Cetusan hati, ilham jiwa, luahan rasa, tarian jari, sulaman kata, tersebut cerita..

Wednesday, 31 October 2007

Ini alasanku - buat seseorang..

Cite Gegar dah, cite lepas Gegar pun dah.. ni aku nak cite, pre-Gegar punya cite. The preparation or rather a small part on the preparation..

Alkisahnya, sebelum Gegar, di waktu Joe sibuk harrass orang untuk sponsor Gegar, aku pun dok le mintak seseorang kat pantai timur tu untuk sponsor something. Masa tu bulan puasa kan, and aku teringinnnnnnn nak makan kopok. Kopok ikan pedas sira gula tu. Tatau korang tau ke tak apa aku cakap, tapi takpe. Yang penting aku tau apa aku cakap! Ahak! So, aku mintak le orang tu sponsor kopok pun jadiklah. Basically, the thought counts, kan? And orang tu agree. Yippieee!! *lompat bintang* Ok, abih satu cite.

Then, si Delinn yang maha sibuk untuk Gegar ni, di lorong belakang mintak aku tanyakan orang itu gak, kalau-kalau orang itu boleh tuliskan satu sajak untuk dibaca masa Gegar tu. Sajak pendek je yang dimintak. Tapi in the end, lepas diskas-diskas, it turned out to be one full sajak yang aku mintak. Orang tu pun agree. Yippieee!! *lompat bintang lagik* Ok, abih satu cite. Tapi ni dah dua permintaan kan..

Pastu, orang tu pulak, dalam pada dah diberi assignment, teringin lak nak enterframe untuk Gegar tu. Dia teringin nak rakam lagu dia main gitar unplugged untuk aku mainkan masa Gegar. Best kan? So aku pun teruja. And paksa orang tu buat walaupun orang tu ada hati tak nak buat. Then orang tu agree gak. Yippiee!!! *dan sekali lagi lompat bintang* Ok, abih satu cite. Ni dah masuk tiga benda dah ni kan dari orang itteewww..

Kopok tu sampai sebelum cuti raya. So settle satu hutang. Then, seminggu lepas raya and aku naik keje, sajak and lagu unplugged yang dirakam sampai ke email aku. So settle segala hutang orang itu dengan aku. Happy aku. Harus dia pun happy.

Sekali..

Beberapa hari sebelum Gegar, or rather seminggu sebelum Gegar, aku dilanda bisul. Bila kena bisul tu, duduk tak senang, tido tak lena jadinya. Simply because of the location of the bisul! Huhuhuhu!! Bila dah dok tak senang, aku pun amik le MC.. tak tahan meks! Tak tahan aku dok seharian depan laptop kat ofis tu. Aku cuti hari Khamis and Jumaat before Gegar. Rabu tu aku balik keje tanpa bawak laptop pun. Sakit kaki nak tampung badan aku hangkut laptop. Aku tau aku ada banyak benda untuk Gegar aku tak buat lagi and aku memerlukan laptop tu. Tapi, kalau ada laptop tu pun, aku tak leh buat keje gak sebab aku tak leh nak duduk steady depan laptop tu. But still, it didn't stop otak aku berpusing memikirkan pasal tugasan aku yang tak siap. Aku still pegi carik barang-barang yang aku perlukan walaupun bisul and jalan dencot-dencot. Dalam pada dencot tu, sambil berjalan kat shopping centre, ada gak orang nak approach aku nak jual apa benda ntah. Nak je aku lempang sekor-sekor sebab bisul tu buat hati aku hangat je.

Hari Khamis petang, aku ajak laki aku drive aku ke ofis untuk amik laptop. Dok dalam kete tu pun, bisa je aku rasa. Dok senget je. Pastu, bila laki aku terlanggar potholes yang maha banyak kat KL ni or langgar bumper, aku rasa nak lepuk-lepuk je laki aku. Airmata leh meleleh kesakitan. Oh lupa aku nak bagitau.. bisul tu lebih besar dari duit syiling 50 sen..

Sampai ofis, aku mintak tolong colleague aku bawakkan laptop aku turun, and aku tunggu je dalam kete untuk dia paskan laptop tu. Lega dah ada laptop but still.. aku takde printer nak print apa yang aku perlu buat! Camno tu?? Nak gi cc aku tak sanggup sebab yang aku nak print nanti banyak cekadak.. so malas le nak buat kat cc.

Aku perlu buat Aturcara Majlis yang diletakkan atas meja untuk malam tu. Kalau korang perasan Aturcara Majlis yang atas meja korang malam tu, itulah hasil kerja aku. Ingatkan mula-mula dah nak tulis tangan je kan. Dah give up. Tapi tak sanggup lak aku buat gitu selagi daya. Maklum le, tulis tangan macam tulisan doktor..

Pagi Jumaat tu, bisul pecah. Happy sungguh aku!! Aku dah ingatkan bentan ke sebab dah seminggu dah tu sakit bisul and bisul tanak pecah. Masa bangun tido tu, berdenyut-denyut rasa kaki ini. Sekali tengok bisul dah pecah. Tapi bisul ni, bila dah pecah, kena kasi tekan lagi kasi kuar suma nanah and darah tu kan. Hadoi la sakit! Aku buat gak. Sambil tu, dok le cuba duduk depan laptop. Fikir gak camana nak buatkan Aturcara Majlis tu. Fikir gak camana aku nak printkan sajak yang orang tu dah buat tu. Fikir gak camana aku nak paskan lagu unplugged yang dah dirakam tu, pada sesapa yang patut untuk diperdengarkan pada yang datang malam Gegar tu. Aku dok ingat nak lepak kat ofis sesapa lepas keje tu. Aku teringat kat Fara yang selalu lepak kat ofis sampai larut malam. And, syukur dia leh kasi aku tumpang buat keje kat ofis dia.

Siang tu, aku anyam sikit ketupat besar untuk letak kat board depan tempat korang bergambar tu. Kalau korang perasan (kalau le kan orang perasan!), ada 8 ketupat besar kat situ.. ketupat tu aku yang anyam.. Baru aku tau, sorang pun AJK lain tak reti nak anyam ketupat!! Sabo je le!!

Malam tu, lepas maghrib, aku gi ofis Fara. Masih berdencot lagi. Sakit masih ada, plus luka tu melekat-lekat kat benda yang aku gunakan untuk tampal bisul tu. Hadoi lah sakit!! And, aku gumbira aku dapat buat Aturcara Majlis tu dengan jayanya!! Tapi, tu je le yang aku berjaya buat. By the time siap, dah dekat kul 11 malam kot. Kenalah pulang kan.. takkan aku nak soh Fara dok teman aku kat ofis dia sampai midnight!

Then balik umah, aku sambung buat ketupat lagi, and tido kul berapa entah tak hingat. Laki aku dah tido awal lagi dah sebab dia pun tak reti anyam ketupat.

Esoknya, on Saturday, pagi dah kuar sarapan, then carik ranting untuk hiasan atas stage. Siap dengan kapak kuar carik ranting tu. Sarat kete aku dengan ranting. Bukan besau nau ranting tu, tapi penuh le kete kan.. Then, rilek jap kat umah before siap untuk ke hotel at about 1.30 kot. Aku siap iron baju dulu takut kalut nanti petang.

Masa kat hotel tu, time AJKs buat benda-benda lain, aku masih anyam ketupat lagi. And aku ingat yang sajak untuk dibaca itu tak diprint lagi. Aku ingat. Tapi aku takde kudrat nak usahakan untuk print sajak tu. Somehow, mungkin aku tak usaha lebih kot nak printkan sajak tu. Entah. Yang lagu-lagu unplugged tu, lagilah kan.. aku tatau camana nak pas kat orang yang berkenaan. Lagipun, sistem audio suma disetupkan a bit later. And aku pasti, kalau aku kasi lagu unplugged tu nanti, harus aku mengkalutkan orang lain.

Makanya, malam tu, aku cuma berjaya deliverkan kopok tu je :( Aku teringat kat orang tu, and harus orang tu marah kat aku, tapi aku takde daya nak buat lebih-lebih. Blame it on the bisul, satu. Tapi at the same time.. harus aku kena usaha lebih lagi le kan kalau nak buat gak. Also, suma tu last minute tu kan..

Then Gegar..

After Gegar, aku wonder nape orang tu punya ym tak on pun. Selalu, memang orang tu punya ym tak on pun sebab dia selalu bersembunyi di balik tabir. Tapi, dia tegur gak aku. Dia muncul gak sesekali untuk buat lawak-lawak dia. Tapi kali ni dia diam je. Aku moskel. Aku moskel sebab aku rasa orang tu macam tabah je menahan rasa nak share keexcitedan Gegar tu dengan aku walaupun dia tak pegi Gegar tu *matilah statement perasan*. Harus merajuk tu, rasa aku dalam hati. Then, suddenly semalam dia tegur aku! Kezut gak meks kan. Dia tegur aku!!!

Mula-mula, aku tak paham apa dia kata kat ym tu. Ialah, orang pandai buat sajak le katakan.. harus ayat pusing-pusing gitu. Pastu dia soh aku pegi ke site ni. Site yang aku pegi, tapi jarang-jarang aku pegi. So aku pun pegi. Dalam ym tu, dia ada mention pasal seorang penyajak terkenal komen kat sajak dia tu. Dia sikit punya excited. Aku tak simpan archive ym, so tak leh aku nak letak kat sini apa perbualan kitorang tu. Tapi yang pasti, bila aku tengok komen itu, aku pun terjerit keexcitedan!! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Aku TAU itu penyajak!! Aku sungguh admire itu penyajak!! Sekali, penyajak tu komen sikit punya baik kat sajak orang tu!!! Gila punya best, siot!!!

Eerrr... tapi kan.. tapi.. korang tau tak.. sajak yang dikomen dek penyajak terkenal tu, adalah sajak yang menyatakan kekecewaan orang itu sebab aku macam tak hargai usaha dia? Merajuk, dek nonnnn!!! Merajuk!!! Uwaaaaaaaaaaaaa!! Aku telah mengecewakan dia gitu le kan. Tapinya, dalam rajuk tu, bila dapat komen penyajak tu, dah tatau mana nak letak rajuk tu.. Nak continue merajuk, kang takde sapa dia nak share keexcitedan dia, kan? So nak tanak, telan jelah rajuk tu buat masa itu. And, since aku tau salah aku, huhuhuhuhu.. berbakul ampun dan maaf aku pohon!! Ya ampunnnn!!

