik gambo. Pastu, soh aku cepat-cepat upload! Tertekan meks! Tertekan!! Kekekekeke!
Angah