BUT, at the same time, kalau aku dah baca sajak kau tu Po, harus le kau tak buat sajak Sekali Aku Terasa ni kan? And kalau kau tak buat Sajak Aku Terasa ni, entah-entah Pyanhabib tak komen kat sajak kau kan?? Kekekekekekekeke!!

Anyway, di bawah ni, aku kepilkan bersama sajak rajuk si Po itu.. Ampun dah mahap aku pohon sekali lagi Po. Pasni, kalau kau nak merajuk gak lagi dengan aku, aku piat-piat kau!! Jangan nak ngengada nak merajuk dengan aku.. Gi buang rajuk kau tu jauh-jauh. Gi merajuk dengan buaya ke, dengan biawak ke, dengan burung apa ke.. tapi jangan gatal-gatal nak merajuk dengan aku! Ahak!


Sekali Aku Terasa
...

Sekali aku terasa
Jangan sesekali kau cuba mengetuk
pintu kamarku yang sengaja tidak ku buka

Sekali aku terasa
Jangan sesekali kau cuba mengintai
di balik tirai yang sengaja aku labuhkan ke lantai

Sekali aku terasa
seluruh duniaku bagai tiada suara
dan panggilanmu hanyalah angin yang berdesir di kaca jendela

Sekali aku terluka
selama-lamanya ia
menghiris di dalam jiwa

~Po.


Hutang aku pada kau dah settle kan Po? We are even? Hiks! :)

Angah

Tuesday, 30 October 2007

Kisah semalam

Kisah semalam..


From rumah ME, aku and hubby bawak Dee balik rumah kitorang. Dee nampak macam penat amat gitu. Dari rumah ME dah macam tu.. asik menguap tak hingat punya. So, dengan perut kenyang tu, we decided to head home je instead of singgah mana-mana. We thought of going out later le kot after resting for a while.. maybe dalam kul 10 ke kan..

Sekali sampai rumah.. lepas Dee letak barang, aku kasi paper hari tu untuk dibaca. Kitorang pun lum baca paper lagi. On lak tv, and tengok news. Sambil baca paper, sambil beri komen, sambil tengok tv. Then laki aku buatkan air. Ye, laki aku.. bukan aku. Ahak! And angkatkan kuih raya. Si Dee ni, mula-mula dok atas sofaku yang serba putih tu.. Sekali bila An dah bawak kuar kuih raya, dia pun turun dari sofa and dok atas lantai. Takut kotorkan sofa, katanya. Adeh. Sabo je le. Macam le cover sofa tu jenis yang tak leh nak bukak and basuh. Siap tepuk-tepuk lagi kasi turun abuk from the sofa kot ada le kot! Aku tak sampai hati tengok Dee dok atas lantai, aku pun amikkan sofa cover and kasi dia buat alas. It's just a throw je, tapi memang untuk sofa tulah. Dee pun, bukan main lagi dia bentang throw tu, tuck every corner of it gitu. Macam nak pastikan tiada kawasan putih yang tidak tercover, boleh? Details gitu mamat sorang ni tau!! Pastu baru dia dok semula atas sofa tu.

Aku sambung semula baca paper. Then aku tengok dia dah lentok je sambil baca paper and tengok tv tu. Macam ultraman yang dah menyala lampu merah. Aku amikkan lak dua bijik bantal. Aku paham sangat rasa dok kat atas sofa yang empuk ittewwww.. tak leh dok lelama, kena gak baring-baring!!! Same thing happened to Dee gak. Ahak! Terus dia landing. And tak lama lepas tu, daripada mula-mula borak sambil komen paper and news, dia dah diam. Aku jeling, dia dah tido dengan masih memakai spec. Harus terang mimpi dia masa tu. Nak gerakkan dia soh masuk dalam bilik, aku tak sampai hati. So aku biarkan je le.

Later, in about an hour or so, aku lak nak masuk tido. Before that, aku dah letakkan selimut atas katil dalam bilik and pasangkan ubat nyamuk kat hall tu. Just in case Dee nak masuk bilik tido, dah ada selimut dalam bilik and just in case dia tido terus kat luar tu, takde le nyamuk nak serang dia sebab tido tanpa selimut. An soh aku biarkan je sliding door tu terbukak.. kasi sejuk sikit, katanya. Nak selimutkan dia, takut dia rimas berselimut. Nak tambahkan kelajuan kipas, takut tersejuk lak malam tu. So aku biarkan jelah the way it was. Pandai-pandai le Dee adjust nanti. Aku pesan kat laki aku, kalau Dee terjaga before dia tido, ajak le Dee kuar kalau dia nak. Then aku tido.

Paginya, semalam, masa aku bangun, Dee dah bangun. I told him yang Wan akan hantar aku gi keje.. he could either stay home or ikut.. it's up to him. Then aku gi siap-siap. Bila dah siap and aku kuar, Dee baru kuar bilik air and bagitau aku soh tunggu dia sebab dia nak ikut. Comel je masa tu aku rasa sebab dia macam sorang anak yang takut kena tinggal dengan mak dia.. kekekekekeke!! Lawak le kau Dee! Wan pun lum siap lagi masa tu tau! Then, we hit the road and Dee mrasalah layan jem pagi Isnin di kotaraya metropolitan tu kan. Sempat aku tunjukkan mana ofis Alangz, ofis Elf, ofis Deo and Delinn on the way to work. That shows le kan betapa ramai ADUN kawasan setempat kan! Ahak!

Lepas dah drop aku kat ofis, Dee and An pegi makan then balik umah. Tengahari tu, we went for ayam goleks. Yelah, kena gak kasi Dee rasa itu ayam gols yang selama ini digembar-gemburkan kat tag and blogs kan. Dah macam tradition lak kena kasi tiap tag members yang tak penah rasa ayam gols tu, untuk rasa gak ayam gols tu. Macam dah jadik venue gathering wajib lak aku rasa. Harus le kalau tukang jual tu decided to tutup kedai, aku antara yang akan sedih gila sebab banyak sangat memori bersama teman-teman seperjuangan kat situ.. *emo lak dah!!* Kali ni, yang berjaya menghadirkan diri ialan aku, An, Dee, Delinn, Budak, Arc, Fara, Alangz, Tuan-Alang and Elf. Sempoii sempat sms Delinn kata dia dilupakan! Hiks! Sori ah Poii.. sekarang ni, kalau ada apa-apa gathering suma kena refer kat tag je le kot.. suma dah tak hingat dah nak contact sorang-sorang.. sapa interested to join, just join in je.. sapa yang tak cek tag, mahap je le..

After that, An and Dee hantar aku balik ke ofis, and they headed to Nilai. Bukan Nilai 3 ye hadek-hadek! Dee lum nak kawen lagi untuk shopping barang kawen kat Nilai tu. Tapi dia ada kawan yang dia nak jumpa kat sana. Laki aku pun free je semalam benonya. Memang dah mendedicatekan masa dia untuk Dee. Terharu aku sebenarnya.. Aku yang kenal Dee, and dia yang sanggup tolong aku entertain Dee tanpa banyak soal. Tu yang aku sayang beno kat An tu. Dee lak, siap rasa guilty sebab took An punya time. Sabo je le Dee. I am sure you'll do the same kalau kitorang gi Canada tu, so likewise. Aku call An at about 5.30 pm just to make sure dia kat mana.. aku tunggu diorang jemput aku kan. So kalau diorang lambat lagi, aku still boleh buat keje kat ofis tu. Tapi Dee lak rasa guilty bila aku call tu. Sungguh le berhemah tau Dee ni.. Anak teruna sapa le ni kan!! Kekekekekeke..

Diorang sampai ofis aku at about 5.40 pm kot. Then we headed home. Layan lak jem petang. Sampai rumah, aku bukak laptop, nak layan bajet Gegar. Nak balance kan accounts, nak settle hutang mana-mana yang tak settle lagi. Then amik Delinn kat LRT stesen kat umah aku tu while menunggu masa nak ke umah Limah lak. Delinn ni dah lama nau teringin nak datang umah aku, tapi takde kesempatan. So semalam tu macam kesempatan yang datang le. Malangnya, umah aku was in a mess. Mrasalah lah kau, Delinn! Suma mess tu dah menggunung since Gegar hari tu le. Blame it on Gegar lah kan! Hiks!

At about 8.45 kot baru kitorang gerak dari umah aku ke umah Limah. Ramai dah yang ada kat umah Limah masa tu.. ada Arc, Budak and anak-anak, Alangz, Coco, Yam, Fara, Puteri. Lepas makan-makan, kitorang tengok sikit video yang Alangz amik. Tak dan nak tengok banyak pun. Yelah, ada orang lain kat umah Limah tu kan.. kang kitorang buat rumah Limah macam umah ME hari tu, sengsara lak orang lain! Kekekekeke.. so tunggu je le orang lain reda sikit baru leh tayang video tu. Nanti korang tengok sendiri le video tu bila dah siap, ye.

Time tu, Puteri tanya kalau-kalau dia leh bagi ucapan dia sebab she missed it masa Gegar. Ofkos boleh, kan. Ditambah lak ramai 'nasi tambah' kat umah Limah tu.. harus le boleh saje. Puteri konon malu, so backup yang ada ni suma tak malu-malu belaka. Tapi dalam pada malu Puteri tu, sempat touch-up lagi, boleh?? Siap nak berbedak bagai. Kekekekekeke!! Yelah, sesekali nak masuk tv kan..

After that, kitorang gerak balik. Tu pun, Yam sempat meroyan sebab dia dah nak kena balik sangat, tapi tunggu Delinn yang masih lum nak berapa balik lagi. Sian aku tengok. Kekekeke!! Tulah kan.. nasib... nasib kau kena bawak si DQ tu kan Yam! *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

Aku dengan An nak kena hantar Dee ke Kota Kemuning rumah adik dia. Pakat konvoi dengan Fara halfway gitu sebab sian dia nak balik Kapar yang jauh nun di sana.. beribu batu tu. Takut le apa-apa jadik kat mak buyung tu along the way kan. Then, masa tunggu Fara drive kete dia ke tempat kitorang, aku dapat call dari Fara kata kete dia tak leh start. Boleh? Nasib le kitorang ada lagi masa tu. Maka datang le kitorang beramai-ramai to the rescue. Macam champion je tau.

Kete tu tak berapa nak crank. Harus le saspek utama, bateri le kan. Ada lak orang kat situ yang tanya Fara kot-kot kete tu ada minyak ke tak. Well, logik le soalan tu and aku saspen je kalau Fara kata entah ke. Instead, dengan confidentnya dia jawab minyak penuh.. tapi tatau lak kalau minyak hitam takde. Boleh?? Haiyo!!! Tapi sebab ramai masa tu, tak le saspen sangat. Try nak jump start kete dia, tapi tak jumpa jumper kat dalam kete dia walaupun dia tau dia ada itu jumper. Aku call Limah kot-kot le dia ada jumper, tapi dia takde. Dia lak soh laki dia turun tolong kitorang. Then Fara call laki dia, and confirmed yang diorang sepatutnya ada jumper dalam kete tu. Korek lagi sekali kete tu, and jumpa itu jumper. Bertolak lak kete tu sebab nak kasi space untuk pasang jumper kat bateri kete tu. Exercise abang-abang tu suma di malam hari tau!! Try le jump start. Mula-mula tak nak gak idup itu enjin. After a few tries, nak lak idup itu enjin. Legaaaaa dek non!!!

Thank God le kan that we thought of berkonvoi together. Kalau tak, harus le Fara dah kena mintak tolong Limah dengan laki dia je malam tu sebab yang lain dah pulang. Then An soh aku naik kete dengan Fara, and dia dengan Dee naik kete kitorang, and we'll go to Kapar together then baru hantar Dee ke Kota Kemuning. Kasi teman Fara and just to make sure that Fara sampai rumah dengan selamatnya. Saspen gak kalau kete dia meragam lagi along the way kan.. kat sapa lak dia nak mengadu nanti. Hiks! Aku ok je, and so we headed ke Kapar instead of parted halfway through. Mrasalah Dee ke Kapar malam tu!

From Kapar, baru kitorang ke Kota Kemuning. Tunggu adik Dee kat McD kat sana. Sempat minum-minum makan-makan lite-lite seround kat McD tu sambil borak-borak before we parted ways and headed home.

By the time sampai umah, it was 2 am and mata aku dah segar bugar. An, semangat soh aku update blog, boleh? Soh aku upload gambo, boleh? Aku pun cuba gak buat, tapi blogspot buat hal.. so tak leh update and upload. Yes, dia semangat memberi support kepada aku berblog sebab dia kata dia suka tengok aku bersosial dengan korang. Sungguh le aku sayang laki aku tu!! Dia yang sibuk amikkan gambo and siap terkilan sebab ada a few things yang dia rasa dia patut amik tapi tak amik.. macam gambo Dee tido and gambo aku petik mangga kat Kapar. Ahak! Lupa nak cakap.. aku tak pulang dengan tangan kosong dari umah Fara tu.. or rather umah mak mentua Fara. Sempat aku petik mangga muda. Kasi dua bijik kat Dee, aku amik dua bijik. Jadilah kan. Buat kenangan.

Mrasalah baca kisah semalam ku yang panjang!! :D

Angah

Monday, 29 October 2007

Beraya ke Hulu Yam

Aku tau, bahang Gegar masih terasa. Tapi, kalau aku tak tulis ni, kang tak tau lak bila nak tulis sebab bahang Gegar akan terasa lamaaaaaa sangat kan.. Harus le entry yang lain-lain takkan relevant kalau nak diikutkan! So, kena gak aku tulis entry ni while it's still fresh in my memory.

Balik Gegar tu, aku dengan darling singgah kedai tomyam, boleh? Dengan darling aku tu lengkap berbaju Melayu tanpa songket pada pukul 1 pagi, ada kat kedai tomyam, beli nasi. Gi tapau nasi, tomyam and nasi goreng. Darling aku dah mula nak kena gastrik. Harus orang moskel nape dia ni pakai baju macam orang beraya, tapi still beli makanan. Lantak. Aku tak tau salah apa dia makan, or tak makan properly ke masa Gegar tu, wallahualam. So dalam kul 1 lebih pagi tu, kitorang berdua makan nasi. Lepas makan, baru aku dapat sms Delinn kata diorang nak melepak kat mamak near the hotel. Adeh. Tak larat aku nak patah balik ke hotel tu kan. Aku dah pikir nak tido je dah. Tapi, dalam pada pikir nak tido tu, aku tak berapa lena.. sebab memikirkan yang kitorang nak gi umah Mak Ety the next day tu.. takut terlajak tido, harus tak pegi nanti.

Mak Ety ni, dah ajak nak berbbq kat umah dia lama dah dulu. And, dah sebut-sebut nak buat bbq time Dee balik nanti. So memang le kena gak masuk kalendar kan jemputan Mak Ety ni. Tak boleh tidak, kena gak datang. Unless ada sesuatu yang tak diplan menggaggu, kena gak memunculkan diri. Tu yang kena gak gagah datang.

Bangun pagi, for breakfast, aku makan lempeng je and laki aku abihkan nasi yang tapau semalam. Then berjanji setia dengan Delinn nak jumpa kul berapa. Lepas breakfast, An layan tido semula sebab perut tak sedap. Aku buat keje rumah sikit, then siap-siap untuk gi umah Mak Ety. Kejut An soh siap.. tapi tulah kan.. dah dia tak berapa nak sihat, malas aku nak paksa dia cepat-cepat siap. Biarlah dia took his own sweet time. In the mean time, aku set dengan Dee nak ajak dia tido umah aku. Dari dulu aku dah ajak dia tido umah aku, tapi dia nak lepak dengan adik dia.. so tokleh nak cakap banyak le kan. Sian lak adik dia tak dapat bermesraan dengan abang terchenta nanti kalau Dee dah lepak umah aku. Tapi that morning, Yam lak kasi idea soh ajak Dee lepak umah aku. Sebab, semalam nak gi umah Mak Ety, pastu malam ni nak gi umah Limah. Sian le pulak adik Dee nak ulang alik hantar Dee. And Dee agreed to the suggestion.

We planned to meet kat Giant Batu Caves, konvoi ramai-ramai. Delinn, Yam, Shima, Anne, Fara and family dari hotel bodoh tu, Dee and adik dia dari Kota Kemuning and aku and An. Sumanya, rupanya, pakat-pakat nak tunggu aku dengan An sebab tak yakin dengan plan yang dah diberi dek Yam. Sabo je le. Plan nak jumpa kul 2.30, tapi disebabkan masalah perut An tu, kitorang sampai kul 2.45 kat Giant tu. Lambat, sorry.. but not too bad kan korang? Lambat 15 minit je kan? Hiks!

Along the way tu, aku soh Dee enjoy the scenery, sebab aku tau jalan tu penuh dengan hutan belantara, gunung-ganang, empangan, sungai dan air terjun. Kekekekekeke! Dah nama tempat pun 'Hulu Yam'.. harus le hulu kan. Tok leh le salahkan sesapa. Cuma kata Dee, dia rasa macam masuk hutan Jurassic Park je.. boleh? Cuak takut aku salah bawak le tu.. Harus. Tapi, aku trust driver aku tu.. Tak sesat de. Cuma, dah masuk dalam kawasan perumahan Mak Ety tu, aku lost direction. Well, map berpenghujung di situ, and kat map tu takde address. Yang ada, cuma nombor fon sahaja ye! So, tok leh salahkan meks berpusing tanpa arah kat situ. Salahkan tukang kasi info.. kekekekekeke! Tapi takpe le.. idak le sesat barat. Not bad. Kena stop somewhere, Apak lak datang amik kitorang. Kitorang suma 4 kerete benonya yang konvoi tu. Meriah dek non!!!

Sampai umah Mak Ety, terussss le kitorang buat macam rumah sendiri, tanpa disuruh. Bukak bekas kuih sendiri, amik food sendiri, tuang air sendiri, gi dapur cari benda sendiri.. Pendek kata, memang macam rumah sendiri le kan! Perut lak memang kebulur.. memang reserve untuk gi umah Mak Ety gitu. So, mula-mula riuh.. then tiba-tiba senyap sumanya.. Bagai dilanda garuda, boleh?? Sebab suma pakat sumbat mulut dengan food! Dasar sangat tau!!! Tak lama lepas kitorang sampai, Arc, Budak and anak-anak sampai and join in the fun.

Food banyak.. selain dari kuih raya, ada lemang, nasi impit, nasi minyak and all the lauks. Pastu ada bbq lak. Fuhhh!! Memang rezeki le kan! Makan sampai santak, I tell you!!

Later, Kong and family lak sampai.. then Coco. Surprisingly, Coco datang sorang tau. And, berjaya jumpa rumah Mak Ety, on her own, with direction from us. Not badlah kan. Ok sangat tu.

Takat kitorang sembang apa, toksah tanya le kan. I guess, among us, memang cerita tak penah putus. Ada je cerita nak diceritakan, lepas satu, satu.

Then, it's time to go. Fara and family gerak dulu. Then, Arc, Budak and anak-anak gerak. So Delinn, Yam, Anne and Shima pun nak gerak sama. Harus aku pun nak gerak sama. Sekali, bila dah kuar rumah, An pasang satu rokok, sambung sembang kat luar rumah. Sabo je le. Yang lain-lain blah, tinggal aku, An, Dee, Kong and family, Coco. Then Kong join bakar rokok lagi. Sambung lagi sembang. Dah ada jejak bertapak kot kat luar umah Mak Ety. Dee sempat snapped beberapa keping gambo pokok yang ada kat luar rumah Mak Ety tu untuk kenang-kenangan di hari tua.. kekekekekeke..

Finally, setelah puas berokokan, kitorang gerak at about 7pm. Aku, An and Dee headed ke rumah.

Nanti aku cite lak pasal Dee di umah aku. Ahak!

To Mak Ety and Apak, thanks for having us there!!! Harapnya Mak Ety dengan Apak tak serik dengan kitorang ni. We should have visited you guys lama dulu lagi kan??? Tapi takpe, there's always tomorrow, inshaAllah.

Angah

Sunday, 28 October 2007

Gegar Ria 2007!!!!!!

WE DID IT!!!!! Yeahhhhhhhhhhh!!! *senyum lebau-lebau*

Finally, something yang dipreparekan berbulan yang lalu, berakhir sudah. Berakhir ke? The event itself dah berakhir, tapi the moments captured in our hearts last forever kot kalau idak for a long long time. It was one hell of a night, thanks to ALL yang datang! Tak kiralah yang menyumbangkan tenaga, atau cuma yang menghadirkan diri sahaja pada malam semalam. Yang penting, tanpa semua, we won't have what we had last night.

The crowd was great!! Everybody sporting abih. It's great to see the same old faces, as well as those new faces. Yang dah lama kenal tu, toksah cite le kan busy abih borak. Yang baru kenal pun, I bet tak rasa tercicir. We tried to make everyone feel at home last night, and hopefully it works. Hopefully, we managed to mendekatkan yang jauh..

Majlis mula lambat sikit malam tu. Not because we intended to. Tapi sebab nak tunggu yang lambat tu, so that takde yang rasa tertinggal. Kesian kat yang dah datang awal, but we made them stay outside. I hope takde yang rasa tension dok kat luar lama-lama le ye. Dok kat dalam pun, no point gak.. kitorang kat dalam masih tengah kalut dengan connection internet. Payah nak set up kan the system. Tu suma kena tanya yang pakar.. Tuan-Alang and Coco. They both worked hard to set up the system. Later on ada gak yang membantu diorang, tapi tulah kan.. benda-benda ni tak leh banyak sangat tangan yang membantu. Takut lain lak jadinya. To those yang tak dapat nak nonton kitorang secara live semalam, too bad lah kan. But jangan bersedih hati.. we had the help from husband Ila untuk amikkan gambar video, as well as Alangz. Aku tak pasti ada tak orang lain yang tolong dengan video tu.. kalau ada, thanks to them as well. Yang aku tau, Fara tolong sumbangkan video cam dia kasi pinjam untuk digunakan malam tu.

We started masuk ke dewan tu untuk set up suma at about 2 pm. Buat le apa-apa yang patut. Ingatkan kitorang nak buat rehearsal sikit at about 6pm. Tapi, tak dan nak buat apa pun rehearsal. Jalan jem gila petang tu, so logistically, banyak yang tergendala. Tu jugak yang menyebabkan ramai orang sangkut tu. Dengan hujan lagi.. Last-last, aku, Wak, Delinn, Coco and Tuan Alang berbriefing je le. Aku dah sejuk-sejuk dah masa tu keseraman. Yelah.. kalut kan. Lain le sorang tu yang pro.. *jeling Wak*

At about 8.30 kot kitorang baru mula, baru kasi orang masuk dewan. I don't know. It could be later. Tapi, aku suka tengok suma muka happy je, takde yang muka hangin. At least aku tak rasa bersalah buat diorang tunggu kat luar. AJKs berbaris kat pintu masuk, to greet yang hadir. Macam sambut tamu datang umah le kan.. Then baru majlis bermula.

Disebabkan main idea is to have a get-together, so idak le banyak acara yang diaturkan. Ada takde pun, Budak plan nak main gitar dengan Dee. Si Dee lak, dah tau nak main gitar malam tu, ala-ala pro, datang macam tamu.. Setengah jam before acara nak mula, baru nak sampai! Sabo je le. Dia dok expect gitar laki aku yang dia nak pinjam tu dah tune cantekk punya, dia expect sekali dia petik gitar dengan Budak, it will be macam pro gitu.. boleh?? Nasib baik le diorang ni semi-pro.. so menjadik gak le petikan gitar diorang tu. Ditambah lak ada backup-backup suara sumbang yang menyumbangkan suara.. ok le kan! Macam band orang kawen gitu lah.. Kekekeke!! Great job, guys!!

Makanan malam tu was ok kot. Aku tok leh nak komen banyak-banyak sebab aku cuma makan lemang sepotong, rendang sikit, and air banyak aku minum. Selera tak berapa mari malam tu. Tapi yang lain aku tengok, selera je.. other than Sempoii yang dok jaga calory intake, ofkos. Ahak!

Banyak benda yang tak terbuat gak malam tu. Benonya, aku ada mintak Po tulis satu sajak untuk dibacakan malam tu. Tapi, malang sekali, tak dan nak baca sajak Po tu. Ampun dan maaf aku pohon pada Po. I made you do a lot of things, kan Po!! Tapi satu pun aku tak gunakan. Sori again. Also, aku tak dan nak bacakan senarai nama penyumbang hadiah kitorang malam tu. Tapi, aku pasti, korang dah tau sapa penyumbang hadiah based on the list kat dalam blog Delinn yang Delinn dah dok publishkan lama dulu. What we did last night was to make sure that no one went home empty handed. Walau sekecil mana pun hadiah yang korang dapat, I hope you guys know that the thought counts in getting the gifts to you. Sumbangan datang dari those yang tak dapat menghadirkan diri semalam as well as those yang hadir semalam. Aku bangga sangat le dengan the spirit yang kita ada!!

The party ended almost midnight. Masa tu baru rasa kaki lenguh le, badan penat le, mata letih le.. macam-macam! Kitorang kemas barang-barang, buat post-mortem sikit of the event, then left tak hingat pukul berapa. Kul 1 pagi ada kot.

Dalam pada kita bergembira semalam, there's some not too great happening to some of us. Tuan-Alang's mother kena stroke a few days before Gegar tu. Tapi, despite worrying about his mom, dia sanggup mencurahkan tenaga dia untuk memastikan program kita berjalan lancar. Aku terharu sangat benonya. Mana nak risaukan pasal commitment yang dia dah bagi pada Gegar, mana nak kisahkan mak dia. So, aku harap, kita sama-sama dapat mendoakan moga his mother cepat sembuh. Also, time tengah busy nak siapkan dewan tu semalam, Puteri dapat call dari kampung yang opah dia sakit. She came earlier, but had to leave before the party started. Aku tak tau apa cite opah dia sekarang, tapi apa-apa pun, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk diorang. Then, aku dengar gak yang masa Sempoii on the way ke Gegar, kete dia accident. Aku pasti dia tak apa-apa sebab dia sakan je senyum simpul masa Gegar tu.. especially bila dah dapat hadiah yang best-best! But then, I know.. accident tu tetap sesuatu yang hassle kan.. so hopefully sumanya settle segera le ye Poii!

Ok, aku dah tak tau nak tulis apa dah ni. Idea tak nak flow dah. Jem otak. Aku pasti yang lain-lain akan tulis lagi. Ni cukup le untuk brief those yang jauh di mata, tapi dekat di hati kitorang.. And, to end this, aku letakkan sajak yang Po karang untuk malam Gegar kita, yang sepatutnya dibaca tapi tak terbaca.. I hope you don't mind, Po. Kalau you mind, nanti aku take it off, ye!!


Siapa sangka



Siapa sangka
Orang kita sudah sampai di angkasa
Impian menjadi cita-cita
Sejarah kini sudah ditempa

Siapa sangka
Orang kita sudah berada di mana-mana
Seluruh pelusuk benua
Tiada garis memisahkan dunia
Hanyalah titik-titik halus di atas peta

Siapa sangka
Tiada jarak masa membataskan kita
Hanya matahari dan bulan di atas sana
Membezakan ketika

Siapa sangka
Kau dan aku akan menjadi mesra
Walau kita tak pernah bersama
Hanya bersua di alam cyber

Siapa sangka
Huruf-huruf berganti suara
Riak emosi bertukar cerita
Kadang-kala mengundang airmata
Kadang-kala mencuit ceria

Siapa sangka
Kita mampu sehati sejiwa
Kita korbankan segala yang berbeza
Kita satukan dalam gelak ketawa

Siapa sangka
Ikatan persahabatan tercipta
Kita lemparkan segala prasangka
Semangat yang ada
Kita julang bersama
Semoga sinarnya menyala
sampai bila-bila

Siapa sangka
Nama-nama asing yang tertera
Pada kaca-kaca monitor
Kali ini bersua muka
Kini hadir di depan mata

Siapa sangka
Kita…
Yang bermula dari ruang bual bicara
Kini menjadi saudara
Kini menjadi sahabat dunia

~Po


Oh, btw, bisul aku dah baikkkkkkkkkk!!! Alhamdulillah!! The day before Gegar, bisul tu pecah! Setelah seminggu menderita berbisul, aku kini boleh duduk macam orang sihat, tak macam OKU! Meks happy!! Meks happy!! Meks syukurrrr!!

Ok, dah.


Angah, signing off..
Co-Emcee, Gegar Ria 2007

Tuesday, 23 October 2007

Bisul

Kata orang tua-tua, jangan dok atas bantal.. nanti bisul bontot. Tapi sekarang, uhuhuhuh.. sebab aku dah ada bisul kat bontot, aku kena dok atas bantal!! Huhuhuhuhu!! Shedih! Shakit! Nape le ini bisul kena tumbuh kat tempat-tempat pelik..

Selalunya, yang kena bisul ni, darling aku. Dia siap tanya bila last aku kena bisul bila aku kasi tau dia pasal bisul aku ni. Pelik aku dengan soalan tu tau. Pastu dia kata, sebab aku macam tak penah kena bisul, harus aku dah menjangkit dari dia ni. Eerrr.. bisul leh jangkit eh? Ish! Pastu, dia dengan teori dia.. kata badan aku dah naik, tu pasal kena bisul.. and makan banyak sangat masa raya, tu pasal kena bisul.. boleh?? Sabo je le teori-teori tu. Yelah, teori tu pun, sebab it works on him. Kalau badan dia naik lebih, naik le bisul. Tu pasal bisul tak abih-abih menempek kat dia tu.

Aku ni pulak jenis yang tak leh tengok kuping or anything like that.. suma aku nak kopek. Including bisul. Kalau aku nampak dia punya bisul, harus aku geram je nak kasi pecah. Rasa best sangat tekan-tekan itu bisul. So bila sendiri kena itu bisul, harus le aku geram nak kasi pecah, nak tekan-tekan kasi kuar suma yang menyakitkan aku tu. Tapi, malangnya, lokasi bisul itu tidak memungkinkan aku mengoperasinya sendirian!! Uwaaaa!! Geram tau!! Payah le nak turn leher 180 degrees nak tengok itu bisul. Nak kena tengok cermin bagai. Hampeh.

Aku ada ingat mau jumpa doktor, tapi takut gak kot-kot doktor tu toreh bisul tu. Tu satu. Lagi satu, segan le aku nak tayang bontot ku yang munggil ni kat doktor! Hiks! Lum mampu lagi aku buat benda-benda camtu. Kalau takat nak amik jab kat bontot, leh tahan lagi. Tapi, kalau hal bisul ni, harus doktor tu kena belek-belek nak kasi buang apa yang patut, kan. Ouch! Malu dong ah!

So, as of now, I have to live with the bisul!! Haiyo!!!

Angah

Monday, 22 October 2007

Raya sakan

Pagi raya, lepas subuh, aku siap-siap gosok baju. Tu biasa tu. Pagi raya baru nak terhegeh-hegeh gosok baju. Macam tak rock je kot gosok baju awal-awal. Pastu, aku buatkan sikit nasi goreng untuk lakiku yang tak reti makan ketupat di pagi raya. Perut dia tak belajar makan tu suma.. tak sama makan ketupat dengan makan nasi, boleh?? Lepas solat sunat, baru kitorang sarapan and then sesi bergambar. Tak complete benonya gambar tahun ni sebab yang ada pagi raya tu cuma aku and laki aku, Alin and family dia and parents aku. The rest of the siblings kat umah mentua.

After that, baru gerak ke Melaka. Kat Melaka, the other 2 of the siblings joined sama. Along aku sorang je takde sebab balik umah mentua kat Kedah. Kitorang yang lain, mentua suma belah Melaka and Negeri Sembilan. Kat Melaka, beraya kat a few houses yang wajib dilawat tiap raya. Macam dah jadik rutin gitu. After those houses, pegi lak visit besan parents aku.. mentua Alin kat Jasin. Berkonvoi kitorang ke sana. Then, pegi lak ke umah besan parents aku yang satu lagi.. mentua Usu kat Tampin. From there, Usu stay kat umah mentua dia, Alin balik umah mentua dia and aku, An, Uda and family, and parents aku balik ke Seremban.

Second raya, ada family gathering belah Mama kat Tampin. Patutnya macam nak ada family day cum photoshoot session gitu. Bukan senang nak kumpul suma 15 beradik and family. An beria-ia nak be there for the photoshoot. Aku ikut je. Tapi, by the time kitorang sampai, sesi dah settle, boleh?? Wrong info yang An dapat, boleh?? Aku tatau mana info dia dapat le kan.. tapi yang penting bukan salah meks. Ahak. Parents An lagi le lambat. Jadinya, yang takde dalam gambar, out of 15 siblings tu, cuma Mama and Pak Long. Pak Long tu memang awal-awal dah surrender sebab ramai orang datang umah dia pagi tu.. so tak leh nak kata apa le kan. Lepak je le kitorang kat Tampin tu for a few hours. Aku rasa cacat benonya bila ramai-ramai gitu and tak kenal orang, kan. Ada le a few yang aku kenal, tapi harus le aku tak hafal nama suma orang, as well as pangkat diorang tu. Aku ni memang pemalu orangnya. Pastu, memang selama ni hidup aku tak penah nak beramas mesra dengan keluarga other than adik beradik sendiri. Sekali masuk dalam family yang opposite, rasa nak nangis je. Dah give up, aku layan game henfon aku. Merasalah! Nasib le kan. Apa-apa pun, aku rasa I did okay kot hari tu. Entah.

Oh lupa lak.. the second raya tu jugak, birthday An. Aku mintak Emak tolong buat pulut kuning kesukaan An. Tolonglah kan.. sebab seumur hidup meks tak penah kukus pulut! Takat teori je, meks tau le.. tapi nama nak buat sendiri tu, takde keberanian. Terpaksalah mintak yang expert buatkan. Meks cuma buat sambal tumis, buat cicah pulut tu je. Well, family An ni memang makan pulut kuning cicah sambal tumis lemak. Tak penah aku makan gitu before aku kenal dia. Tapi since dia tak reti makan pulut kuning cicah rendang, kena gak le layan tekak dia tu kan. Sayang punya pasal. So makanlah kitorang pulut kuning before ke Tampin.

From Tampin, kitorang balik semula ke Seremban. Pak Long aku, the only sibling yang Abah ada, dah sampai from Singapore. So aku tak plan ke mana-mana put petang tu. An lak, ada janji beraya dengan kawan dia kat Seremban tu.

Malam tu, aku mintak tolong Uda kuar belikan kek resepi rahsia untuk An. Kasi surprise gitu. An sensed yang kitorang macam ada komplot nak surprisekan dia.. tapi entah dia tau entah tak apa komplot tu, aku tatau. Dia macam surprise le bila kitorang bawak kuar kek tu. Tapi tatau le kan surprise betul ke main-main. Janji leh tiup-tiup kek malam tu.

The next day, raya ketiga, before Pak Long gerak balik ke Singapore, kitorang dah gerak ke Kuala Pilah lak. Pilah ni, ada rumah tinggalan arwah nenek An untuk Mama. Rumah tu takde penghuni tapi barang-barang complete minus the Astro. Uhuhuhuhuhu..!! Rumah tu, tempat adik-beradik or family kat kampung datang visit time raya gitu. Yang kat Tampin tu, umah nenek tiri An and yang Pilah ni umah arwah nenek An yang betul. It's a big family, occayy!!

By the time kitorang sampai Pilah, family An dah ada situ dah. Diorang dah ke sana the day before, straight from Tampin. Kat Pilah, ramai family Mama and Papa yang datang. Aku, book dok kat dapur je.. panaskan apa yang patut, potong apa yang patut, susun apa yang patut, basuh apa yang patut, isi apa yang patut etc. Thank God for that!! Sebab, walaupun banyak nak kena buat, aku suka sebab aku tak yah bersosial dengan orang yang datang!! Seronok aku. Takat salam-salam, senyum-senyum, pastu menyibukkan semula diri dengan keje dapur. Ahak! Lega amat aku rasa. Tak perlu aku fikir apa nak borak etc. Let others do the talking. Time takde apa nak buat, aku buat bodoh baca paper. Pastu main game henfon. Ahak! So, untuk orang yang baru kawen, baru first time raya dengan mentua, yang tatau apa nak buat, buat sibuk, occayy!!! Kekekekeke!!

The next day pun camtu gak. Aku sibuk kat dapur and serve tamu. Petang dah nak senja baru gi beraya ke umah family An. Kalau jalan kat Pilah tu, toksah cite le kan. Jem tak hingat punya. Bosan aku! Stress tengok jalan. Dah le umah mengadap jalan besar. Tak dan kuar rumah, dah nampak jem! Mrasalah!!!! That night, at about 10 pm, lepas raya dalam jem dan hujan tu, kitorang gerak balik ke Seremban.

Raya kelima, kitorang kat Seremban. That was Rabu. Kejap je rasa cuti tau. Rabu tu, Along aku balik Seremban. Rabu tu gak, suma adik beradik aku ada kat Seremban tu. Emak rebus ketupat lagi, and masak rendang lagi sebab Along tak dapat lagi makan ketupat. Gatal sangat tau anak sulong tu. Kat Kedah orang tak makan ketupat, so demand nak makan ketupat. Nasib le ada lagi daun ketupat. Dah belah petang, baru aku, An and parents aku kuar beraya kat area rumah tu. Plannya nak kuar lagi awal, tapi ada orang datang.. so takkan nak halau soh orang tu balik kan.

The next day, hari Khamis petang, kitorang gi beraya umah family An kat area Seremban. Then, that night, at about 8.30 pm, kitorang gerak balik, menuju ke KL. Tu pun, sempat singgah Kajang umah dua pupu An. By the time sampai umah, dah kul 12 malam dah. Adeh.

Jumaat, pulun dok umah, kemas umah. Tu pun sempat ke Sepang sebab ada hal yang kena settlekan. Pastu, balik umah, sambung semula mengemas. Malam tu, aku kuar dengan kawan aku, An dengan kawan dia.

Saturday, kitorang beraya umah Uda, then umah kawan-kawan aku. Tu pun sampai malam. Sunday, beraya umah Mak Ngah aku kat Klang, then umah kawan-kawan aku and An. Tu pun sampai malam.

Malam tadi, sedih sebab hari ni nak keje. Pagi tadi, lagi sayu. Uhuhuhuhu.. Uwaaaaaaaaa!! Abih dahhhhhhhhhhhhh cutiiiiiiiiiiiiiiiiii rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Angah

Friday, 19 October 2007

Raya Eve

People, I am backkkkkkkk!!

Idak le excited benonya.. when I am back, maknanya dah nak kena back to work gak le tu. Ish! Kena mula memotivatekan diri untuk keje semula ni. Ada a few more days untuk merilekkan diri before keje. Bosan gak. Kalau cuti tu, kejap je rasa dah abih. Tapi kalau time keje tu, lama le pulak aku rasa nak sampai seminggu. Entah le.

This rasa jugak, dengan rasminya aku berjaya beraya sebagai isteri orang, menantu orang. Ahak!

Aku balik Seremban subuh alam hari Jumaat. Mulanya, macam laki aku kata nak balik lepas buka hari Khamis tu. Aleh-aleh, dia kata, dia mentioned balik 'lambat-lambat sikit' and not exactly lepas buka. Sabo je le kan. Aku malas nak kata sangat. Buka malam tu kat umah mentua setelah berpenat lelah menyiapkan kuih almond london. Lepas buka, balik umah.. ingatkan nak pack. Punya le aku malas nak pack, I tell you. Aku bantai layan mata, tido. Laki aku dok kemas baju dia, barang dia and aku tido. Tido pun, tak berapa lena sebab otak aku tau yang aku tak pack lagi, tak Isyak pun lagi time tu. Makanya, at about 2 am, aku bangun.. solat, kemas barang. Segala macam barang le aku angkut. Then at about 3.30 am aku gerak laki aku. Aku set nak gerak ke Seremban at about 4 am sebab nak sahur kat Seremban. Kena kasi buffer sikit kat laki aku tu untuk golek-golek atas katil before bangaun. Before that, aku dah siap pesan kat Alin yang balik awal sikit, soh bagitau Emak untuk masak extra untuk kitorang for sahur.

At about 4 am kitorang gerak meninggalkan KL. Yippieee sebab nak cuti le kan. Masa kat highway tu, laki aku mentioned pasal teringin nak sahur nasi lemak kat Nilai punya stop. Tapi takat cakap je. Takde pun kitorang stop though aku tak kisah benonya pun kalau nak stop. Then, tak lama pastu Emak call tanya kitorang kat mana. Masa tu dah kul 4.30 am dah. Aku kata kat Nilai, and laki aku soh pesan kat Emak tolong buat telor dadar. Sekali Emak kata, memang dah ada telor dadar sebab Emak buat nasi lemak untuk sahur! Boleh?? Ya Allah! Rasa macam miracle sangat! Syukur sangat. Tak tau itu rezeki Ramadhan ke apa. Tersebut je, and benda tu ada.. And, seingat aku, tak penah sekali pun Emak masak nasi lemak untuk sahur. Entah apa mimpi agaknya Emak buat nasi lemak tu.

Sampai Seremban at slightly past 5 am. Bergegas kitorang makan sebab takut lajak. Padahal, macam banyak masa lagi tu kan. Dasar sangat gelojoh! Ahak!

Lepas makan, sambil tunggu nak Subuh tu, kitorang anyam ketupat. Aku memang suka menganyam ketupat ni. Tak banyak sangat pun yang dianyam. Then Subuh, then aku sambung tido.

Pagi tu, tolong Emak masak sikit-sikit, then lepak je lebih. Abah lak petang tu mula sibuk dengan jiran belakang rumah, bakar lemang. Tak penah-penah bakar lemang pun. Tapi sebab jiran tu ajak, Abah ikut je. Kitorang suka makan lemang gak, so bagus le tu kan. Malam tu, selalunya, macam dah jadik tradisi kitorang, malam raya kitorang akan buka dengan ketupat je. Yelah, sebab lauk suma dah siap, kan. So that's the best solution je. Tak yah penat-penat lagi nak masak lauk lain. Tapi, bila dah berlaki, and laki aku ni seorang yang kena makan nasi sebab kalau tak dia tak kenyang, kena gak le masak nasi sikit untuk buka.

Awal malam tu, hujan lebat. Lemang lum masak lagi, so terpaksa mengangkut lemang tu bawak masuk umah. Aku tak join le kan hal-hal ehwal lemang tu suma sebab tak tahan asap. Yang aku tau cuma makan je!

Malam tu, Anuar nak gi bank. Aku pun nak gak kuar. Mulanya, ingat nak ke Ampangan je. Tapi, punya le ramai umat manusia kat Ampangan tu! Kalah Jalan TAR gayanya! Suma nak shopping last minute le kot. Terus tak jadik nak gi Ampangan and divert terus ke bandar Seremban. Settle hal ehwal bank, kitorang balik. By that time, lemang udah masak. Ahak!

Angah

Thursday, 11 October 2007

Menjelang Syawal

Aku rasa, tahun ni punya mood raya memang kureng kot. Aku rasa camtu, adik aku pun rasa camtu. Pastu, aku rasa, ramai gak orang punya rasa yang sama. Pagi tadi aku tengok paper, cite pasal peniaga kuih kat Chokit kata kuih kurang mendapat sambutan.. buyer tak ramai. Nape eh? Moskel lak aku. Tahun ni raya jatuh pada date yang tak sesuai ke? Ke bulan yang tak sesuai? Gamaknya kalau raya jatuh pada ujung bulan ke, or ujung tahun ke, lain kot rasa dia?

Malam semalam, aku telah melakukan aktiviti riadah redah orang ramai kat Jalan TAR mencarik tudung. Tuu diaaa!! Dalam pada tak berapa nak pegi ke sana, aku telah pegi gak dengan Alin and Nuar. An ada hal, so dia tak ikut. Before that, the night before, kitorang dah pegi ke Jusco. Alin nak carik kasut raya. Memang dah patut ganti pun kasut dia tu.. kasut yang jenis pakai satu sampai lunyai tu. Then, nak carik baju raya. Baju raya sepasang pun takde lagi. Baju anak-anak pun baru je beli weekend hari tu. Punya le tak semangat nak raya. Kena lak dia tengah mabuk-mabuk tu. Lagi le tak selera nak merayap, kan. Kat Jusco, dapat le beli sepasang kasut. Idak le yang paling berkenan, tapi itu yang paling ok compare dengan yang lain, so dia amik je le. Baju tak dapat pun.

Semalam lak, mula-mula ke Carrefour. Carik baju raya kat gerai-gerai dalam building tu. Aku nak carik tudung benonya. Takde benda lain yang nak dicarik. Puas aku pusing, tak jumpa yang menarik. Alin berjaya dapat sepasang baju kurung. Lega gak dia. Pastu, aku ajak diorang gi jengok pasar malam dekat kawasan umah tu.. kot dapat tudung kat pasar malam tu, tak yah le nak gi Jalan TAR. Pasar malam tu dah nak tutup dah masa tu, tapi gerai jual tudung masih ada yang bukak. Belek punya belek, dapat le dua lai. Since tak cukup lagi, kena le gerak ke Jalan TAR dengan hati yang saspen takut jem gilak.

Alhamdulillah, aku rasa kitorang ni memang ada rezeki parking le. Masa kat Jusco pun senang dapat parking, kat Carrefour dengan pasar malam pun sama, and kat Jalan TAR pun sama. Ada je orang nak kuar, or ada je parking yang kosong. Syukur sangat tau! Jalan TAR tu sesak dengan kete, tapi it's a moving traffic.

Orang lak, ramai.. as expected. Tapi, idak le berasak-asak. Aku suka le kan.. senang nak pilih tudung ku itewww.. Tak tau le kalau orang dah mula balik kampung hence tak ramai orang nak shopping lagi. Tapi, seingat aku, orang shopping kat Jalan TAR untuk raya, sampai ke minit terakhir Ramadhan. Tu seingat aku. Tak tau le kalau my memory fails me dah. Anyway, aku berjaya membeli suma tudung yang aku perlukan!! Yippieee!! Eerrr.. alhamdulillah.

Hari ni, nak kena siapkan biskut almond london before balik Semban. Hari tu dah buat, dah bakar, cuma tak celup coklat je lagi sebab kacang untuk tabur atas tu takde stok, boleh?? Tergendala keje buat kuih tu. Semalam baru aku dapat beli kacang tabur tu, and hari ni lepas balik keje baru nak sambung.

Baju pun tak pack lagi ni. Aku ingat, nak balik esok je. Tapi, laki aku plannya nak balik malam ni lepas buka or the latest lepas sahur. Dia malas nak drive during daytime. Takut jem. Takpe le. Aku ikut je. No hal.

This will be the first raya aku sebagai isteri orang. Penat aku memikirkan yang aku perlu berbonding-bonding dengan family laki aku yang ramai tu. Aku ni ala-ala anti-sosial benonya. Tak reti nak mula bergaul dengan orang. Selama ni, aku cuma membontoti parents aku gi jalan-jalan raya. Tak yah nak pikir apa nak borak, or sapa aku nak tegur. Dok je menyelit dengan adik beradik ku yang lain. Takat senyum-senyum gitu, no hal punya. Kalau ikut aku, tak kuasa aku nak kenal sorang-sorang family member. Tapi sebab ada reputation laki yang aku kena jaga, aku terpaksa meramahkan diri di Hari Raya nanti. Wish me luck, people!

Oklah. Sekian saja aku bersiaran before raya. Inshaallah, I am taking a break from work until 19th October. Ahak. Bukan nak beraya sakan pun.. cuma nak rehat-rehat je. Till then, take care people. Be safe!

Angah

Wednesday, 10 October 2007

Berlabuh tirai Ramadhan



Ada rasa kesayuan di hati aku ni that Ramadhan nak berakhir. Banyak amalan yang aku tak buat untuk memanfaatkan Ramadhan kali ini. Entah jumpa lagi entah tidak kan Ramadhan akan datang.. tu yang sayu semacam tu. I always take it for granted that Ramadhan akan ada lagi untuk aku tahun depan, and amal tu suma leh tunggu gitu. Boleh?? Sabo je le kan.

Yang aku sure tercapai Ramadhan kali ini, is that azam aku untuk tidak membazri berbelanja sakan untuk berbuka as well as untuk Raya. Alhamdulillah. Suma ala kadar. Walaupun badan tak turun pun (as usual), tapi poket tak sakit sangat. Plus, aku seronok masak untuk suami and adik-adik aku untuk Ramadhan kali ini. Moga ada lagi kesempatan untuk suma tu, tahun depan. Amin.

Yang tak tercapai, banyak. Tahun ni tak penuh terawikh aku (ofkos tak kira hari yang aku tak leh nak solat ke kan). Malu, tapi itu hakikatnya. Tahajud tak buat, qiamullail pun tarak. Kalau untuk poya-poya tu, semedang je ada waktu. Tapi untuk beramal, selalu ada alasan. Dasar sangat kat nafsu itu! Patutlah nabi kata sebesar-besar jihad ialah jihad terhadap nafsu kita.

Anyway, nyesal pun tak guna. Ramadhan tetap akan pergi, Syawal tetap akan menjelma. Moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan!

AMINNNNNNNNNNN!!!

Angah

Monday, 8 October 2007

Salam Aidilfitri



Orang lain letak kad raya, aku pun nak letak kad raya gak. Orang lain punya kad raya canggih, aku pun nak gak kad raya canggih.. Tapikan.. uhuhuhuhuh.. meks takde software canggih untuk buat kad raya canggih. So, dengan menggunakan apa yang ada kat laptop tak berapa nak canggih ni, tu je le yang berjaya meks hasilkan untuk menyampaikan hasrat.

Anyway, sempena Syawal yang bakal menjelang ni, meks ingat mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin meks pohon. Mana-mana yang tersinggung, terluka, terasa or apa-apa je le, aku pohon keampunan dari lubuk hati ini. Mungkin ada yang aku sengajakan, mungkin ada yang tidak aku sengajakan. Moga Syawal yang bakal muncul beberapa hari lagi ni membawak sinar kebahagiaan, sinar harapan dan segala macam sinar untuk kita suma.

To those yang nak memandu pulang ke kampung halaman, drive safely. Bawak-bawak bersabar. Plan your travel ahead. Moga kita suma selamat pergi dan pulang and won't become the statistics.

To those yang jauh di perantauan.. aku tak tau nak pesan apa. Aku tau, harus sedih rasanya jauh dari Mesia di Hari Raya ni. Been there. But, I am sure you know how to celebrate it. No matter where you are, Syawal tetap muncul. And Syawal itu perlu diraikan walaupun cuma sehari. So, ceria-ceriakanlah Syawal nanti ye!!

After that, jangan lupa, kita jumpa di GEGAR RAYA!! Make sure you have marked your calendars. Jangan lak sakan nak beropen house or terima undangan open house and forget about the Gegar. It will be on the 27th of October, ya! Ingat!!

Okie dokie! That's all for now. Take care people!!!

Angah

Sunday, 7 October 2007

Kepulangan yang dinanti

Tuu diaaaa!! Subuh alam aku update ini blog!! Kekekekeke! Mata dah nak katup, tapi aku update gak sebab mood tengah ada. Plus, kalau aku tunggu later, harus lambat le nanti aku update.

Alkisah, sebelum Dee balik Mesia, aku yang berdebar, kecut perut bagai. Tatau nape. Excited sangat, aku rasa. It's like, finally, a long lost friend is coming home, boleh? Padahal, tak penah lost pun kan.. Tapi, itu le rasanya. Macam aku lak yang balik Mesia. Entah-entah, si Dee ni cool je kan.

Awalnya, memang aku ingat nak buat banner untuk menyambut kepulangan Dee kat airport. Saje je lah kan. Tak cukup gempak le jadik ahlil reban ayam tu kalau tak buat benda-benda karut camni kan.. Aku dah ada idea camana nak buat itu banner, cuma masa tu agak tight sebab the whole day Saturday aku ada macam-macam benda nak kena buat. Finally, it was about 10pm when I actually had the chance to make the banner! Well, sebab itu je waktu yang ada, kena le buat apa yang termampu.

Ni meks tengah bersila membuat banner ni. Konon nak buat lebih-lebih creative, tapi takde cukup alatulis nak digunakan.

Buat takat guna marker hitam je, on a white manila card. Jadik le. Kang over kang, cuak gak takut Dee lari menyorokkan muka! Ahak!

At slightly later than 11pm, aku dengan An gerak meninggalkan umah. Dee kata dia touch down kul 11.45 pm. Based on my experience, ada le kot dalam 30 to 45 minutes before passengers yang turun kat KLIA tu boleh memunculkan diri kat pintu keluar tu. So, bajet aku, kalau dalam kul 12.15 sampai pun, harus Dee tak kuar lagi.

Aku pegi amik Delinn dulu, then we headed to KLIA. I was told that Arc, Budak, Yam, Limah and hubby dah gerak dari umah Arc/Budak. Siap konvoi tu nak ke KLIA! Kalah nak jemput orang balik haji ke kekdahnya! Ahak!

Sampai kat KLIA, tengok kat notice board tu, flight Dee landed at 12.06 am. Tu dah delay sikit dah tu from the original plan kan. Aku, An and Delinn sampai dalam kul 12.20. Harus le Dee tak kuar lagi. Orang yang menunggu pun tak le ramai sangat time tu. Dapat le kitorang posisi yang strategik untuk bergayut dan meletakkan banner itteww! Kekekekeke! Nampak tak hasil banner itu? Besau tu nama Zaidee. Kalau tak nampak gak, tatau le.

In the meantime, kitorang suma dok imagine camana rupa Dee. No doubt dah penah tengok kat webcam before, tapi in real life tok leh pasti yang kitorang tau camana rupa dia. Aku ingat gak le rupa Dee tu kan.. bulat-bulat rupa dia, mata sepet, pakai spec, rambut pendek lurus and setinggi aku. Tapinya, still takut gak kot-kot le Dee buat apa-apa perubahan pada diri dia kan. Yelah, mana le tau kan. Anything can happen!

Makanya, puas le kitorang merenung sorang-sorang yang kuar, as well as prediction kitorang of how Dee will look like. Siap leh imagine yang Dee benonya dah sampai and dia lak surprisekan kitorang dari belakang. Sabo je le.

Sesungguhnya, penantian itu sesuatu yang mendebarkan.. Kekekekeke!! Gilos tau!

Setelah puas menunggu, jejaka yang dinanti muncul. Sahih le, the moment we saw him, we knew it was him! Pastu, something yang tak penah dibuat orang telah terjadi.. Si Dee, upon seeing the banner, siap buat terkejut tau! Over tau! Macam surprise gitu. Pastu, let stop kat tengah-tengah tu, kuarkan camera dia dari dalam beg, and amik gambar kitorang instead, boleh?? Aiyo!! Aku lak termalu time tu! Kekekekekeke!! Orang lain, orang yang menunggu yang amik gambo orang yang sampai. Ni, both pun amik gambo. Dasar sangat! Ahak!

Pastu baru dia tolak troli ke luar. Nasib tak busy laluan tu. Kalau tak, harus jem kejap kat laluan kuar, macam artis kuar dari flight!

Lepas Dee kuar, bukan reti nak proceed terus ke mana-mana. Leh sembang kat situ je. It's impressive gak le yang Dee leh kenal sorang-sorang yang datang tu. Bagus ah memori dia. Tapi kalau dia tak kenal, harus ada yang meroyan kan! Ahak!

From there, kitorang gi carik 'kopi mahal'. Ok, stress on the word 'mahal' ye hadek-hadek! Kekekeke! Bukan selalu Dee balik KL kan. So bila balik sesekali ni, harus le perlu diketuk gitu. Maka berbondonglah kitorang gerak mencarik kopi mahal. But before that, cuba gak kot-kot leh check in kan Dee untuk dia punya connecting flight ke Labuan. Unfortunately, counter check in cuma akan dibuka pada pukul 4 pagi. Hampeh. Makanya, kena le bawak beg Dee ke hulu ke hilir in the mean time. And the first destination was ke tempat kopi mahal.

Benonya, takde banyak choice untuk minum pun kat KLIA tu. And, whatever it is, suma benda pun mahal. So we lepak at a cafe at the departure area for a few hours.

Sambil tu, Yam kuarkan kek birthday Dee. It was a day earlier, tapi kalau tak buat time tu, bila lagi kan. Kosser le pulak ke Labuan semata-mata nak soh Dee tiup lilin and potong kek kan! Ahak! Siap nyanyi bagai le kat situ. Takde heran pun kat orang lain. Alah, sebab tak ramai orang kan kat airport time tu. Cuba ramai orang.. eerrr.. harus buat gak kot! Kekekeke!

I can't remember berapa lama lepak kat cafe tu. Sejam lebih ada kot. After that, we decided to take Dee to pusing-pusing Putrajaya. Kasi dia melawat sikit tanahair terchenta ini. Kalau tak time tu, bila lagi, kan. Nanti dia dah nak ke Wilayah Persekutuan Labuan.. tak dan nak tengok Wilayah Persekutuan Putrajaya kan.

Dengan An sebagai tourguide, and Delinn sebagai assitant tour guide, 3 kereta ronda Putrajaya subuh alam tadi. Di waktu orang berqiamullail di malam-malam akhir Ramadhan, kitorang meronda Putrajaya! Sabo je le! Ni suma, salah Dee.. sapa soh dia balik Mesia di malam-malam akhir Ramadhan kan.. Ahak!

Tapinya pun, besides Dee, ada gak orang lain dalam rombongan itu yang lum really penah tengok Putrajaya in totality. So dapat gak le tumpang sekaki kan..

From tour of Putrajaya, we headed to Kedai Mamak somewhere near rumah Delinn for sahur. Dah kul 4 pagi dah masa tu rasanya. Mata dah kelat. Makan, dengan sungguh berselera sekali. Almost 5, we headed home from the kedai. Dee ikut Arc/Budak balik ke rumah diorang, aku hantar Delinn pulang and then headed home.

Now, mata aku kelat, and aku perlu tido. Tapi, walaupun penat, I am glad that I took the time to meet up with Dee!! Personally, he is exactly macam dalam tag tu.. ceria, peramah, suka gelak etc. Penat je Yam wonder whether Dee reti cakap Melayu ke tak! Kekekekeke!

Dee, WELCOME HOME!!! See you again kat Gegar nanti ya!!

Ok, itu sahaja update pantas aku. Now, aku nak tido now.. zzzzzzz...

Angah

Thursday, 4 October 2007

Tampin, here I come!!

One of the things that I love to do is to surprise the kekasih hati. And that's exactly what I did semalam. Benonya, rindu ini tidak tertahan-tahan gitu dari kelmarin. Walaupun body ini berada di KL, tapi hati ini berada di Tampin. And home is where the heart is, I guess. Kalau ikut hati, kelmarin aku nak gi Tampin dah, nak kasi surprise kat laki aku tu. Tapi, banyak nau lak rasional thinking yang dok aku fikirkan. So unlike me tau dah tua-tua ni. Motto 'just do it' tak leh pakai dah. Hati dan akal banyak nau reasons masing-masing. Ke benonya dah more matured? Entah. Aku dok fikir yang aku takde baju nak pakai untuk pegi keje esoknya le, dok fikir kang pukul berapa nak sampai and since laki aku dok menumpang kat umah makcik dia while he's in Tampin, takut lak makcik dia kata apa though I know that she's a sweet person. Biasalah, perasaan sendiri kan. Dah tu, plannya, kalau ke Tampin pun, aku still and balik ke Semban untuk overnight. Kang moskel lak parents aku sebab baru Isnin pagi tu aku balik KL, then Selasa malam dah muncul semula. Disebabkan banyak nau fikir, aku kensel pegi kelmarin and decided to go on Wednesday, semalam.

On Tuesday gak, aku found out that laki aku tu dah ran out of fresh clothes to wear. Adalah, tapi banyak lagi baju tak berbasuh. Sian dia. Tulah, hari minggu hari tu aku nak buatkan laundry untuk dia, dia yang confident je kata tak yah sebab dah nak balik KL on Monday. Aleh-aleh, tak leh balik lagi. So bagus gak aku tak pegi selai sepinggang on Tuesday tu.. dapat gak aku siap-siapkan baju untuk dia, and bawak sama ke Tampin. Aku kan isteri mithali.. Ahak! And ofkos barang aku sepersalinan. Besides that, ada bagus gak aku tak pegi on Tuesday sebab hubby Alin buka kat luar on that day. Kalau aku ke Tampin, sian lak Alin kena buka sendiri dengan anak-anak. Aku kan kakak mithali.. *sabo.. jangan muntah!*

Finally, aku pegi gak Tampin petang semalam. Kebetulan, time aku plan-plan nak kuar tu, memang aku dah tak leh buat keje sebab server down. Baguslah kan alasan aku nak merambus kan! Kekekekeke! Aku bagitau laki aku yang aku nak kuar. Tapi tak le kata nak gi Tampin kan. Then, along the way tu, a few times aku call. Saje nak make sure yang dia tak buat surprise kat aku and balik KL lak kan! Naya sungguh kalau jadik itu macam kan. Dia lak tanya aku, apasal tak sampai rumah lagi le, dari mana le, nak ke mana le.. macam-macam. Aku kata le aku jumpa customer le, baru nak gerak le apa-apa je le.

Then, dah nak sampai rumah makcik dia tempat dia menumpang and patutnya ada time aku sampai, aku call lagi. Dia ada kata earlier tu yang dia nak gi pekan Tampin, tapi tak bagitau exactly kul berapa. Time aku call tu, dia kata dia baru masuk kete. Aku bajet-bajet, borak-borak dengan dia on the phone kasi dia lambat. Dah dekat betul, baru aku hang up the phone. Ahak! Harus aku selisih dengan dia kan? Aku alert je tengok jalan tu. Betul sungguh aku selisih dengan dia dekat sangat dengan umah makcik dia! Muahahahahaha! Aku hon dia, terkujat dia tapi senyum lebau! Terus dia patah balik ke rumah makcik dia and aku ikut di belakang.

Sampai umah makcik dia, dia masuk and bagitau makcik dia ada orang datang. Tapi tak cakap aku. Aku park kete terlindung sikit, so makcik dia tak nampak aku mula-mula tu. Bila aku memunculkan diri, terkujat makcik dia. Kekekekekeke! Harus wonder aku dari mana kan. Pastu, cakap kat laki aku, soh balik je le kalau dah sampai aku datang menurut gitu! Hahahaha! Idak le.. saje je kasi saprais. Siap kata aku budak nakal. Ahak! An kata kat makcik dia, aku memang selalu buat gini. Aku lepak jap kat umah makcik dia, then baru kitorang gi pekan together.

An ada orderkan beg dengan kasut raya untuk aku, boleh? So dia nak gi Tampin tu, nak amik barang itu benonya. Suka meks dapat kasut raya dengan beg raya tau!! Complete raya tahun ini! Ahak! Walaupun baju raya tak bayar lagi and tudung raya takde lagi, tapi still complete je aku rasa.

Lepas tu kitorang ke pasar juadah, beli sikit-sikit barang untuk buka. Balik umah makcik dia, aku tolong makcik dia masak sikit-sikit. Lepas buka, and lepas solat, aku gerak balik ke Semban umah parents aku. Memang plan nak tido Semban. Kang kalau aku tido Tampin, jauh lak nak gerak pagi-pagi buta gi keje kan. Tak kuasa aku! Layan le jalan yang gelap pekat tu pulang ke Semban. Nasib bulan puasa, so imaginasi aku kurang pasal hantu-hantu ni. Kalau tak, harus aku ngeri sorang-sorang!

Thank God the journey went well. Puas hati aku.

Oh ye.. masa aku tulis ni, the hubby is on his way back to yours truly!! Ahak!! Keje udah selesai di Tampin! Yippieeee!! Now I have baju raya, soon-to-have tudung raya, kasut raya, baju raya and the best of all is actually tu have the hubby back!! Yippieee!! Ooopppsss.. sabar.. sabar..! Ahak!

Ok.. tazkirah sikit.. pagi tadi sempat layan Kuliah Subuh kat tv masa lepas sahur. Aku baru tau, ada hadis nabi ni kata, jihad paling besar ialah jihad kita ke atas nafsu kita. Tuuu diaaa!!! Hadek-hadek, bulan Ramadhan ni setan suma kena ikat. So kalau nafsu nak makan segala benda, nak beli segala benda, tu suma datang dari kita. Lawan itu nafsu, and that's the biggest jihad. Ni dah hari-hari terakhir Ramadhan ni. Banyak-banyakkanlah ibadat, moga dapat pahala yang banyak. Ingat-mengingati sesama kita.. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri. Uhuhuhuhuhu..

Daaaa..

Angah

Wednesday, 3 October 2007

Baju dan tudung

Semalam aku teringat-ingat nak call tailor aku nak tanya whether baju raya yang aku tempah dah siap ke belum. Aku hantar a couple of weeks before puasa, kalau tak silap aku. Dalam 7 lai, plus selai baju Emak. Baju MIL dia nak tempah sendiri, so idak le aku tolong tempahkan. Aku pesan kat tailor tu, yang penting kena siap, selai je baju aku and baju Emak. The rest can wait. Sebabnya, yang lain tu bukannya untuk raya sangat pun. More for baju keje je. Dah lama beno rasanya aku tak buat baju keje yang baru *"lama" adalah satu perkara yang subjektif, occayy!!*. Ahak! Lagipun, nak amik suma memang tak tertanggung aku nak bayar upahnya yang berharga RM40 sepasang. Meks sengkek occayy!!

Dalam pada aku yang teringat-ingat, tailor aku lak call aku malam semalam sewaktu aku menunggu panggilan kekasih hati. Bagitau aku, baju aku suma dah siap but one. Adoi! Efficient gitu tau! Tapinya, since aku ni regular customer dia, aku telah meminta untuk membayar sikit dulu. Tak larat meks nak bayar suma tau time-time kritikal ni. Tailor tu jawab, "Kurang duit raya aku. Nyesal aku siapkan baju kau dulu, nyah. Kalau aku tau, aku siapkan dulu baju orang lain! Hahahahaha!". Evil sungguh tailor itu. Keji. Muahahahahaha! Well, dapat customer evil kan, kena le dia evil gak. Nak buat camana..

Now ni, kena plan bila lak nak amik baju-baju itu semua *excited dah over occayyy.. tak sabar nak tengok itu baju-baju and nak try baju walaupun suma hanyalah baju kurung pesak yang ukuran tak penah berubah since bertahun yang lalu!* And lepas amik, ada satu lagi hurdle yang perlu ditempuh.. nak carik tudung yang sesuwei.

Alkisah nak carik tudung, bukan perkara yang mudah untuk aku. Aku cacat sikit when it comes to tudung. Ye, kena admit sebelum orang lain kutuk aku! Kekekeke!! Aku akan bawak kain tu or in this case baju yang dah siap tu, untuk mencarik tudung yang sesuai. Satu beg penuh dengan baju and bila sampai kedai tudung, akan aku punggah keluar baju-baju itu. Tugas tukang jual tudung tu pulak ialah mencarik tudung yang sesuai. Sesuai di sini hadek-hadek, membawa maksud ada warna dalam baju tu, yang matching habis dengan warna tudung iteww. Warna yang matching itu selalunya adalah warna bunga pada baju itu, ataupun something kat baju tu yang aku rasakan sesuai. Ye, yang aku rasakan sesuai.. bukan tukang jual tu! Sebab kalau ikut tukang jual tu, sesuai memanjang je kan.. Harus le sebab nak kasi laku tudung dia. Kosser.

Pastu, jenis tudung lak kan.. Aku cuma carik tudung bawal je untuk baju bunga-bunga. Kalau sesapa tak paham maksud tudung bawal, abaikan je le ye. Then kalau baju plain, aku akan carik tudung yang bunga-bunga dari jenis kain chiffon and nothing else. At least at the moment le. Tak pun, aku carik tudung bawal, tapi kaler kena matching dengan warna baju tu.

Ofkos, dalam pada susah nak carik kaler yang sesuai, harga pun kena sesuai gak, as in murah ye hadek-hadek. Selalunya, warna yang pelik-pelik ni cuma ada jenis bawal yang mahal je. Tak paham aku. Tak sanggup aku spend untuk tudung RM80! Gilos?? Baju pun baru RM20 sepasang and kalau campur jahit baru RM60 in total. Tak sanggup aku bayar untuk tudung RM80 walaupun kecur je tengok sulam kat tudung tu. Aiyo! Ada sekali tu, dah puas aku pusing Jalan TAR (where else kalau nak carik tudung kan!), cuma ada satuuuuuuu je kedai yang jual tudung bawal with kaler yang aku carik. Tapi, it's a very plain tudung. Takde sejurai sulam pun, takde sebijik batu pun. Macam, beli kain ela, potong empat segi and jahit tepi. Tapi, since that's the best that I could find, aku beli gak and puashati. Over, kan?

Tu pasal, aku jarang sangat beli tudung kalau aku tak bawak baju yang aku perlukan tudung itu. And, aku takkan pakai baju tu kalau aku takde tudung yang matching. Walaupun dah lama ada baju tu, selagi takde tudung yang sesuai, maka dok le baju tu diam-diam. Harus kena zakat kalau baju tu dibuat dari emas tau!

Adik aku yang selalu teman aku beli tudung, and tuduh aku gila tiap kali aku nak beli tudung. Kekekeke! Kalau aku ajak teman carik tudung je, dua-dua tu macam nak meroyan nak reject invitation aku. Suma tau betapa kering air badan nanti jadinya. Tapi tu dulu le, time diorang takde anak yang perlu diheret. Sekarang, bila diorang dah ada anak, aku pegi le jadik gila sorang-sorang bila takde orang nak teman. Takpe, janji puas.

Malam tadi, masa borak dengan kekasih hati, aku mentioned yang aku nak kuar bawak anak-anak Alin jalan-jalan lepas buka, lepas solat segala. Si kekasih hati ni tanya aku, nak bawak ke Jalan TAR ke. Harus le tidak, kan. Tu kes bunuh diri tu kalau buat camtu. Aku kata, ke Jalan TAR adalah tugas dia untuk bawak aku! Hiks! Nak nangis gamaknya dia dengar! Kekekeke!! Well, bini sorang kan.. Lakiku pun itu sorang je kan. Bila lagi nak aku dera kalau tak time-time musim perayaan ni. Ahak! Siap merayu kata tak payah le pegi tahun ni. Dah tu, kalau tak pegi, camana cite dengan tudung untuk baju aku yang 7 lai tu kan?? Kekekekeke! Harus ke aku pandang je baju-baju itewww di Hari Raya nanti?? Ish!

Oh, tapi ada gak baju yang aku pakai walaupun takde tudung matching. Baju t-shirt gitu. Kalau t-shirt, aku tak heran tudung dia. Aku ada beberapa lai tudung yang aku dengan adik-adik aku panggil 'tudung kebanyakan'. Kira, tudung tu will fit in any baju le. Tak kisah baju *t-shirt sahaja* apa pun. Ha, itu tudung, sudah ada dalam koleksi kitorang for ages. Adik-adik aku punya tudung tu dari zaman diorang mula pakai tudung something in the early 90s kot. Jenis kain cotton yang tak yah gosok punya tu. Lepas basuh, pakai je. Tak komot pun. Kitorang ada beberapa lai tudung tu, and itulah tudung yang paling aku sayang. Ahak!

Ok dah. Enough of cite kecacatan aku. Kosser cite banyak-banyak sangat. Kang tak pasal-pasal kang aku leh apply untuk OKU parking spot lak! Daaaaa...

Angah